KUALA LUMPUR: Representasi dikemukakan pegawai polis berpangkat Inspektor dikenali sebagai 'Inspektor Sheila' bagi membatalkan pertuduhan menyebabkan kegusaran awam di sebuah pusat beli-belah pada Jun tahun lepas ditolak pihak pendakwaan.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Hamizah Hisan hari ini kepada Majistret Illi Marisqa Khalizan pada prosiding sebutan bagi mengetahui status representasi yang dikemukakan Inspektor Sheila itu atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar, 36, pada 20 Feb lepas.
Peguam Anis Salihah Abdul Malek yang mewakili Sheila mengesahkan perkara itu dan memohon supaya tarikh perbicaraan baharu ditetapkan kerana peguam utama M. Manoharan yang mengendalikan perbicaraan itu mempunyai kes lain di Mahkamah Rayuan, Putrajaya.
Majistret Illi Marisqa kemudian menetapkan 1 dan 2 Julai ini sebagai tarikh baharu perbicaraan kes.
Pada 21 Feb lepas, peguam Manoharan mengesahkan memfailkan representasi sehari sebelum itu kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) atas alasan pertuduhan itu remeh.
Pada 8 Nov tahun lepas, Sheila selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan mudarat awam dengan memarahi dan membunyikan hon kereta yang panjang atau lama serta menjerit di tempat kejadian sehingga menyebabkan kegusaran awam terhadap Nuraihan Nadzirah Ibrahim, 27.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Brickfields di sini pada 5.26 petang 16 Jun tahun lepas mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 290 kanun sama yang membawa hukuman denda maksimum RM400, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024

Pada 8 Nov tahun lepas, Sheila mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan mudarat awam dengan memarahi dan membunyikan hon kereta sehingga menyebabkan kegusaran awam. - Foto Bernama
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Representasi Papagomo gugur pertuduhan ditolak, perbicaraan bermula 11 Julai
Representasi dikemukakan Papagomo untuk menggugurkan pertuduhan menyebut kata-kata menghasut yang mengaitkan kerajaan pro kepada Israel ditolak Jabatan Peguam Negara.

Bicara kes 22 Julai, Sanusi akan kemuka representasi batal tuduhan menghasut
Peguam yang mewakili Sanusi memaklumkan hakim bahawa beliau menerima arahan daripada anak guamnya untuk menghantar representasi itu dalam tempoh empat bulan.

AGC tolak representasi Muhammad Yasin
Surat rasmi berhubung perkara itu belum sempat dikeluarkan dan tarikh perbicaraan diteruskan seperti ditetapkan.

AGC peroleh representasi Yasin, keputusan 15 Disember
Hakim Jamaludin Mat membenarkan prosiding ditangguhkan dan menetapkan keputusan representasi pada tarikh yang dipersetujui kedua-dua pihak.

AGC tolak representasi kali ketiga Ahmad Maslan gugur tuduhan gagal isytihar LHDN
Ini berikutan Jabatan Peguam Negara menolak permohonan representasi kali ketiga yang dikemukakan Ahmad berhubung kedua-dua pertuduhan yang dihadapinya.

Hafarizam hantar representasi kali kedua timbang semula pertuduhan
Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Hasnal Rezua Merican yang mewakili Mohd Hafarizam semasa sebutan kes tersebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali hari ini.

Prosiding komital: Bapa Adib hantar representasi kepada Peguam Negara
Peguam Aidil Khalid, yang mewakili bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, berkata pihaknya menghantar surat representasi itu menerusi faks dan e-mel semalam.

SPR selesai siasatan tempatan syor kajian semula persempadanan
Sebanyak 116 representasi bantahan yang layak telah dijemput hadir bagi mendengar dengan lebih lanjut bantahan mereka pada sesi siasatan yang diadakan pada 27 Dis hingga 9 Jan lepas itu.