Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dalam kenyataan memaklumkan bahawa Adam Ashraf Mohd Amir, 19, lemas ketika melakukan aktiviti di sungai tersebut dan ditemukan kira-kira tiga meter dari lokasi terakhirnya pada 12.44 tengah hari.
Menurut JBPM, panggilan kecemasan diterima daripada rakan mangsa pada 11.43 pagi sebelum enam anggota dengan sebuah jentera dari dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baharu dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi, Komander Operasi menjalankan pencarian permukaan ('surface searching') di kawasan sekitar sebelum mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri," menurut kenyataan itu.
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
-- BERNAMA