KOTA KINABALU: Seorang remaja lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian di kawasan paya di Kampung Delima, Manggatal di sini pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, Abdul Rahman Mohd Said, 15, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan parit yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, hasil siasatan awal pegawai perubatan dari Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) mengesahkan kematian mangsa disebabkan terkena renjatan elektrik.
Beliau bagaimanapun berkata, Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah yang berada di lokasi turut membuat pemeriksaan dan siasatan bagi mengenal pasti kejadian.
"Setakat ini, tiada unsur jenayah ditemui dan siasatan kes masih diteruskan.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, abang tiri mangsa, Abu Sabir Abdullah, 18, memaklumkan bahawa dia dan bapanya bergegas ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan penemuan adiknya yang dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Katanya, sebelum kejadian mereka ada berhubung dan arwah ada memaklumkan kepadanya bahawa telefon bimbit yang digunakannya sudah rosak.
"Beberapa hari sebelum kejadian, arwah adik ada menghubungi saya dan meminta saya untuk membelikan telefon bimbit yang baharu.
"Saya beritahu kepadanya mahu pulang ke kampung pada Khamis (semalam) tetapi tidak sangka pula kepulangan saya disambut dengan jenazah adik," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurutnya lagi, walaupun mereka berlainan ayah, namun dia tetap menganggap arwah sebagai adik kandungnya.
"Saya sangat rapat dengan arwah, ke mana saya pergi saya akan bawa dia ke mana saja. Namun selepas saya bekerja di Kota Belud kami hanya berhubung melalui telefon selama hampir setahun.
"Apabila arwah memberitahu telefon bimbitnya rosak, saya terus memaklumkan akan membelikannya telefon bimbit baharu bila saya pulang ke kampung nanti.
"Bagaimanapun saya tidak menyangka dan sangat sedih kerana tidak dapat menunaikan hasrat untuk membelikannya telefon bimbit," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 20 2023

Abu Sabir di samping jenazah adik tirinya. -Foto Sinar Harian

Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Skandal pernikahan, poligami dan perceraian Raja Zulu…
Masalah perkahwinan Raja Zulu nampaknya berpunca daripada kegagalannya mematuhi tradisi sepenuhnya.

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
"Kita tidak boleh menerima keadaan setiap kali kita bina semula Gaza atau Tebing Barat, Israel datang dan merobohkan apa yang telah dibina semula."

‘Pergaduhan’ dengan Trump tidak halang Ukraine untuk ‘sedia’ tandatangani perjanjian mineral dengan AS - Zelenskyy
Zelenskyy masih mahu mengadakan "dialog konstruktif" dengan AS walaupun pertemuannya dengan Presiden Trump berlangsung tegang.
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad

Dua maut dalam kebakaran di Penampang
Dua maut dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Limbanak di sini pada awal pagi tadi.

'Diseksa dan direnjat elektrik' - Rakyat Malaysia cerita mimpi ngeri penipuan pekerjaan di Myanmar
Teo berkata, dia dipaksa bekerja selama 14 jam sehari dengan tugasan harian menyusun sekitar 10,000 nombor telefon untuk sindiket berkenaan.

Sabah Electricity pantau bekalan elektrik di kawasan terjejas banjir
Sabah Electricity telah mengerahkan pasukan teknikal untuk bersiap sedia 24 jam membaiki sebarang kerosakan di daerah terjejas banjir.

Pekerja kontrak maut terkena renjatan elektrik ketika pasang talian internet
Seorang pekerja kontrak maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melaksanakan kerja memasang talian internet.

Lelaki maut terkena renjatan elektrik sambungan haram
Menurut bomba, mangsa bersendirian telah pergi ke kawasan paya bakau untuk mencari ketam sebelum terkena renjatan elektrik.

Murid maut terkena renjatan elektrik: Sesi pembelajaran dihentikan serta-merta
JAIS mengarahkan sesi pengajaran dan pembelajaran di sebuah sekolah agama di Serdang dihentikan susulan insiden murid maut terkena renjatan elektrik.

Pelajar Tahun 6 maut disyaki terkena renjatan elektrik di sekolah
Siasatan masih dijalankan dan polis masih menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat mangsa bagi mengenal pasti punca kejadian.

Tiga maut terkena renjatan elektrik ketika pasang panel solar
Tiga pekerja kontrak pemasangan panel solar maut terkena renjatan elektrik dalam kejadian di sebuah bangunan pejabat di sini, pada Jumaat.

3 pengakap maut, 12 cedera akibat renjatan elektrik di Filipina
Tiga pengakap maut dan 12 lagi cedera selepas terkena renjatan elektrik ketika memindahkan khemah di sebuah tapak perkhemahan.

Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.