Berada di usia warga emas bukan penghalang kepada Richard Ansin Odiak, 61, untuk menghabiskan kayuhan basikal sejauh 211 kilometer daripada Kudat ke Kota Kinabalu bagi membuktikan rasa cintakan negara sempena Bulan Kebangsaan ini.
Walaupun pelbagai cabaran yang ditempuhi termasuk cuaca panas, laluan yang berbukit, serta kepenatan, namun itu bukan penghalang kepada beliau untuk menghabiskan kayuhan basikalnya secara solo sebagai aspirasi menyatakan semangat patriotiknya kepada negara.
Bercakap kepada pemberita sejurus tiba di sini hari ini, beliau berkata kayuhan basikal itu bermula di Pejabat Daerah Kudat pada 28 Ogos lepas dan mengayuh kira-kira 111 kilometer sehingga ke Kota Belud, sebelum meneruskan kayuhan dari Kota Belud sehingga ke Likas semalam dan meneruskan misi itu ke Kota Kinabalu hari ini.
"Cabaran yang pertama ialah keadaan cuaca, kedua ialah kepenatan dan ketiga keadaan jalan yang sangat mencabar seperti berbukit. Namun dengan sokongan padu daripada keluarga dan rakan-rakan saya terus kuatkan semangat untuk meneruskan kayuhan sehingga berjaya menghabiskan misi ini," katanya.
Richard Ansin berkata idea untuk melakukan program itu telah wujud sejak beberapa bulan lepas dan niat untuk merealisasikannya akhirnya dapat dilaksanakan apabila beliau menanamkan matlamat untuk menjadi inspirasi kepada generasi baru.
"Kalau warga emas boleh lakukan perkara seumpama ini, kenapa pula golongan muda tidak boleh lakukan. Sebagai bekas pegawai Jabatan Penerangan Sabah yang sinonim dengan tugas menyemarakkan Hari Kebangsaan, saya terpanggil untuk membantu jabatan merealisasikan matlamat meningkatkan semangat patriotisme," tambahnya.
Beliau berkata kejayaan melakukan kayuhan 211 kilometer itu mendorongnya untuk membuat kayuhan lebih jauh pada masa hadapan.
"Saya merancang untuk membuat kayuhan daripada Kudat sehingga ke Keningau," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Norzawiyah Bulka mengucapkan tahniah atas kejayaan Richard Ansin kerana berjaya menghabiskan kayuhan basikal itu bagi menyemarakkan lagi semangat patriotiknya kepada negara.
"Kejayaan beliau memberi perangsang kepada kita bahawa usia bukan penghalang untuk menzahirkan rasa cintakan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 30 2018

Richard Ansin (tengah) tiba di perkarangan Wisma Dang Bandang hari ini selepas melakukan kayuhan basikal bermula dari Kudat sehingga ke Kota Kinabalu sempena bulan Kebangsaan yang bertemakan Sayangi Malaysiaku. --fotoBERNAMA

‘Tiada sesiapa usir rakyat Palestin’ dari Gaza - Presiden Trump buat ‘u-turn’
Kenyataan tersebut bercanggah dengan rancangan Trump sebelum ini yang mencadangkan AS mengambil alih Gaza, mengusir penduduk Palestin dan mengubahnya menjadi "Riviera" di Asia Barat.

Mohd Najwan tawar diri rebut jawatan Ketua PKR Shah Alam
Ia bagi memastikan PKR Shah Alam lebih agresif menjaga kesemua ahli termasuk di DUN Batu Tiga melalui kepimpinan baharu yang dinamik.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Berpuasa tidak halang Nurul Izzah tampil aksi cemerlang di Turkiye
Ratu berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berjanji akan menampilkan aksi cemerlang meskipun beraksi ketika berpuasa di Kejohanan Piala Negara-Negara di Konya, Turkiye.

UCI setuju Pusat Kecemerlangan BMX Asia di Malaysia, Johor jadi pilihan PKBM
Amarjit berkata, perancangan penubuhan pusat serantau itu di Johor sudah dibincangkan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif UCI dua minggu lepas.

Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus mara ke suku akhir acara keirin
Shah Firdaus Sahrom, berjaya mara ke suku akhir acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024 dalam perlumbaan di Velodrom Nasional Perancis sebentar tadi.

Misi Haji 2024: Kayuhan suci ke Haramain dari Kuala Lumpur
Perjalanan 12,000 kilometer mereka melalui jalan darat memakan masa tujuh bulan merentasi tujuh negara.

Ramsay tunjuk lebam pada badan, ingatkan untuk pakai topi keledar ketika berbasikal
Jika tidak memakai topi keledar, Gordon Ramsay merasakan kemalangan itu mungkin meragut nyawanya.

Malaysia rangkul perak pecut berpasukan lelaki, wanita
Skuad negara merangkul perak acara pecut berpasukan lelaki dan wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di New Delhi.

Anggota bomba, pengawal keselamatan maut nahas jalan raya
Kemalangan itu melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang anggota bomba terbabit dan basikal.

LTdL 2023: Skuad kebangsaan intai jersi putih
Skuad berbasikal kebangsaan menyasarkan untuk menyambar jersi putih (pelumba terbaik Asia) pada perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, bermula Sabtu ini.

China ada 200 juta basikal untuk kegunaan setiap hari - Persatuan basikal
Penduduk bandar Cina menunggang basikal atau kenderaan dua roda berkuasa elektrik sekitar 30 daripada 100 kali perjalanan mereka.

Kanak-kanak 8 tahun maut dilanggar MPV
Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menaiki basikal dipercayai secara tiba-tiba melintas dari kiri ke kanan jalan.