KUALA LUMPUR: Perenang muda negara, Bryan Leong nyata berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya memperbaharui dua rekod kebangsaan miliknya menerusi acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu dan 50m gaya bebas di Perlumbaan Antarabangsa AP London 2023, semalam.
Menurut laman sesawang kejohanan itu https://swimming.events/meets/284/results, Bryan, 20, merekodkan 53.02 saat bagi acara 100m kuak kupu-kupu untuk mengatasi rekod lamanya 53.32s yang dibuat di Sukan Malaysia (Sukma) pada tahun lepas.
Bagaimanapun, graduan dalam bidang neurosains dan psikologi dari King's College London itu menamatkan saingan di tempat kedua selepas perenang Afrika Selatan Chad Le Clos mengungguli acara tersebut dengan catatan 52.05s, manakala Ondrej Gemov dari Republik Czech di kedudukan ketiga dengan 54.32s.
Bryan yang sudah mengesahkan slot ke Kejohanan Akuatik Dunia 2023 di Fukuoka, Jepun pada Julai ini menerusi acara 100m kuak kupu-kupu, turut mencipta rekod baharu kebangsaan bagi 50m gaya bebas apabila merekodkan 23.07s sekali gus memadam 23.09s yang dibuat pada Sukan SEA Hanoi, Vietnam pada tahun lepas.
Walaupun berjaya memecahkan rekod, beliau terpaksa berpuas hati dengan kedudukan keenam selepas ketinggalan kepada Dylan Carter dari Trinidad and Tobago yang memenangi pingat emas dengan catatan 22.24s, Matthew Richards dari United Kingdom (22.35s) dan tempat ketiga Carter Swift dari New Zealand (22.81s).
Tempat keempat acara itu ialah Jacob Whittle dari United Kingdom dengan catatan 22.85s, manakala rakan senegaranya Alex Cohoon yang mencatat 22.88s di tempat kelima.
Perlumbaan Antarabangsa AP London 2023 yang membuka tirai semalam akan berakhir esok.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023

Bryan Leong memperbaharui dua rekod kebangsaan miliknya menerusi acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu dan 50m gaya bebas di London. - Fail/Bernama

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Renang: Bryan lebur dua rekod kebangsaan miliknya di London
Bryan Leong nyata berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya memperbaharui dua rekod kebangsaan miliknya menerusi acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu dan 50m gaya bebas di London.

Bryan sahkan slot ke Kejohanan Renang Dunia 2023 Fukuoka
Bryan melepasi syarat kelayakan kategori B yang ditetapkan FINA pada Kejohanan Renang British 2023 dalam acara 100m kuak kupu-kupu lelaki.

Bryan Leong lebur rekod 13 tahun kuak kupu-kupu lelaki kebangsaan
Bryan Leong akan beraksi dalam dua lagi acara hari ini iaitu dalam 50m gaya bebas dan 4x100m individu rampaian.