IPOH: Perarakan dan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Perak di perkarangan Stadium Indera Mulia di sini akan tetap diteruskan esok, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Saarani berkata, walaupun terdapat kerosakan serius akibat kejadian ribut petang tadi, dengan komitmen yang diberikan oleh agensi terlibat yang memperbaiki kerosakan dan menyediakan semula persiapan, majlis esok akan berjalan mengikut jadual.
"Seperti kita tahu, persiapan seminggu lalu terjejas, khemah diterbangkan angin kencang, namun kita yakin usaha membina semula akan siap malam ini dan majlis akan diteruskan esok," katanya yang melawat lokasi kejadian malam ini.
Beliau berkata, warga Perak juga tidak perlu bimbang dan dijemput hadir ke sambutan esok untuk menunjukkan semangat patriotik mereka.
Kira-kira pukul 5.40 petang tadi ribut dan hujan lebat melanda beberapa kawasan di Sungai Senam dan Kinta menyebabkan kejadian pokok tumbang termasuk kerosakan persiapan sambutan yang dijadualkan bermula 7 pagi esok.
Namun setakat ini tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Perarakan dan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Perak dijadualkan esok dengan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dijangka berangkat ke majlis berkenaan.
Sementara itu Saarani menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri dan agensi terlibat yang pantas bertindak memperbaiki kerosakan.
Katanya, walaupun terdapat halangan dan rintangan komitmen serta kerjasama pelbagai agensi amat membanggakan.
Ketika ini petugas dari pelbagai agensi termasuk bomba, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Kerja Raya, Pejabat Daerah, Majlis Bandaraya Ipoh, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, polis dan pelbagai lagi sedang bertungkus lumus memperbaiki kerosakan khemah utama, khemah tetamu serta beberapa persiapan lain yang terjejas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 30 2023

Menurut Saarani, sambutan akan diteruskan esok walaupun terdapat kerosakan serius akibat kejadian ribut petang tadi. - Gambar fail
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Lebih 100,000 warnai sambutan Hari Kebangsaan 2024 - Fahmi
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 berjalan lancar dengan lebih 100,000 pengunjung membanjiri Dataran Putrajaya di sini hari ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

PM Anwar puji persembahan tarian 'cuci rasuah', sifatkan sebagai persembahan terbaik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sifatkan tarian 'Cuci Rasuah' yang dipersembahkan pada Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya, sebagai yang terbaik.

Pelajar teruja dapat peluang beraksi pada sambutan Hari Kebangsaan 2024
Peluang menyertai persembahan Hari Kebangsaan 2024 menjadi pengalaman istimewa buat pelajar tingkatan empat Ong Zhen Ming walaupun perlu berlatih selama lima minggu.

Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 berjalan lancar - Fahmi
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang akan diadakan di Dataran Putrajaya Sabtu ini dijangka berjalan lancar, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Ribut: Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak diteruskan esok - MB
Sambutan akan diteruskan esok walaupun terdapat kerosakan serius akibat kejadian ribut petang tadi.

Hari Kebangsaan 2022: Pengawal keselamatan disiasat terbangkan dron
Seorang pengawal keselamatan disiasat selepas disyaki menerbangkan dron tanpa kelulusan pihak berkuasa pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka,hari ini.

Orang ramai dilarang terbangkan dron pada sambutan Hari Kebangsaan 2022
Orang ramai dinasihatkan agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan pihak berkuasa bagi memastikan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini dapat diraikan dengan selamat.

Bukan sekadar simbolik, roh Rukun Negara perlu dihayati dan diamalkan - YDPA
Lima prinsip Rukun Negara perlu dijadikan panduan, amalan semua pihak termasuk pemimpin negara.

Polis pertingkat keselamatan menjelang Hari Malaysia - KPN
Polis akan meningkat kesiapsiagaan di seluruh negara bagi menghadapi sebarang ancaman sama ada dari Daish atau mana-mana kumpulan pengganas sekalipun.