SUNGAI PETANI: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini atas pertuduhan merompak seorang pemandu e-hailing, Isnin lalu.
Tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.
Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa cuba melakukan perbuatan rompak terhadap Lee Ang Hie, 65, di kawasan tepi jalan Taman Keladi, di sini, kira-kira jam 6 petang pada 27 November lalu.
Bagi kesalahan itu, dia dituduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.
Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh, namun mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah menetapkan 17 Januari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amirul Halimi Md Salleh, sementara peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Duratul Ain Mahmud Morshidi bertindak mewakili remaja itu.
Pada Isnin lalu, Astro AWANI melaporkan, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun cuba menyamun seorang pemandu kenderaan e-hailing berusia 65 tahun kerana tidak tahan dimaki ketika mengambil semula wang tambang.
Bagaimanapun, pemandu e-hailing itu sempat merampas pisau dan menggigit tangan remaja terbabit untuk mempertahankan diri sebelum suspek melarikan diri.
Namun, remaja itu berjaya ditahan polis jam 10 malam susulan laporan dibuat warga emas itu pada jam 8 malam, pada hari kejadian.
Astro Awani
Sun Dec 03 2023

Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini atas pertuduhan merompak seorang pemandu e-hailing, Isnin lalu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Remaja lelaki tidak mengaku salah atas tuduhan merompak pemandu e-hailing
Remaja itu didakwa cuba melakukan perbuatan rompak terhadap Lee Ang Hie, 65, di tepi jalan pada Isnin lalu.

Dua lelaki menyamar sebagai polis, lakukan rompakan ditahan
Kedua-dua suspek yang berumur 48 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di Batu 2 Jalan Semporna -Tawau kira kira jam 12.30 tengah hari.

'Rompak wang 1MDB maksiat paling besar'
Tindakan bekas pemimpin yang didakwa merompak dana syarikat pelaburan 1MDB, adalah tergolong dalam perbuatan maksiat terbesar.

Apabila pengawal keselamatan cuba merompak
Suspek berjaya dihalang oleh seorang pengawal keselamatan bank terlibat selepas berlaku pergelutan termasuk kakitangan bank tersebut.

Penjaga kaunter tiket dihukum penjara, sebat kerana rompak warga Myanmar
Seorang penjaga kaunter tiket bas dipenjara tiga tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah merompak seorang pekerja kilang warga Myanmar.

Penjenayah samun kafe siber ditembak mati polis
Polis menembak mati seorang penjenayah warga Indonesia yang merompak sebuah kafe siber di Taman Fedeson, Kepong.

Polis Kulim tumpas 'Geng Jawa' selepas 16 jam merompak
Lapan anggota 'Geng Jawa' itu melarikan wang tunai berkenaan selepas memukul mangsa dalam rompakan kira-kira 3.20 pagi.

Penarik kereta dituduh atas lima pertuduhan merompak di Bangsar
Seorang penarik kereta mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen terhadap lima pertuduhan merompak bersenjatakan pisau dan parang di sekitar Bangsar.