KUALA LUMPUR: Seorang remaja berusia 18 tahun maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) dipandunya hilang kawalan dan terbalik beberapa kali di Jalan Kinabalu di ibu negara awal pagi tadi.
Nahas berlaku kira kira jam 2.45 pagi melibatkan tiga kenderaan iaitu Toyota Hilux, Honda HRV, Honda CRZ Hybrid.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, siasatan awal mendapati remaja berkenaan memandu kenderaan Toyota Hilux itu dari arah pusat bandar menghala ke Jalan Kuching.
Pemandu dipercayai telah terbabas ke pembahagi jalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar kenderaan Honda HRV dan Honda CRZ Hybrid.
Akibat pelanggaran tersebut, pemandu Toyota Hilux yang bekerja sebagai penjual ikan telah mengalami kecederaan parah dan disahkan maut di lokasi kejadian.
Pemandu kenderaan Honda HRV berusia 32 tahun mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan, manakala pemandu Honda CRZ Hybrid berusia 25 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 411 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Balai Polis Trafik, Jalan Tun HS Lee di talian 03-20719999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260247/69 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Astro Awani
Sat Jul 23 2022

Seorang remaja berusia 18 tahun maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya hilang kawalan dan terbalik beberapa kali di Jalan Kinabalu di ibu negara awal pagi tadi. -Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Enam ditahan insiden kejar-mengejar Muar ke Jalan Chan Sow Lin
Kesemua mereka berusia lingkungan 25 hingga 35 tahun itu ditahan di kawasan Damansara dekat Kuala Lumpur kira-kira 7 pagi tadi.

Dua maut, lima cedera nahas Toyota Hilux, treler di Temerloh
Dua maut selepas tersepit manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Lanchang-Mentakab di Temerloh.

Pacuan empat roda langgar tiang elektrik, remaja maut, empat cedera
Remaja itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang mangsa mengalami kecederaan parah dan tiga lagi cedera ringan.

Temui ajal ketika cuba bantu mangsa kemalangan
Pemandu Toyota Hilux mengalami kecederaan di bahagian dalaman badan dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

BYD bakal lancar lori pikap elektrik tahun Ini
Kenderaan baharu ini dijangka akan diposisikan untuk bukan sahaja bersaing dengan Tesla Cybertruck, tetapi juga dengan kenderaan seperti Toyota Hilux.

Dua warga emas maut, kereta dipandu bertembung di Kluang
Dua warga emas maut selepas kenderaan yang dipandu mereka bertembung di KM27, Jalan Kluang-Teck Wah Heng, Renggam dekat Kluang.

Empat lelaki ditahan disyaki curi kabel
Polis menahan empat lelaki semalam disyaki terlibat dengan aktiviti mencuri kabel di kawasan Taman Ipoh Jaya, pada 19 Feb lepas.

Dua sahabat maut, trak pikap terjunam dalam sungai
Mayat kedua-dua mangsa iaitu, Eh Bau Eh Di, 43, dan Eh Heak Eh Yek, 54, ditemukan jam 10.54 pagi pada jarak 27 meter dari tebing tempat trak pikap mereka dilaporkan terjatuh.

Sembilan mangsa nahas kemalangan di Labis, masih dirawat di Hospital Segamat
Sembilan mangsa nahas melibatkan tiga kereta berhampiran dengan Tenang Stesen, Labis semalam, masih menerima rawatan di Hospital Segamat.

Lelaki maut Toyota Hilux jatuh gaung
Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipandunya terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung di Raub.