MELAKA: Sebuah restoran mamak di Jalan Hang Tuah, di sini, diarahkan tutup selama dua minggu kerana beroperasi dalam persekitaran yang kotor.
Timbalan Pengarah Kesihatan (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Dorothy Dayang Henry Sum berkata, arahan penutupan selama 14 hari bermula petang semalam itu dikeluarkan selepas pihaknya melakukan pemeriksaan mengejut susulan aduan orang ramai.
Beliau berkata, serbuan juga dilakukan berikutan video tular berdurasi 21 saat yang memaparkan seorang pekerja restoran terbabit kencing secara terbuka di longkang di belakang premis menjual makanan berkenaan.
"Hasil pemeriksaan kita turut keluarkan empat notis kompaun bernilai keseluruhan RM1,500 atas pelbagai kesalahan. Premis diarahkan tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana tidak bersih, selain premis ini juga memperoleh markah 64 peratus ke bawah hasil daripada penilaian yang dilakukan penguat kuasa," katanya pada sidang media selepas melakukan pemeriksaan di premis itu semalam.
Dorothy Dayang berkata, pihaknya turut mengesan puntung rokok dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan perbuatan merokok tidak boleh dilakukan di dalam premis penyediaan makanan serta perlu jarak sejauh tiga meter dari meja terakhir.
"Kita juga dapati tiada tandas di dalam premis ini, yang ada hanyalah di stor iaitu di bangunan bersebelahan premis, namun tidak mempunyai air menyebabkan pekerja terpaksa menggunakan tandas di tempat lain," katanya.
Beliau berkata, restoran itu sebelum ini pernah diarahkan tutup sebanyak dua kali pada 2022, bagaimanapun, tetap mengulangi kesalahan sama, justeru menjadi tanggungjawab pemilik dan pengendali makanan untuk memastikan premis mereka bersih setiap masa.
"Premis makanan yang didapati tidak mematuhi elemen-elemen penting kebersihan akan diberi bimbingan untuk mengambil tindakan pembetulan bagi meningkatkan tahap kebersihan dan jika masih ingkar, boleh dikenakan arahan penutupan di bawah akta berkaitan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Feb 02 2024
Arahan penutupan selama 14 hari bermula petang semalam dikeluarkan selepas Jabatan Kesihatan melakukan pemeriksaan mengejut susulan aduan orang ramai. - Gambar Bernama
AWANI Pagi: Trump 2.0: Dasar luar, Asia Barat dan perubahan iklim
Donald Trump sudah rasmi jadi President AS Ke-47. Dasar tidak popular akan mula dilaksana dan ini menuntut kefahaman dunia tentang kemahuan beliau selaku Presiden. Bagaimana dunia harus bersiap sedia? Temu bual bersama Herizal Hazri dan Amir Fareed Rahim dari Davos, Switzerland seiring WEF 2025.
“Penting kekalkan persahabatan dengan Trump”, tuntut gencatan senjata Gaza dipatuhi - Erdogan
Presiden Turkiye menekankan kepentingan mengekalkan hubungan kukuh dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, selepas beliau kembali ke White House.
Empat cedera dalam kemalangan tiga kereta langgar tayar lori tercabut di Sitiawan
Empat sekeluarga cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kereta melanggar tayar kiri lori tangki muatan minyak 45 tan yang tercabut di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).
Trump angkat sumpah sebagai Presiden AS ke-47
Donald Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat pada Isnin.
Sumpah itu sekaligus memulakan penggalnya selama empat tahun yang dijangka penuh dengan kontroversi, disertai janji untuk memperluaskan kuasa eksekutifnya.
Sumpah itu sekaligus memulakan penggalnya selama empat tahun yang dijangka penuh dengan kontroversi, disertai janji untuk memperluaskan kuasa eksekutifnya.
Zelenskiy alukan peluang untuk keamanan adil dalam ucapan tahniah kepada Trump
Presiden Trump sentiasa tegas dan dasar keamanan melalui kekuatan yang diumumkannya memberikan peluang untuk mengukuhkan kepimpinan Amerika, kata Zelenskiy.
Trump akan tarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris sekali lagi - White House
Trump sebelum ini menyifatkan perjanjian itu sebagai "bencana" dan "penipuan" yang merugikan AS.
Presiden Mulino tolak kenyataan Trump tentang Terusan Panama
Presiden Mulino menolak kenyataan Presiden Donald Trump yang mendesak pemulangan semula Terusan Panama kepada Amerika Syarikat.
Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang di Karak
Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang di Karak, Bentong.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Siti Khadijah Abdul Rahman, 16, daripada ibunya sekitar 8.03 pagi.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Siti Khadijah Abdul Rahman, 16, daripada ibunya sekitar 8.03 pagi.
630 trak bantuan kemanusiaan memasuki Gaza sejak Ahad
PBB mengesahkan lebih 630 trak bantuan memasuki Gaza, dengan 300 trak dihantar ke utara. Fokus kini pada memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.
Trump hentikan aplikasi janji temu migran
Pentadbiran baharu Amerika Syarikat di bawah Presiden Donald Trump pada Isnin menghentikan operasi sebuah aplikasi mudah alih yang membolehkan migran membuat janji temu di sempadan AS-Mexico.
Notis di laman sesawang kastam dan perlindungan sempadan (CBP) menyebut, berkuat kuasa 20 Januari 2025, fungsi CBP One yang sebelum ini membolehkan pendatang tanpa dokumen menyerahkan maklumat awal dan menjadualkan janji temu di lapan pintu masuk di sempadan barat daya AS tidak lagi tersedia, dan semua janji temu sedia ada telah dibatalkan.
Notis di laman sesawang kastam dan perlindungan sempadan (CBP) menyebut, berkuat kuasa 20 Januari 2025, fungsi CBP One yang sebelum ini membolehkan pendatang tanpa dokumen menyerahkan maklumat awal dan menjadualkan janji temu di lapan pintu masuk di sempadan barat daya AS tidak lagi tersedia, dan semua janji temu sedia ada telah dibatalkan.
Restoran mamak kotor di Melaka diarah tutup 14 hari
Arahan penutupan selama 14 hari bermula petang semalam dikeluarkan selepas Jabatan Kesihatan melakukan pemeriksaan mengejut susulan aduan orang ramai.