DENGKIL: Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof mengarahkan PLUS Malaysia Bhd (PLUS), mencari penyelesaian berhubung isu kesesakan yang dilaporkan berlaku di plaza tol berikutan pelaksanaan sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).
Menurutnya RFID itu sedang dilaksanakan secara rintis oleh syarikat konsesi PLUS dan ia dibekalkan oleh syarikat Touch 'n Go Sdn Bhd (TnG).
"Saya telah hubungi mereka (PLUS dan TnG) selepas mendapat aduan, dan meminta mereka jelaskan kepada orang ramai serta cari penyelesaian...penyelesaian kepada segala isu berbangkit kepada pelaksanaan (RFID) ini," katanya.
"Apabila ia projek rintis, ada beberapa perkara akan lalui dan perlu selesaikan," kata Fadillah ketika ditemui media selepas meninjau pembukaan Jambatan Dengkil di FT31 (Jalan Banting-Semenyih) Seksyen 20.80 di sini hari ini
Media dalam talian dan warga net melaporkan keadaan trafik di beberapa plaza tol seperti di Bandar Seri Putra, Bangi dan Sungai Besi dikatakan sesak, didakwa berpunca daripada penggunaan RFID.
Pada 16 Dis 2021, Kementerian Kerja Raya (KKR) berkata transaksi tol menggunakan teknologi RFID untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan bermula 15 Jan 2022.
Sistem RFID membolehkan pengguna lebuh raya menikmati perjalanan lebih lancar tanpa perlu berhenti di lorong RFID dengan kelajuan 30 km/j serta membolehkan pengguna melaksanakan transaksi tol tanpa sentuh.
RFID juga menawarkan sekuriti tunai digital dan tambah nilai tanpa tunai melalui penggunaan Touch 'n Go eWallet, tanpa perlu lagi mengunjungi kaunter tambah nilai,
Fadillah berkata pelaksanaan RFID itu adalah projek rintis iaitu dengan bilangan tol terhad dipasang teknologi RFID, manakala lorong kad TnG dan SmartTAG masih lagi dikekalkan.
"Kita belum wajibkan untuk gunakan RFID dan ia terserah kepada orang ramai untuk gunakan," katanya.
Beliau memberi jaminan bahawa KKR akan sentiasa memantau perkara tersebut dan mengambil serius aduan, supaya ia tidak menyusahkan pengguna sebaliknya kemudahan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 17 2022

Fadillah berkata RFID itu sedang dilaksanakan secara rintis oleh syarikat konsesi PLUS dan ia dibekalkan oleh syarikat Touch 'n Go Sdn Bhd (TnG). - Gambar fail
SPR tentukan tarikh PRK DUN Ayer Kuning hari ini
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak esok susulan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan.

Dua remaja lepasan SPM maut, tiga parah kereta terbabas langgar penghadang jalan
Kemalangan melibatkan lima mangsa lelaki berusia 18 tahun, di mana dua daripadanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak KKM.

AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
Ia bertujuan untuk mengoptimumkan kecekapan operasi berikutan meningkatnya permintaan.

Nazir Razak seru ASEAN jadikan ekonomi serantau realiti, melangkaui retorik
Pemimpin korporat menggesa ASEAN untuk mengukuhkan dirinya sebagai hab perdagangan dan pelaburan yang kukuh di tengah-tengah ketegangan ekonomi global yang semakin meningkat.

Trafik penumpang udara Malaysia melonjak, catat 9.2 juta penumpang pada Januari - MAVCOM
MAVCOM mengumumkan prestasi trafik penumpang udara Malaysia bagi Januari 2025 yang mencatatkan 9.2 juta penumpang.

Bekas kakitangan Teresa Kok disiasat SPRM
Teresa terkejut apabila mendapat tahu dua bekas pembantunya dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Shahidan sedia pertahan jawatan Presiden KOM
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan akan mempertahankan jawatan nombor satu badan induk itu dalam pemilihan kepimpinan yang dijadualkan pada 15 Jun depan.

Rumah, dua kereta musnah dijilat api di Kuala Kangsar
Dalam kejadian kira-kira 5.56 petang itu, rumah terbakar 90 peratus, manakala dua kereta masing-masing terbakar 70 peratus dan 40 peratus.

Tiga rumah terjejas dalam kebakaran sebelum buka puasa di Tawau
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, beberapa penghuni yang sibuk menyediakan hidangan berbuka puasa tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting mereka.

Piala Esports Malaysia 2025 janji saingan sengit pasukan terbaik MLBB
Kejohanan itu diadakan dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia.

Pendaftaran RFID VEP: Dua lokasi tambahan di Johor beroperasi mulai Ahad
Dua lokasi tambahan untuk memudahkan proses pendaftaran tag RFID VEP di Johor bagi pemilik kenderaan Singapura akan mula beroperasi mulai Ahad ini (22 Sept).

KKR kongsi pengalaman syarikat Salik guna sistem tol MLFF
Perbincangan dengan syarikat Salik yang telah melaksanakan sistem tol elektronik MLFF sejak 1 Julai 2007 menggunakan teknologi RFID.

Sistem penyimpanan senjata api pintar ciptaan syarikat Malaysia diguna polis Singapura
Sistem penyimpanan senjata api pintar (SWS) yang dibangunkan sebuah syarikat tempatan, SWS Inntech Sdn. Bhd. (SWS Inntech) berjaya menembusi pasaran luar apabila digunakan beberapa negara serantau.

KKR pantau penggunaan RFID, kaji amalan terbaik penggunaan MLFF
Abdul Rahman berkata, Kerajaan sedang masih dalam proses kajian mengenai MLFF, dan menjangkakan ujian percubaan pada 2024 untuk melihat kesesuaian kaedah tersebut.

Sistem RFID, MyDIGITAL antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Dewan Rakyat hari ini antara lain bakal membincangkan hala tuju kerajaan berhubung sistem RFID di semua lebuh raya di negara ini.

Touch 'n Go sasar 4 juta pengguna RFID menjelang penghujung 2024
Touch 'n Go Sdn Bhd (Touch 'n Go) menyasarkan empat juta pelanggan Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) menjelang penghujung 2024.

12 lorong tambahan RFID di Lebuhraya Utara-Selatan mula beroperasi
Kerja-kerja menambah 12 lorong tambahan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Lebuhraya Utara-Selatan kini sudah selesai dan telah mula beroperasi sejak 11 Mac lepas.

Atasi kesesakan, ini senarai plaza tol tambah lorong RFID bermula April 2023
Sebanyak 12 lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) akan ditambah selewat-lewatnya pertengahan April 2023 bagi menangani masalah kesesakan di plaza tol.

Kesesakan tol RFID: Semua pihak terlibat dipanggil berbincang - Nanta
Beliau menerima aduan melalui Twitter Abdul Rahman Dahlan berkaitan perkara itu yang dipanjangkan kepada Anthony Loke.

Mengapa kita perlu beralih ke RFID? Ini penjelasan PLUS
Penjelasan PLUS mengenai keperluan beralih pada penggunaan RFID.