Rezeki tidak diduga bagi penerima rumah mampu milik Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) apabila permohonannya untuk memperbaiki rumah pusaka yang usang bertukar mendapat sebuah rumah yang lebih selesa dalam projek terbabit.
Mohd Azlan Ismail, 42, antara 88 orang penerima PPRT di kawasan KESEDAR baru-baru ini, tidak menduga dapat tinggal bersama ahli keluarganya di rumah yang lebih selesa.
Beliau berkata pada permulaannya beliau hanya memohon bantuan untuk membaiki rumahnya yang usang didiami bersama isteri serta empat orang anak berusia setahun sehingga 13 tahun.
"Usahkan untuk membina rumah baharu, memperbaikinya saya tidak mampu dengan bergantung kepada pendapatan yang tidak menentu berkerja sebagai buruh.
"Jika tidak ada program seumpama ini, mana mungkin golongan tidak berkemampuan seperti saya untuk impikan tinggal dirumah yang lebih selesa," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mengkebang di sini, pada Ahad.
Mohd Azlan berkata beliau sangat gembira apabila mengetahui beliau memperolehi rumah PPRT untuk keselesaan anak-anak serta isterinya.
"Ia adalah bantuan dan sumbangan kerajaan paling bernilai kepada keluarga kami, jika tidak kami akan terus tinggal di rumah usang," katanya.
Sementara itu seorang lagi penerima Mohd Borhan Ibrahim, 40, dari Kampung Chemulang, Kuala Krai berkata beliau juga tidak menjangka memperoleh rumah PPRT itu selepas mengemukakan permohonan.
"Permulaannya, saya fikir permohanan saya gagal untuk mendapat rumah itu tapi beberapa bulan kemudian saya dimaklumkan oleh pegawai KESEDAR bahawa permohanan saya diluluskan. Tidak dapat nak gambarkan perasaan saya ketika itu.
"Sebelum ini, saya bersama isteri serta dua orang anak hanya tinggal di rumah sewa dengan bayaran RM50 sebulan dengan pendapatan antara RM450 sehingga RM500 sebulan sebagai penoreh getah," katanya.
Katanya agak mustahil dirinya yang bekerja sebagai penoreh getah dengan harga komoditi itu yang rendah mampu untuk membina rumah baharu.
"Bayangkan dengan pendapatan tidak menentu ketika ini dengan harga getah murah, ditambah pula cuaca tidak menentu untuk saya bina rumah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 06 2019
![Rezeki tidak diduga bagi penerima rumah PPRT Rezeki tidak diduga bagi penerima rumah PPRT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/51570378610_rumah.jpg)
Datuk Sazmi Miah (empat, kiri) bersama para penerima, Mohd Borhan Ibrahim, 40, (tengah), Mohd Azlan Ismail, 42, (tiga, kanan) dan Hasnah Idris, 33, (dua, kiri) pada majlis penyampaian Kunci Rumah PPRT di Mengkebang pada Ahad. - Bernama
![PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738938956_SharuddinOmar.jpg)
PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menceburi perniagaan produk makanan berasaskan ayam bagi menjana pendapatan dalam usaha membantu membangunkan ekonomi dan kebajikan ahli.
![Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728918105_bayi.jpg)
Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.
Usah bangkit isu perpaduan, dimanipulasi pihak tertentu
Isu perpaduan di Malaysia seharusnya tidak lagi menjadi perdebatan utama selepas lebih enam dekad negara mencapai kemerdekaan.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Brussels - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam siri insiden tembakan di beberapa lokasi di Brussels, Belgium, dalam tempoh 72 jam lalu yang mengakibatkan seorang maut dan tiga cedera.
Zelenskiy setuju tawar AS perjanjian nadir bumi dan mineral
Zelenskiy menekankan keperluan Ukraine untuk mendapatkan jaminan keselamatan daripada sekutunya sebagai sebahagian daripada sebarang penyelesaian.
Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol
Presiden Trump umum akan memecat ejen FBI yang didakwa korup dalam siasatan serangan 6 Januari 2021. Pentadbirannya setuju untuk tidak mendedahkan nama ejen buat sementara waktu.
Jepun gandakan perbelanjaan pertahanan
Presiden Trump umum Jepun tingkat belanja pertahanan menjelang 2027. AS komited terhadap keselamatan Tokyo, meluluskan hampir satu bilion dolar dalam jualan ketenteraan asing minggu ini.
![Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738966316_StevenSimCheeKeon.jpg)
Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO
Semua pencarum PERKESO tidak perlu lagi membayar untuk rawatan perubatan di klinik panel bermula tahun ini.
AS, Jepun perkukuh kerjasama perdagangan dan pelaburan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menerima kunjungan Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba, di White House dan menegaskan komitmen kedua-dua negara untuk mengurangkan defisit perdagangan Amerika dengan Jepun.
Netanyahu puji tindakan Trump sekat ICC
Netanyahu, bercakap bersama Speaker Dewan Rakyat Amerika Mike Johnson, mengucapkan terima kasih di atas kerjasama berterusan dengan Israel.
![3 gajah liar rosakkan tanaman pekebun Sungai Terah 3 gajah liar rosakkan tanaman pekebun Sungai Terah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676199781_Pemilikkebun.jpg)
3 gajah liar rosakkan tanaman pekebun Sungai Terah
Kira-kira 300 pekebun di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Sungai Terah, ketakutan selepas kawasan kebun mereka diceroboh tiga gajah liar sejak Khamis lepas.
![Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh letak jawatan pengerusi syarikat milik Kesedar Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh letak jawatan pengerusi syarikat milik Kesedar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71617203290_KetuaUmnoBahagian.jpg)
Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh letak jawatan pengerusi syarikat milik Kesedar
Zawawi membuat pengumuman itu dalam Majlis Penerangan Isu Semasa di Dewan Kompleks Uthmaniyah, Kampung Pulau Lima, Pasir Puteh malam ini.
![Rezeki tidak diduga bagi penerima rumah PPRT Rezeki tidak diduga bagi penerima rumah PPRT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/51570378610_rumah.jpg)
Rezeki tidak diduga bagi penerima rumah PPRT
Penerima PPRT di kawasan KESEDAR baru-baru ini, tidak menduga dapat tinggal bersama ahli keluarganya di rumah yang lebih selesa.