KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang remaja tempatan berusia 17 tahun disyaki menjadi tekong darat bersama 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar di Jalan Manjoi 3, Taman Sri Kuching di ibu negara, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, siasatan mendapati kesemua PATI yang berusia antara 15 dan 39 tahun itu diseludup masuk ke Malaysia untuk mendapat pekerjaan dengan bayaran RM6,000 setiap seorang.
Beliau memberitahu, kegiatan itu dikesan selepas anggota yang melakukan rondaan di Jalan Selinsing, di sini terserempak dengan suspek yang memandu sebuah Toyota Vellfire dalam keadaan mencurigakan.
"Apabila polis menghampiri kenderaan tersebut, pemandu bertindak agresif dan memecut laju menyebabkan polis terpaksa mengejar.
"Kenderaan itu juga melanggar sebuah motosikal yang ditunggang salah seorang anggota polis sehingga menyebabkan terbabas serta melanggar tiga buah kenderaan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Mengulas lanjut Eng Lai memberitahu, hasil pemeriksaan, polis mendapati terdapat 25 PATI termasuk enam wanita yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.
Menurutnya, remaja tersebut dan seorang lagi suspek warga tempatan, duduk di tempat penumpang hadapan yang berjaya melarikan diri itu bertolak dari Rantau Panjang, Kelantan ke ibu negara kira-kira pukul 3 pagi untuk menghantar warga asing itu untuk mendapatkan pekerjaaan.
Beliau turut memberitahu, hasil semakan mendapati Toyota Vellfire itu bernombor pendaftaran palsu.
"Pemandu yang ditahan itu tidak mengetahui mengenai asal usul kenderaan memandangkan menurutnya kesemua diuruskan oleh suspek yang melarikan diri," jelasnya.
Kesemua suspek katanya ditahan reman bermula Rabu dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migram (ATIPSON) 2007, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Umavathi Ramayah
Wed Aug 03 2022
Siasatan mendapati kesemua PATI yang berusia antara 15 dan 39 tahun itu diseludup masuk ke Malaysia untuk mendapat pekerjaan dengan bayaran RM6,000 setiap seorang. - Gambar IPD Sentul
Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah miliki senjata api
Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan memperdagang dan memiliki senjata api secara haram, termasuk 14 pistol dan satu sub machine gun di Desa ParkCity.
Turkiye anggap Malaysia saudara, rakan kongsi sejati – Erdogan
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menyifatkan hubungan di antara negaranya dan Malaysia sebagai rakan sejati, saudara dan rakan kongsi.
Pengarah syarikat didakwa tipu, ubah wang haram RM5.1 juta
Seorang pengarah syarikat dituduh menipu dan pengubahan wang haram berjumlah RM5.1 juta melibatkan urusan jual beli sarung tangan.
Tembakan di Setia Alam: JSJN kenal pasti rakan suspek bantu siasatan
Dalam konteks kerjasama dan bantuan siasatan, JSJN Bukit Aman akan mengenal pasti rakan-rakan suspek berdasarkan rekod jenayah kesalahan berkaitan dadah yang dimilikinya untuk mengesan lelaki itu.
Kerajaan teliti perkenal perundangan nasional atasi pencemaran plastik dalam RMK-13
Kerajaan sedang melihat bentuk perundangan di peringkat nasional, yang akan diperkenalkan bagi mengatasi masalah pencemaran sisa plastik dalam RMK13.
Sultan Nazrin perkenan kurniakan Erdogan dengan anugerah tertinggi Universiti Malaya
Sultan Nazrin berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Putrajaya.
Erdogan terima Ijazah Kehormat Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan terima Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa Universiti Malaya dalam Istiadat Konvokesyen Khas yang dianugerahkan oleh Tuanku Canselor UM, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
#AWANInews
#AWANInews
Tiada kuasa boleh paksa rakyat Palestin tinggalkan tanah air - Erdogan
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menegaskan bahawa tiada kuasa boleh memaksa penduduk Gaza meninggalkan tanah air mereka.
Presiden Erdogan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan tiba di sini bagi memulakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia.
Sebutan semula kes bunuh Nurul Asikin 17 Mac ini
Mahkamah Majistret menetapkan 17 Mac untuk sebutan semula kes seorang pemandu e-hailing yang didakwa membunuh Nurul Asikin Lan yang mayatnya ditemukan dalam longkang.
Remaja 'sumbat' 25 PATI dalam Vellfire ditahan
Polis menahan seorang remaja tempatan berusia 17 tahun disyaki tekong darat bersama 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar.
Ejen darat, dalang seludup 7 PATI diberkas
Susulan penahanan PATI dan ejen darat berkenaan, seorang lagi lelaki warga tempatan disyaki dalang utama aktiviti penyeludupan migran turut ditahan Maritim Malaysia.
Polis berkas empat tekong darat dalang sindiket penyeludupan warga Myanmar
Sindiket tersebut dipercayai bergiat aktif di kawasan utara tanah air sejak awal tahun ini.
Tekong darat pengkhianat negara - KP Perlis
Tekong darat mengenakan bayaran sekitar RM1,000 hingga RM2,000 seorang mengikut perjanjian yang dipersetujui dengan pendatang asing.
Sembilan PATI ditahan di Bukit Kayu Hitam
Hasil siasatan mendapati mereka dipercayai berada di Thailand selama dua hari sebelum masuk ke negara ini.
Pemilik tanah di sempadan Malaysia-Thailand dianggap 'tekong darat' jika seludup migran
Mana-mana pemilik tanah di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan akan dianggap sebagai 'tekong darat' sekiranya mereka dikesan terlibat dalam aktiviti penyeludupan pendatang haram.
Tiga 'tekong darat' ditahan cuba seludup 13 PATI
Tiga lelaki warga tempatan dipercayai menjadi tekong darat dan 'ejen pengangkutan' ditahan ketika cuba menyeludup 13 pendatang tanpa izin (PATI) di kawasan Napoh, Changloon Kedah, pada Rabu.
Dalang, tekong darat ditahan bersama 21 PATI
Dalang sindiket yang merupakan seorang lelaki berusia 34 tahun cuba memberi suapan RM6,000 kepada pasukan serbuan untuk membebaskan kesemua tangkapan.
Cubaan 'runner' bantu tekong seludup PATI tidak kesampaian
Runner dibayar upah RM200 di atas setiap seorang PATI yang dibawa ke destinasi ditetapkan.
Upah serendah RM70, tekong darat cuba seludup enam PATI ditahan
Enam PATI dan pemandu tempatan itu cuba melalui PPJ Sapi Nangoh sebelum ditahan.