CANBERRA: Beribu-ribu warga New Zealand telah memohon kewarganegaraan Australia pada minggu pertama peraturan baharu permohonan kerakyatan itu dibuka, lapor Xinhua.
Menurut data kerajaan yang dikeluarkan pada Ahad, lebih 15,000 warga New Zealand yang tinggal di Australia telah memohon sejak perubahan baharu dilaksanakan pada 1 Julai.
Di bawah perubahan yang diumumkan Perdana Menteri Anthony Albanese pada April itu, rakyat New Zealand yang memenuhi beberapa syarat kelayakan boleh menjadi warganegara tanpa perlu terlebih dahulu menjadi penduduk tetap di Australia.
Perubahan ini sekali gus membatalkan peraturan yang diperkenalkan pada tahun 2001 yang melucutkan laluan langsung New Zealand untuk mendapatkan kewarganegaraan Australia, sebaliknya diberi visa kategori khas yang membenarkan mereka tinggal di Australia tetapi tidak dapat mengakses pinjaman pelajaran atau bantuan kebajikan.
Mengulas jumlah permohonan itu, Menteri Imigresen Andrew Giles berkata kira-kira 500 pemohon telah pun diluluskan.
"Seramai 15,000 telah memohon untuk menjadi warga Australia dalam masa 40 hari sahaja sejak perubahan yang dilakukan oleh kerajaan untuk mewujudkan laluan kewarganegaraan yang lebih adil kepada warga New Zealand yang tinggal dalam komuniti kami," katanya.
Daripada keseluruhan permohonan sejak 1 Julai, kira-kira separuh terdiri warga New Zealand.
Rakyat New Zealand yang menetap di Queensland paling ramai memohon, diikuti Victoria dan New South Wales.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 14 2023

Menurut data kerajaan yang dikeluarkan pada Ahad, lebih 15,000 warga New Zealand yang tinggal di Australia telah memohon sejak perubahan baharu dilaksanakan pada 1 Julai. - Gambar/ Reuters
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

PM New Zealand minat inisiatif Jabatan Audit Negara tingkat ketelusan
Wan Suraya dijemput sebagai tetamu kehormat Luxon di bawah program Felo ASEAN Perdana Menteri dari 11 hingga 13 Feb lepas di Wellington.

Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby
All Blacks menuduh gergasi petrokimia itu enggan membayar ansuran bagi perjanjian enam tahun dan cuba 'berhenti tiga tahun lebih awal'.

New Zealand longgar peraturan visa benar pelawat bekerja sambil melancong
Ia dalam usaha terbaru untuk meningkatkan pelancongan dan pertumbuhan ekonomi.

Kapal Tentera Laut New Zealand terbakar sebelum tenggelam di Samoa
Sebuah kapal Tentera Laut New Zealand dilaporkan terbakar sebelum tenggelam di luar pantai Samoa pada pagi Ahad.

Tiga muka baru perkuat Harimau Malaya berdepan New Zealand
27 pemain menerima panggilan menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bagi menghadapi perlawanan antarabangsa menentang New Zealand.

New Zealand cipta rekod dunia haka Maori terbesar, rampas semula gelaran
Penganjur berkata 6,531 orang mempersembahkan haka paling terkenal di negara itu, Ka Mate, pada petang Ahad.

Jokowi puji pasukan keselamatan Indonesia bebaskan juruterbang New Zealand
Presiden Indonesia Joko Widodo memuji kejayaan pasukan tentera dan polis yang berusaha membebaskan juruterbang New Zealand, Phillip Mehrtens daripada menjadi tebusan kumpulan bersenjata Papua.

Juruterbang New Zealand diculik pemberontak terbang ke Jakarta
Tahap kesihatan Mehrtens dilaporkan stabil, meskipun juruterbang itu kehilangan berat badan yang ketara.

Ratu Maori New Zealand yang baharu dimasyhurkan menjelang pemakaman ayahanda
Anak bongsu dan anak perempuan tunggal Raja Maori New Zealand dimasyhurkan sebagai Ratu Maori yang baharu pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

PM New Zealand puji potensi Malaysia, perkukuh hubungan dua negara
Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon mengakhiri lawatan rasminya ke Malaysia pada Selasa.