Ribuan peserta "Keretapi Sarong 2017" hari ini membuktikan tiada apa hendak dimalukan ketika memakai kain sarung tradisional Malaysia semasa bersiar-siar dan menaiki pengangkutan awam.
Mengenakan kain sarung dan kain pelikat yang pelbagai warna dengan pelbagai gaya, peserta melangkah dengan bangganya dari lima stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) ke pusat tarikan pelancong seperti Masjid Jamek, KL Sentral dan Muzium Negara bersempena sambutan Hari Malaysia ke-54 hari ini.
Bagi penuntut berusia 22 tahun, Mohd Azrul Ahmad, beliau merasa bangga memakai kain sarung arwah datuknya untuk menunjukkan bahawa generasi muda seperti dia masih lagi menghargai warisan tekstil negara dan mahu mengekalkan legasi itu untuk generasi akan datang.
"Kami selalunya memakai kain sarung apabila ke masjid untuk solat atau semasa berada di kampung. Mengapa tidak kami memakai pakaian seperti ini dalam kehidupan seharian sebagaimana orang dulu-dulu," katanya kepada Bernama semasa menyertai program itu di sini.
Turut menyertai saat-saat bermakna itu ialah pegawai dagang Jerman berusia 35 tahun, Viola yang cuba memakai kain sarung tradisional Malaysia itu buat kali pertama.
"Saya sebenarnya belajar memakai sarung semasa melawat Kelantan tahun lepas dan sudah tentu saya tidak mahu kehilangan peluang mengetahui bagaimana rasanya memakai sarung sambil bersiar-siar di bandar raya di tengah-tengah orang ramai," katanya.
Pesara berusia 57 tahun, Angie Ng berharap acara ini dapat mengingatkan masyarakat kepentingan melihat kebudayan Malaysia sebagai identiti mereka selain daripada menyatupadukan pelbagai kaum.
"Adat resam dan kebudayaan tradisional kita adalah amat indah dan penuh dengan cita rasa unik, jika kita tidak mahukannya, ia akan pudar perlahan-lahan. Kita mesti mempunyai rasa bangga dan menghargainya sebagai rakyat Malaysia," katanya.
Program Keretapi Sarong sudah memasuki edisi keempat, bermatlamat untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di Lembah Klang dan bagi mengurangkan pelepasan karbon di bandar raya sambil mempromosi pemakaian kain sarung dan mendidik orang ramai mengenai sejarah dan rahsia kain sarung.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 16 2017

Mengenakan kain sarung dan kain pelikat pelbagai warna dan gaya, peserta melangkah dengan bangganya dari lima stesen LRT dan MRT. -Bernama
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.

Songket Malaysia jadi tumpuan di Amerika Syarikat
Songket, tekstil tradisional Malaysia, dipamerkan buat pertama kali di Amerika Syarikat dalam satu acara di Muzium The George Washington University dan Muzium Tekstil, Washington, D.C.

Hari Malaysia adalah masa untuk bersatu padu, muhasabah diri - Lee Lam Thye
Sambutan Hari Malaysia hendaklah dijadikan kuasa yang menyatukan rakyat pelbagai latar belakang menuju ke arah matlamat dan kejayaan negara.

Sepasang suami isteri tempuh perjalanan 331km demi sambut Hari Malaysia
Anita menyifatkan keputusan mereka menyambut Hari Malaysia 2024 di lokasi acara amat berbaloi meskipun terpaksa menempuh perjalanan jauh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 September 2024.

Bebaskan Malaysia daripada fahaman kolot, kebencian sempit - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia bebas daripada fahaman kolot atau jumud, sikap perkauman sempit serta kebencian antara satu sama lain.

Chow seru rakyat Pulau Pinang teguhkan ikatan perpaduan
Ketua Menteri Chow Kon Yeow menyeru seluruh rakyat Pulau Pinang supaya terus memperteguhkan ikatan perpaduan, semarakkan rasa cinta pada negara dan berganding bahu.

Kerajaan tekad martabatkan semua negeri, bina Malaysia bersama - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan tekad untuk memartabatkan semua negeri termasuk wilayah Sabah dan Sarawak, selain berharap hasrat itu dilakukan secara bersama.

Biar jauh beribu batu, rakyat Malaysia di Paris sambut Hari Malaysia
Biarpun jauh beribu batu dari dari tanah air tercinta, rakyat Malaysia di Paris membawa cita rasa Malaysia ke Kota Cahaya dengan sambutan meriah Hari Malaysia.

"Saya pernah bertanding di 13 negeri, semua saya sayang" - Lee Chong Wei
Sempena Hari Malaysia hari ini, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, memberikan kata dua buat semua rakyat Malaysia.

Perhimpunan di Sri Aman acara kemuncak sambutan Hari Malaysia Sarawak
Pertunjukan kebudayaan masyarakat tempatan, deklamasi puisi dan persembahan hiburan menjadi antara pengisian aktiviti pada majlis perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 hadirin.