WWF Malaysia menggesa restoran, peruncit dan hotel untuk mengamalkan dasar dengan 'mengharamkan' sirip ikan yu daripada menu makanan mereka atau menggantikannya dengan bahan ramuan alternatif.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Dionysius S.K. Sharma berkata permintaan tinggi menjadi sebab utama penangkapan ikan yu gagal dihentikan, dan inisiatif tersebut adalah untuk mengurangkan impak manusia terhadap ekosistem haiwan tersebut dan ekosistem marin.
"Menurut kajian, didapati bahawa 85 peratus hidangan sup sirip ikan yu adalah berkaitan dengan perayaan seperti majlis perkahwinan di restoran atau hotel.
"Dengan menggesa mereka menghentikan pembelian sirip ikan yu daripada pembekal, ia akan memberi kesan kepada pembekal dan mereka yang menangkap ikan yu dalam rantaian bekalan itu.
"Lama-kelamaan sirip ikan yu tidak akan mendapat permintaan tinggi bagi mereka yang menangkap ikan tersebut, sekali gus dapat menghentikan pembunuhan ikan tersebut," katanya semasa pelancaran projek 'Majlis Perkahwinan Tanpa Sirip Ikan Yu' di sini pada Khamis.
Beliau berkata ikan yu adalah penting dalam menstabilkan ekosistem marin dan menjadikan lautan dapat mengekalkan populasi sihat ikan lain.
"Bagaimanapun populasi ikan yu kian merosot akibat penangkapan ikan yang keterlaluan serta berikutan permintaan tinggi terhadap sirip ikan yu," katanya.
Sementara itu, Presiden AWP Leticia Hsu berkata pengguna dan pemain industri memerlukan lebih kesedaran terhadap bahan ramuan alternatif untuk menggantikan sup sirip ikan yu pada majlis perkahwinan.
"Usaha untuk menamatkan pengambilan sirip ikan yu di seluruh dunia mengambil masa yang panjang dan sukar, maka kami bersemangat untuk memberi kesedaran ini kepada pengguna terhadap perkara tersebut
"Dengan membuat keputusan yang wajar, pengantin baharu boleh memainkan peranan besar dalam mengubah trend untuk tidak menghidangkan sup sirip ikan yu semasa majlis perkahwinan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 28 2018
Usaha untuk menamatkan pengambilan sirip ikan yu di seluruh dunia mengambil masa yang panjang dan sukar. - Gambar hiasan
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Restoran, hotel digesa haramkan sirip ikan yu daripada menu
Permintaan tinggi menjadi sebab utama penangkapan ikan yu gagal dihentikan, dan inisiatif tersebut adalah untuk mengurangkan impak manusia terhadap ekosistem haiwan tersebut dan ekosistem marin.