Seorang remaja perempuan ditemukan lemas di kawasan air terjun Hutan Lipur Lata Tembakah, Hulu Besut, di sini kira-kira pukul 10.40 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata mangsa, Nor Balqis Natasya Mohd Nazri, 13, lemas ketika mandi bersama ibu saudaranya yang berusia 19 tahun dan seorang lagi rakan lelaki mereka berusia 20 tahun.
Beliau berkata mangsa dan ibu saudaranya didapati hampir lemas secara tiba-tiba ketika mandi di kawasan tingkat satu air terjun terbabit, namun seorang daripada mereka berjaya diselamatkan.
"Bagaimanapun, Nor Balqis Natasya telah tenggelam di lubuk sedalam kira-kira lima meter sebelum mayat mangsa dijumpai orang awam tidak lama kemudian," katanya ketika dihubungi Bernama.
Abdul Rozak berkata mayat remaja dari Kampung Kayu Kelat, Kuala Besut, di sini telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 15 2020

Mayat remaja dari Kampung Kayu Kelat, Kuala Besut, di sini telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat. -Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (20 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bagai berpaling tadah, Trump selar Zelenskiy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggelar Presiden Ukraine sebagai 'diktator'. Beliau ketika menyelar Volodymyr Zelenskiy turut memberi amaran supaya pemimpin Ukraine itu bertindak segera jika tidak mahu kehilangan negaranya.
200 penjenayah siber dihantar pulang ke China
200 suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan dalam talian atau scam tiba di China dari Myawaddy, Myanmar pada Khamis. Penghantaran pulang kumpulan penjenayah siber itu dibuat menerusi beberapa siri dengan penerbangan yang ditempah khas.
Dua terkorban dalam insiden tikaman di Republik Czech
Dua individu terbunuh dalam kejadian tikaman pisau di sebuah pusat beli belah di bandar Hradec Kralove, Republik Czech pada Khamis.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Longgokan sampah di Gaza ancam kesihatan, alam sekitar
Perkhidmatan perbandaran, termasuk kutipan sampah, tidak lagi berfungsi, menjadikan jalan raya satu-satunya pilihan sebagai tempat pembuangan sampah.
NASA rakam video, gambar menakjubkan dari planet marikh
Dan bagi mengakhiri Buletin Awani malam ini, kita saksikan video beserta gambar panorama planet marikh yang berjaya dirakam pentadbiran aeronautik dan angkasa kebangsaan (NASA).
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Empat jasad tebusan diserah kepada Israel
Hamas pada Khamis menyerahkan empat jasad tebusan warga Israel pada Khamis. Antara empat jasad itu termasuk seorang ibu dan dua anaknya. Jasad Shiri Bibas dan dua anaknya Ariel dan Kfir serta seorang warga emas Oded Lifshitz, 83 tahun diserahkan kepada kerajaan Israel sebagai sebahagian daripada perjanjian genjatan senjata. Anak kepada Bibas, Kfir adalah tebusan termuda yang mana ketika hayatnya baru berusia 9 bulan.
Doktor haiwan di Lubnan mahu segera kembali berkhidmat
Shamoun, yang dipindahkan dari Khiam pada akhir September semasa konflik antara Israel dan Hizbullah, cuba untuk pulang sejurus selepas perjanjian gencatan senjata dicapai, namun gagal kerana kehadiran tentera Israel.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Anggota polis didenda RM5,000 kerana terima rasuah
Seorang anggota polis didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan menerima rasuah RM1,000.

Nelayan tercampak dari bot ditemukan lemas
Seorang nelayan ditemukan lemas dipercayai tercampak ke laut selepas bot dinaiki dilambung ombak dalam kejadian di muara Sungai Keluang.

Pelajar Tingkatan Satu maut dalam kemalangan motosikal
Kemalangan kira-kira pukul 7.10 malam itu menyebabkan mangsa berusia 13 tahun meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah pada anggota badan.

Banjir di Terengganu pulih, dua PPS terakhir di Besut ditutup
Banjir gelombang ketiga di Terengganu pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup hari ini.

Penunggang motosikal maut langgar pokok kelapa tumbang
Polis Daerah Besut menerima maklumat kejadian yang menimpa mangsa Muhammad Syukri Mat Hussin, 27, kira-kira 4.30 pagi.

Penumpang wanita maut dua kereta bertembung
Mangsa yang berada di bahagian penumpang belakang kereta Honda City meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Buruh binaan maut pacuan empat roda dipandu bertembung lori tanah
Muhammad Haziq yang memandu Ford Ranger dari arah Lata Belatan ke pekan Jabi bertembung dengan lori dari arah bertentangan.

Perhilitan pindah gajah liar di Besut
Perhilitan berjaya memindahkan seekor gajah liar dalam satu operasi pemindahan di Kampung Dendong, Tembila, di Jertih hari ini.

Bangunan runtuh sebabkan dua kematian, pengarah resort didenda RM150,000
Seorang pengarah syarikat Malee Beach Resort didenda RM150,000 kerana gagal mematuhi syarat pembinaan sehingga menyebabkan kematian dua buruh.

13 sungai di Terengganu lepasi paras bahaya
Tiga belas sungai di enam daerah di Terengganu telah melepasi paras bahaya setakat 12 tengah hari ini, berikutan keadaan hujan berterusan sejak beberapa hari lepas.