KUALA LUMPUR: RHB Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dengan mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Julai ini.
Cabang penyelidikan RHB Banking Group itu sebelum ini mengunjurkan OPR akan dinaikkan sebanyak 25 mata asas (bps).
Dalam nota penyelidikannya hari ini, RHB Research berkata pemangkin bagi perubahan itu adalah berikutan risiko inflasi yang terhad, langkah campur tangan BNM dalam pasaran pertukaran asing (FX) serta pendiriannya terhadap ekonomi global.
"Biarpun kami percaya inflasi indeks harga pengguna (IHP) teras menjadi isu dalam separuh kedua 2023, (prestasi nilai) ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) akan mencecah 4.75 dalam tempoh terdekat dengan perspektif imbangan risiko menunjukkannya boleh mencecah sekitar 4.88 pada suku keempat 2023 manakala kadar pertukaran efektif nominal (NEER) mungkin di paras terendah kitaran baharu.
"Sehubungan itu, kami menjangkakan BNM akan mengekalkan OPR berdasarkan pandangan bahawa risiko inflasi adalah terhad dan penyusutan ringgit pula terutamanya disebabkan oleh faktor luaran dan bukan domestik," katanya.
RHB Research juga menyifatkan langkah campur tangan BNM dalam FX membantu menstabilkan ringgit berbanding dolar AS baru-baru ini, menjadi petunjuk bahawa bank pusat itu berkemungkinan tidak berhasrat menumpukan aspek mempertahankan kadar faedah.
Ia menganggap campur tangan tersebut sebagai pendekatan sementara bagi menangani isu terbabit di pasaran sedang pesat membangun yang menyaksikan asas pemacu mata wang terbabit di laluan penurunan.
"Oleh itu, kami percaya rizab FX akan susut kepada sekitar AS$109 bilion dalam tempoh tiga bulan berikutnya daripada paras AS$112.7 bilion pada 31 Mei, 2023, ketika BNM terus memanfaatkan dasar campur tangan FX untuk menstabilkan ringgit berbanding dolar AS.
"Pada kesudahannya, campur tangan FX itu tidak berkemungkinan mempunyai kesan bertahan lama terhadap haluan ringgit berbanding dolar AS," katanya.
RHB Research bagaimanapun berkata bank berkenaan mengekalkan unjuran kemuncak OPR di paras 3.25 peratus pada 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 03 2023
Bank Negara dijangka mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Julai ini. - Gambar fail/BERNAMA
Polis ingatkan bakal haji berwaspada tawaran visa mujamalah dan furada
Orang ramai terutama bakal jemaah haji diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan tawaran pakej visa mujamalah atau furada.
Selepas kehilangan anak, pasangan bersyukur ditawarkan rawatan IVF TAFF
Pasangan suami isteri ini tidak menyangka penderitaan mereka mendapat perhatian istimewa Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia buat cerita palsu
Pempengaruh Malaysia, Ammar Mohd Nzahan dan Aras yang menghasilkan kandungan media sosial di Kota Bandung, Jawa Barat, Indonesia, rupanya berlakon mengenai kehilangan teman mereka di sebuah hutan.
Tumpuan Jumaat – 7 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MoU LHDN, Persekutuan Pengakap Malaysia inisiatif dekati generasi muda
MoU antara LHDN dan PPM merupakan inisiatif untuk mendekati generasi muda dalam menyebarkan maklumat dan meningkatkan kesedaran berkaitan cukai.
Kastam patahkan 7,215 kes penyeludupan libat nilai rampasan, cukai RM1.6 bilion sepanjang 2024
JKDM mematahkan 7,215 kes penyeludupan sepanjang tahun lepas dengan nilai rampasan dan cukai berjumlah RM1.644 bilion.
Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak semakin pulih
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.
Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud, Indonesia
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 9.16 malam tadi.
PM Anwar lawat Batu Caves esok, tinjau persiapan Thaipusam - Ramanan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Batu Caves, petang esok menjelang Thaipusam yang akan disambut penganut Hindu pada Selasa ini.
Polis kesan pemilik blog didakwa fitnah bekas Naib Canselor UKM
Polis sedang mengesan pemilik blog yang dipercayai memuat naik kandungan didakwa berunsur fitnah terhadap bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman.
BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 3.0 peratus.
Beli rumah apabila tawaran harga berbaloi dengan keadaan kewangan - Pakar
Keputusan yang bijak bagi pembeli rumah pertama adalah untuk membeli hartanah apabila tawaran harga yang diterima adalah munasabah dan berbaloi dengan keadaan kewangan.
BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.0 peratus pada 2025
Bank Negara Malaysia dijangka akan mengekalkan pendirian berhati-hati menjelang 2025, berkemungkinan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.
Bursa Malaysia dibuka tinggi susulan keputusan OPR
Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.05 mata kepada 1,639.22 daripada 1,634.17 ketika ditutup pada Rabu.
FBM KLCI meningkat pada sesi pembukaan menjelang keputusan OPR, pilihan raya presiden AS
Indeks utama Bursa Malaysia meningkat pada sesi pembukaan pada Rabu, dengan FBM KLCI dijangka diniagakan dalam julat 1,615 hingga 1,625 mata.
Prinsip BNM kekal, keputusan OPR ditentukan oleh keadaan domestik - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata paras semasa OPR pada 3.00 peratus juga adalah kondusif dalam menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia.
OPR dijangka kekal, ringgit diunjur 4.25 berbanding dolar AS akhir 2024 - Kenanga
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi tempoh 12-15 bulan akan datang.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini dalam persekitaran jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
OPR diunjur kekal 3% hingga akhir 2024, inflasi, KDNK pertimbangan utama BNM - AmInvestment
AmInvestment Bank Research berkata, Bank Negara Malaysia akan terus bergantung kepada data dalam keputusan dasar monetarinya.