SEBERANG JAYA: Tiada keperluan untuk menambah kuota kemasukan pekerja asing buat masa ini, kerana kuota sedia ada sudah memadai bagi menampung pekerja di restoran India Muslim (mamak) di negara ini.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, kerajaan sedang dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan rakyat negara ini.
Justeru, beliau melihat sudah tiba masanya , restoran India Muslim mengambil pekerja tempatan bagi menampung keperluan tersebut jika kekurangan pekerja.
"Buat apa nak tambah, kita berjaya kurangkan kadar pengangguran daripada 5.3 peratus kepada 4.2 peratus ini satu kejayaan besar.
"Cuma saya cuba nak kurangkan kepada empat peratus , kalau kita sampai 3.5 peratus makanya kita sudah tidak ada pengangguran lagi dah, so within context yang sama tengok mana-mana peluang pekerjaan yang boleh bagi kepada orang tempatan, macam cashier semua, tak perlu bagi orang luar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan menambah kuota kemasukan pekerja asing yang bekerja di restoran India Muslim berikutan kebenaran operasi 24 jam bermula 1 April ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan Malaysia akan memasuki fasa ‘peralihan ke endemik’ bermula 1 April 2022.
Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk penilaian risiko, mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) serta selepas meneliti syor daripada menteri kuartet.
Berikutan itu, had waktu bagi premis perniagaan juga dimansuhkan, sekali gus premis boleh beroperasi mengikut waktu operasi masing-masing.
Sebelum ini, industri makanan khususnya melibatkan restoran India Muslim berdepan masalah kekurangan pekerja terutamanya selepas pekerja asing tidak dibenarkan pulang ke Malaysia sejak pandemik melanda dunia.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Mar 10 2022
![Restoran mamak: Kuota pekerja asing memadai, disaran ambil pekerja tempatan - Saravanan Restoran mamak: Kuota pekerja asing memadai, disaran ambil pekerja tempatan - Saravanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-01/81485860375_PelitaNasiKandar.jpg)
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, kerajaan sedang dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan rakyat negara ini.- Gambar hiasan/ BERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Pengarah restoran mamak didenda RM15,000 miliki barang kawalan lebih kuantiti Pengarah restoran mamak didenda RM15,000 miliki barang kawalan lebih kuantiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711529981_TBCourtHammer.jpg)
Pengarah restoran mamak didenda RM15,000 miliki barang kawalan lebih kuantiti
Seorang pengarah syarikat rangkaian restoran mamak bergelar Datuk didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh selepas mengaku bersalah memiliki barang berjadual melebihi kuantiti.
![Lelaki pecah rekod baharu makan nasi kandar RM222 Lelaki pecah rekod baharu makan nasi kandar RM222](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707428497_TBNasiKandarMahal.jpg)
Lelaki pecah rekod baharu makan nasi kandar RM222
Lelaki tersebut mengambil 16 ekor sotong, 10 ekor udang, dua ketul ayam, dan lauk sampingan lain seperti kambing, telur sotong serta bendi.
![Restoran mamak sorok lebih 500kg gula, minyak masak peket diserbu Restoran mamak sorok lebih 500kg gula, minyak masak peket diserbu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702376420_TBKPDN.jpg)
Restoran mamak sorok lebih 500kg gula, minyak masak peket diserbu
Premis makanan di Alor Hajah berkenaan turut menyorok lebih 550 kilogram (kg) barangan bersubsidi gula pasir dan minyak peket.
![Roti canai: PRESMA pastikan ahlinya tidak kenakan harga luar biasa Roti canai: PRESMA pastikan ahlinya tidak kenakan harga luar biasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51654246443_roticanairotican.jpg)
Roti canai: PRESMA pastikan ahlinya tidak kenakan harga luar biasa
PRESMA akan memastikan kenaikan harga roti canai di restoran mamak dan bistro adalah paling minima dan tidak membebankan pengguna.
!['Selesai segera isu pengambilan pekerja asing sebelum restoran mamak gulung tikar' - Kimma 'Selesai segera isu pengambilan pekerja asing sebelum restoran mamak gulung tikar' - Kimma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71650702924_950x600.jpg)
'Selesai segera isu pengambilan pekerja asing sebelum restoran mamak gulung tikar' - Kimma
Kerajaan diminta menyelesaikan segera isu pengambilan pekerja asing bagi mengisi kekurangan yang dihadapi banyak pengusaha restoran mamak yang kini berhadapan risiko gulung tikar.
![Kekurangan pekerja, restoran mamak belum mampu beroperasi 24 jam Kekurangan pekerja, restoran mamak belum mampu beroperasi 24 jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649074204_950x600.jpg)
Kekurangan pekerja, restoran mamak belum mampu beroperasi 24 jam
Kebanyakan pengusaha restoran mamak lebih selesa mengekalkan waktu operasi sekurang-kurangnya setakat 2 pagi.
![Restoran mamak tidak mampu beroperasi 24 jam akibat kekurangan pekerja Restoran mamak tidak mampu beroperasi 24 jam akibat kekurangan pekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71648763970_RestoranMamak.jpg)
Restoran mamak tidak mampu beroperasi 24 jam akibat kekurangan pekerja
Mereka mengambil keputusan untuk menunggu sehingga kerajaan membenarkan pengambilan pekerja asing berikutan kurangnya sambutan daripada warga tempatan.
![Restoran mamak: Kuota pekerja asing memadai, disaran ambil pekerja tempatan - Saravanan Restoran mamak: Kuota pekerja asing memadai, disaran ambil pekerja tempatan - Saravanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-01/81485860375_PelitaNasiKandar.jpg)
Restoran mamak: Kuota pekerja asing memadai, disaran ambil pekerja tempatan - Saravanan
Sudah tiba masanya , restoran India Muslim mengambil pekerja tempatan bagi menampung keperluan tersebut jika kekurangan pekerja.
![Restoran mamak guna robot layan pelanggan, tangani isu kekurangan pekerja Restoran mamak guna robot layan pelanggan, tangani isu kekurangan pekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51644841069_robotpelayan.jpg)
Restoran mamak guna robot layan pelanggan, tangani isu kekurangan pekerja
Penggunaan teknologi robotik telah mengambil alih tugas pelayan di beberapa restoran mamak susulan isu kekurangan pekerja.
![Ada restoran mamak terpaksa gulung tikar kerana tidak cukup pekerja - Presma Ada restoran mamak terpaksa gulung tikar kerana tidak cukup pekerja - Presma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71603261886_TBJawaharAli.jpg)
Ada restoran mamak terpaksa gulung tikar kerana tidak cukup pekerja - Presma
Walaupun perniagaan bagus dan semakin pulih, ada restoran yang gulung tikar kerana kurang kakitangan untuk menjalankan operasi harian.