KAMPAR: Ahmad Danish Basyir Nasaruddin,16, tidak menyangka sambutan Aidilfitri tahun ini bersama ibu dan empat adik-beradiknya adalah yang terakhir, apabila lima sekeluarga itu terkorban dalam nahas di Kampar pagi tadi.
Malah remaja berusia 16 tahun itu menyangka panggilan daripada kakak saudaranya yang memberitahu berita malang itu sebagai gurauan sehinggalah diberitahu oleh guru sekolahnya.
"Pada mulanya saya tidak percaya, ingatkan kakak saudara saya bergurau tetapi apabila guru sekolah saya beritahu, baru saya percaya dan datang ke sini (hospital)," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Kampar di sini hari ini.
Beliau yang bersekolah di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh, berkata kali terakhir bertemu dengan ibunya Azriyani Abdul Latif serta adik-beradiknya adalah pada cuti sekolah sempena Aidilfitri baru-baru ini.
"Semasa (arwah) ibu menghantar ke asrama semula (selepas cuti persekolahan berakhir), ibu pesan jaga diri di asrama, jangan buat masalah. Itulah kali terakhir saya bertemu dan bercakap dengannya.
"Saya selalu tidur sekali dengan adik bongsu (Ahmad Uwais Qorni) apabila pulang ke rumah, saya memang rapat dengannya," kata anak keempat daripada lapan beradik itu.
Tinjauan Bernama mendapati suasana di Unit Forensik diselubungi suasana pilu apabila Ahmad Danish Basyir dan adiknya Siti Nur Khadijah, 14, tidak dapat menahan kesedihan dan ditenangkan ahli keluarga lain.
Dua lagi abang remaja itu ialah Muhammad Ilham, 20, dan Ahmad Hazim Zuhdi, 21.
Ketika kejadian, Azriyani, 45, serta empat lagi anaknya - Ahmad Uwais Qorni, 5, Muhammad Fawwaz, 7, Siti Nur Aminah, 8, dan anak sulung, Muhammad Azib, 23, yang memandu kenderaan itu dalam perjalanan dari Kuala Kangsar ke Kampung Changkat Petai, Tapah Road.
Difahamkan, Azriyani pulang ke rumah ibu bapanya untuk membawa bapanya menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Tapah hari ini namun tidak berkesempatan apabila terkorban dalam kemalangan tersebut.
Lima sekeluarga itu yang menaiki kereta Proton Saga maut apabila kenderaan tersebut hilang kawalan dan merempuh belakang sebuah treler muatan pasir di KM310. 2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan pada 2.42 pagi tadi.
Azriyani dan tiga anaknya maut di tempat kejadian dan mayat kesemua mangsa dibawa ke Hospital Kampar manakala seorang lagi anaknya Muhammad Fawwaz meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Tapah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 16 2023
Ahmad Danish Basyir (dua, kanan) dan Siti Nur Khadijah (tiga, kanan) ditenangkan ahli keluarga ketika menunggu jenazah adik-beradik dan ibu mereka di Unit Forensik Hospital Kampar hari ini. -Bernama
Akaun tiga selebriti yang dikaitkan tidak dibekukan - SPRM
Akaun tiga selebriti yang dikaitkan dengan sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan tidak dibekukan, sebaliknya mereka hanya dipanggil untuk membantu siasatan. #AWANInews
Tindakan terhadap khatib akan ditentukan mesyuarat jawatankuasa tatatertib JAIPk
Timbalan Pengarah JAIPk Zakaria Abd Razak berkata siasatan telah dijalankan oleh Pejabat Pentadbiran Agama Islam Parit Buntar.
Ibu bapa mengaku tidak bersalah dera anak kandung
Pasangan tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap anak lelaki mereka berusia 10 tahun sehingga terpaksa dirawat di hospital.
Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini
Di Johor, jumlah mangsa yang dipindahkan sedikit meningkat kepada 372 orang berbanding 364 orang malam tadi.
ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza
Seluruh negara anggota ASEAN sepakat tidak setuju dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Pempengaruh Malaysia hilang di hutan Bandung ditemukan lemah, terbaring
Gadis berusia 22 tahun itu dijumpai terbaring kira-kira jam 10 malam di kawasan semak samun dalam keadaan lemah.
Piala EFL: Arsenal tersungkur di tangan Newcastle
Jaringan Jacob Murphy dan Anthony Gordon sudah cukup untuk membawa mereka ke Wembley dengan agregat 4-0.
WCO permudah pelepasan kastam
Pegawai kastam di barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menaksir cukai.
3,950 akaun pengguna di Simpang Ampat alami gangguan bekalan air
Sebanyak 3,950 akaun pengguna PBAPP di Simpang Ampat, Pulau Pinang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula esok hingga Sabtu.
Trend terkini dalam penjagaan warga emas dan kehidupan senior di Malaysia
Sr Sulaiman Saheh, Pengarah Penyelidikan Rahim & Co International Sdn Bhd, membincangkan evolusi permintaan, cabaran, dan masa depan penjagaan warga emas dan kehidupan senior di Malaysia.
Remaja tidak sangka rai Aidilfitri terakhir bersama ibu dan empat beradik
Remaja berusia 16 tahun itu menyangka panggilan daripada kakak saudaranya yang memberitahu berita malang itu sebagai gurauan sehinggalah diberitahu oleh guru sekolahnya.