KUALA LUMPUR: Dataran Merdeka di sini menjadi saksi solidariti rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama yang berhimpun bagi menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Perhimpunan aman 'Freedom for Palestine' yang dianjurkan Viva Palestina Malaysia (VPM) dan MyCARE itu turut disertai rakyat dari negara lain seperti Syria, Tunisia, Mesir, Sepanyol, Libya dan Pakistan, yang memenuhi padang seawal 10 pagi.
Ribuan peserta yang hadir, antaranya memakai mafela dengan motif Palestin, membawa plakad dan mengibarkan bendera negara berkenaan, melaungkan 'Palestin' dan 'Israel shame of you' bagi mengecam tindakan kejam rejim zionis.
Turut hadir ialah Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar, Pengerusi VPM Datuk Dr Musa Mohd Nordin, Pengerusi Gabungan Bertindak Malaysia Stanley Yong dan Penasihat MyCARE Dr Hafidzi Md Noor.
Nurul Izzah dalam sidang media berkata perhimpunan solidariti yang diadakan hari ini penting dalam usaha membawa suara rakyat Malaysia mengenai hak-hak kemanusiaan rakyat Palestin di mata dunia.
"Kita mesti menolak Israel, kita mesti menamatkan dana Israel kerana mereka tidak akan dapat lakukan perkara ini tanpa sokongan dari Amerika Syarikat, dan kita mesti mempertahankan Palestin," katanya.
Sementara itu, kakitangan swasta Cynthia Ng, 34, berkata usaha membuka sempadan Gaza bagi membawa masuk bantuan kemanusiaan perlu dipercepatkan berikutan keadaan rakyat Palestin kini dilihat 'semakin tenat'.
"Tiada guna apabila setiap negara telah memberikan bantuan keperluan kepada rakyat Palestin tetapi pihak berkuasa melarang kita daripada menghantarnya (berikutan sekatan sempadan). Keadaan ini amat melampau.
"Saya juga amat berbangga melihat seluruh rakyat Malaysia bersatu walaupun berbeza agama dan bangsa. Ini cara kita tunjuk bagaimana kita bersatu bagi tujuan yang sama, iaitu membebaskan rakyat Palestin daripada krisis tidak berperikemanusiaan ini," katanya kepada Bernama.
Warga Sepanyol, Izaro Iriate, 27, yang berkhidmat di ibu negara lebih lima tahun sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta berkata penyertaannya dalam perhimpunan itu bagi menyatakan sokongan penuh terhadap Palestin.
"Barat telah menyatakan bahawa Israel berhak mempertahankan diri, tetapi saya fikir rakyat yang perlu mempertahankan tanah air mereka adalah Palestin dan mereka telah melakukannya selama 75 tahun sejak tanah mereka dirampas dan hidup menderita," katanya.
Rakyat Libya, Moayed Nabil Althabet, 25, pula kagum melihat sokongan jitu rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin.
"Sungguh mengagumkan tinggal di negara yang menegakkan kebenaran dan boleh bebas dan bercakap apa saja yang mahu dikatakan, asas kepada kebebasan bersuara, saya gembira rakyat Palestin mendapat banyak suara terutama dalam kes serangan ketika ini," katanya yang berkhidmat sebagai pemasar digital.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi Bernama berkata perhimpunan itu berlangsung dengan aman dan pihaknya turut menerima makluman mengenainya mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.
Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas iaitu pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa kedua-dua belah pihak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 22 2023

Perhimpunan aman 'Freedom for Palestine' yang dianjurkan Viva Palestina Malaysia (VPM) dan MyCARE dihadiri ribuan rakyat Malaysia. - Gambar/ Astro AWANI

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

Himpunan solidariti: Kertas siasatan telah dirujuk ke TPR semalam - Polis
Polis telah melengkapkan siasatan berhubung perhimpunan solidariti di Kedutaan Amerika Syarikat dan kertas siasatan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya semalam.

Penganjuran solidariti bersama Palestin sesuai diadakan di Dataran Perayaan - Menteri Sarawak
Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak mencadangkan Dataran Perayaan, berdekatan Stadium Negeri di sini sebagai lokasi penganjuran perhimpunan solidariti bersama rakyat Palestin.

Ribuan rakyat sertai Himpunan Solidariti Palestin di Dataran Merdeka
Dataran Merdeka menjadi saksi solidariti rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama bagi menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Tiada kebenaran perhimpunan solidariti di pintu Parlimen Isnin depan - Polis
Polis tidak pernah memberi kebenaran kepada penganjur perhimpunan Solidariti Tuntutan Bersasar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2.0 yang dirancang diadakan di pintu masuk Parlimen, Isnin depan.

Waris Pekembar zahir solidariti kepada Zahid Hamidi terus terajui UMNO
Perhimpunan anjuran Waris Pekembar itu dihadiri kira-kira 100 orang yang menyokong keputusan dibuat Ahmad Zahid dalam menentukan hala tuju UMNO ketika ini.

Polis nafi berlaku perhimpunan solidariti susulan rusuhan
Polis menafikan berlakunya perhimpunan solidariti susulan penahanan kumpulan anak muda yang melakukan rusuhan, membakar suar dan menaikkan kain rentang di Parit Raja, dekat sini baru-baru ini.

Tidak wujud dakwaan perhimpunan solidariti - Polis
Pemantauan sepanjang hari di lokasi berkenaan telah dibuat pada Jumaat dan didapati tidak wujud perhimpunan solidariti sepertimana didakwa.

PM Najib, Hadi bakal sepentas selamatkan Baitulmaqdis
Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bakal sepentas sekali lagi dalam Perhimpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis, Jumaat ini.

Zahid seru ketepikan politik, mohon pembangkang hadir di solidariti Palestin
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru kesemua pemimpin dari mana-mana parti politik menyertai perhimpunan solidariti Palestin Jumaat ini.