Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengaktifkan Pasukan Respons Kecemasannya berikutan kemudahan aset luar pesisir syarikat itu di Semenanjung Malaysia dilanda ombak yang tinggi dan angin kencang ekoran ribut tropika Pabuk.
Ia berkata keadaan adalah terkawal dan kesemua kakitangannya adalah selamat.
"Keutamaan Petronas adalah keselamatan kesemua kakitangan. Kami sedang berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan dan memantau rapi keadaan ini, " katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Klip video menggambarkan situasi angin kencang disertai ombak besar akibat ribut tropika Pabuk melanda sebuah pelantar minyak di perairan Terengganu tular di media sosial sejak Rabu.
Situasi yang mencemaskan itu juga dikatakan menyebabkan beberapa pekerja pelantar yang dijadualkan pulang ke darat hari ini terkandas di pelantar tersebut.
Situasi yang mencemaskan itu juga dikatakan menyebabkan beberapa pekerja pelantar yang dijadualkan pulang ke darat hari ini tidak dapat berbuat demikian.
Seorang pekerja pelantar berdekatan yang hanya ingin dikenali sebagai Amir ketika dihubungi Bernama berkata keadaan di sekitar kawasan pelantar agak membimbangkan berikutan angin kencang dipercayai dalam kelajuan 50 knot sejam menyebabkan kawasan itu bergoncang.
"Ini pengalaman pertama kejadian sebegini dialami sejak lapan tahun bekerja di pelantar...hanya fikir anak dan isteri sahaja...apa nasib mereka jika sesuatu berlaku kepada saya," katanya.
Namun beliau optimis cuaca akan kembali tenang kerana mendapat maklumat bahawa kelajuan angin akan berkurang kepada 30 knot menjelang tengah malam ini.
"Apa yang kami lakukan sekarang ini selain berdoa agar keadaan kembali reda adalah mematuhi arahan daripada 'Offshore Installation Manager' agar tidak meninggalkan kuarters tempat tinggal sejak dari semalam (Rabu)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 03 2019

Menurut Petronas, keadaan adalah terkawal dan kesemua kakitangannya adalah selamat.

Shahidan sedia pertahan jawatan Presiden KOM
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan akan mempertahankan jawatan nombor satu badan induk itu dalam pemilihan kepimpinan yang dijadualkan pada 15 Jun depan.

Rumah, dua kereta musnah dijilat api di Kuala Kangsar
Dalam kejadian kira-kira 5.56 petang itu, rumah terbakar 90 peratus, manakala dua kereta masing-masing terbakar 70 peratus dan 40 peratus.

Tiga rumah terjejas dalam kebakaran sebelum buka puasa di Tawau
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, beberapa penghuni yang sibuk menyediakan hidangan berbuka puasa tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting mereka.

Piala Esports Malaysia 2025 janji saingan sengit pasukan terbaik MLBB
Kejohanan itu diadakan dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia.

KBS tingkat usaha tangani isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempergiatkan usaha menangani isu sosial dalam kalangan belia terutama berkaitan penyalahgunaan dadah.

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.

Kerjasama masyarakat, tentera, asas jamin keselamatan dan pertahanan negara
Kerjasama antara masyarakat dan tentera amat penting dalam memastikan keselamatan dan keamanan negara terjamin daripada sebarang ancaman.

Aset ATM di Sabah, Sarawak perlu diperkukuh, pastikan kedaulatan negara terjamin
Keutuhan dan keamanan wilayah khususnya di Sabah dan Sarawak adalah antara faktor yang paling penting seperti terkandung dalam dasar negara.

JAWI diminta selaras masjid dan surau, tingkatkan keselamatan
Perkara itu perlu dilaksanakan segera demi kemaslahatan para jemaah dan anak-anak kariah.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Masih banyak jalan raya di Johor perlu dinaik taraf - Onn Hafiz
Masih banyak jalan raya di Johor perlu diperbaik dan dinaik taraf dengan segera kerana keadaan itu sangat membahayakan keselamatan.

Setia City Mall beroperasi semula selepas insiden tembakan
Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung, penyewa dan pekerja mereka adalah keutamaan pihaknya.

Korea Selatan keluar nasihat agar berhati-hati dengan penggunaan DeepSeek atas faktor keselamatan
Beberapa kementerian Korea Selatan menyekat akses dalaman kepada perkhidmatan AI itu berikutan kebimbangan terhadap amalan pengurusan data oleh Deepseek.

Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.

Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN
Polis P. Pinang melakukan persiapan rapi untuk memastikan kelancaran semua program, termasuk persidangan yang dijangka berlangsung bulan depan.

P. Pinang tambah CCTV di Seberang Perai pastikan terus jadi bandar selamat
Ketika ini terdapat lebih 200 CCTV di kawasan itu dan pihaknya merancang untuk menambah sehingga 1,000 CCTV bagi meningkatkan pemantauan.