TORONTO: Beribu-ribu penulis menggesa syarikat AI agar mendapatkan kebenaran sebelum memasukkan karya hak cipta ke dalam teknologi mereka.
Antara penulis yang menerbitkan surat terbuka kepada pemimpin AI ialah James Patterson, Suzanne Collins dan pengarang Kanada Margaret Atwood.
"Berjuta-juta buku, artikel, esei dan puisi hak cipta menyediakan "makanan" untuk sistem AI, makanan tanpa henti yang tidak ada bil. Anda membelanjakan berbilion dolar untuk membangunkan teknologi AI. Adalah adil untuk anda memberi kami pampasan kerana menggunakan tulisan kami, tanpanya AI akan kurang keaslian dan sangat terhad," lapor Agensi Anadolu memetik surat itu.
Surat yang ditujukan kepada OpenAI, Meta, Microsoft dan syarikat AI lain telah ditandatangani oleh pemenang Hadiah Pulitzer Jennifer Egan, Michael Chabon, dan Louise Erdrich serta penulis seperti Jonathan Franzen, Celeste Ng, Nora Roberts, dan Ron Chernow .
Penulis meminta pemimpin AI agar mendapatkan kebenaran untuk bahan hak cipta dalam program AI generatif dan memberi pampasan kepada penulis secara adil untuk penggunaan karya mereka dalam program AI, tambahnya.
Penulis harus diberi pampasan secara adil kerana mereka bukan robot untuk diprogramkan, dan AI tidak boleh mencipta cerita manusia tanpa mengambil daripada cerita manusia yang sudah ditulis, menurut Nora Roberts dalam satu kenyataan berhubung surat itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023
Penulis meminta pemimpin AI agar mendapatkan kebenaran untuk bahan hak cipta dalam program AI generatif dan memberi pampasan kepada penulis secara adil. - Foto Freepix
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Derita rakyat Palestin terbalas jika Netanyahu ditangkap
Selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza pada Ahad lalu, masyarakat dunia mempunyai satu lagi misi iaitu mengheret Benjamin Netanyahu ke muka pengadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
ASEAN: Kenal pasti kepelbagaian risiko, tambah baik dasar ekonomi
Polisi ekonomi ASEAN perlu diperbaiki dengan fokus diberikan terhadap peningkatan perdagangan dan pelaburan antara negara anggota.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Petunjuk positif pertama dalam beberapa bulan kebelakangan ini adalah kesediaan untuk keterlibatan, dan saya beri jaminan kepada mereka melalui hubungan rakan-rakan dan pelbagai agensi, terutamanya agensi perisikan, bahawa kami bukan di sini untuk mengenakan apa-apa tindakan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Pelancong Islam: 4.82 juta pelancong, pendapatan lebih RM15 bilion tahun lalu
Indonesia, Brunei, Pakistan, Arab Saudi dan Kazakhstan merupakan lima negara yang menyumbang kepada ketibaan pelancong Islam tertinggi ke Malaysia.
Gobind seru tetapkan standard siber yang seragam dalam ASEAN
Usaha sedemikian akan meningkatkan saling kendali di seluruh Asia Tenggara, memberikan manfaat kepada negara anggota ASEAN.
Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.
92 juta pekerjaan akan pupus, apakah persediaan Malaysia?
LAPORAN Future of Jobs 2025 daripada Forum Ekonomi Dunia (WEF) memberikan gambaran yang mendalam mengenai transformasi pasaran tenaga kerja Malaysia.
Puluhan juta akan hilang kerja akibat AI, Malaysia gerak automasi rakyat era digital
SEBANYAK 92 juta pekerjaan di seluruh dunia termasuk Malaysia akan terjejas menjelang tahun 2030 disebabkan oleh penstrukturan semula akibat daripada automasi dan kemajuan teknologi AI.
92 juta pekerjaan terjejas pada 2030 - WEF
Kira-kira 170 peranan baharu dijangka diwujudkan dan 92 juta pekerjaan akan terjejas menjelang 2030 selain menghasilkan peningkatan bersih sebanyak 78 juta pekerjaan baharu.
Logo VM2026 rekaan pelukis tempatan, bukan ilustrasi AI
Rekaan logo rasmi Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) yang menampilkan ilustrasi beruang matahari merupakan rekaan seorang pelukis tempatan dan bukannya janaan kecerdasan buatan (AI).
Microsoft rancang labur AS$80 bilion untuk pusat data AI pada fiskal 2025
Microsoft merancang untuk melabur hampir AS$100 bilion bagi pembangunan pusat data berasaskan AI pada tahun fiskal 2025.
Pemenang Hadiah Nobel ramal kebarangkalian 20% manusia pupus disebabkan AI
Ini kali kedua Hinton memberikan amaran yang sama. Tahun lalu, amaran diberikan selepas beliau meletakkan jawatan daripada Google kerana risau dengan pembangunan AI yang dikatakan tidak selamat.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
AI perlu diguna lebih meluas dalam pembangunan bandar raya - Fadillah
Teknologi kecerdasan buatan (AI) perlu digunakan dengan lebih meluas dalam pengurusan bandar raya.