Tempoh reman enam hari Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Peter Runin, bagi membantu siasatan berhubung isu penyelewengan dana bernilai RM40 juta yang sepatutnya disalurkan kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dilanjutkan lima hari lagi bermula hari ini.
Perintah lanjutan reman dikeluarkan Majistret Siti Nabila Abd Rashid di Mahkamah Majistret di sini selepas mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPMR) bagi membolehkan siasatan lanjut dapat dilakukan.
Lelaki berumur 61 tahun itu sebelum ini direman enam hari sehingga hari ini selepas ditahan di ibu pejabat SPRM pada 12.30 tengah hari Rabu lepas.
BACA: SPRM tahan setiausaha politik menteri, bantu siasatan penyelewengan RM40 juta
Menurut laporan media, setiausaha politik itu merupakan individu kelima yang ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan wang peruntukan berkenaan dan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Pada 13 Sept lalu, SPRM telah menahan empat individu kerana disyaki menyeleweng dana kerajaan bernilai hampir RM40 juta yang sepatutnya disalurkan kepada sebuah perbadanan kemahiran bagi tujuan program latihan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2017

Seorang Setiausaha Politik sebuah kementerian di dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini untuk permohonan reman bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan wang. - Foto BERNAMA
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Sivakumar nafi terlibat dengan penemuan RM94 juta
Bekas Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar menafikan beliau terlibat dengan penemuan RM94 juta seperti didakwa seorang ahli Parlimen pembangkang.

WSSF 2025: Malaysia pimpin usaha perkasa perlindungan sosial tempatan, global
Malaysia bakal menjadi tumpuan dalam merencana usaha memperkasa perlindungan sosial di peringkat tempatan dan global, sempena penganjuran Forum Keselamatan Sosial Dunia (WSSF) 2025.

Strategi baharu akan dirangka pastikan bakat TVET relevan -Steven Sim
Strategi baharu dalam mendepani dan mengadaptasi perubahan dunia pekerjaan akan dirangka bagi memastikan bakat TVET dihasilkan kekal relevan.

HRD Corp kutip levi RM2.2 bilion, tertinggi sejak penubuhan - Steven Sim
Jumlah kutipan levi itu merupakan rekod terbaik sejak penubuhan HRD Corp pada 1993.

Sim tekad angkat martabat pekerja di Malaysia
Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong bertekad untuk mengangkat martabat pekerja di Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

JKTSM akan jumpa pengurusan MYAirline berhubung kebajikan pekerja
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia akan berjumpa dengan pihak pengurusan syarikat MyAirline susulan tindakan syarikat itu menggantung operasinya.

"Perkenal semula GST selepas mansuh beri kesan inflasi" - Khairy
Kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bahawa kerajaan tidak menolak untuk memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang telah dimansuhkan sebelum ini sebagai satu tindakan berani.

Kes pegawai kanan Menteri Sumber Manusia di peringkat akhir - SPRM
Kertas siasatan kes rasuah pengambilan pekerja asing yang melibatkan pegawai kanan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Siasatan rasuah: Menteri Sumber Manusia sahkan lima pegawainya dipecat
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar hari ini mengesahkan lima pegawainya telah ditamatkan perkhidmatan.

Kaedah baharu pelaksanaan gaji minimum akan dirangka - Sivakumar
Beliau yang menyifatkan gaji minimum sebanyak RM1,500 agak rendah berkata majikan perlu memastikan gaji yang diterima pekerja setimpal dengan kemahiran dan pengetahuan mereka.