KUALA LUMPUR: Drama rantaian fenomena Rindu Awak Separuh Nyawa mengungguli carta drama Malaysia bagi tahun 2021, apabila berada di kedudukan pertama berbanding drama saluran televisyen lain.
Statistik itu dikongsikan Kantar Media menerusi sistem pengukur penonton televisyen dinamik, DTAM pada Khamis.
Bagi penerbit dan pengkaryanya, Siti Rosmizah Semail, dia sudah menjangkakan drama yang sarat emosi dan air mata itu akan mendapat tempat di hati penonton.
Jangkaan itu, katanya, dapat dirasakan selepas dia memutuskan untuk mengolah jalan cerita adaptasi daripada novel paling larisnya.
"Kita ada buat penambahan lain daripada dalam novel, jadi kita memang sudah buat perancangan sebab kita tidak mahu ada 'spoiler'.
"Jadi apabila ia lain daripada dalam novel, jadi peminat-peminat yang telah membaca novel melihat ia lebih menarik tarikan.
"Itu antara yang menyebabkan drama ini melonjak naik dengan jayanya ditambah pula apabila pelakon-pelakon mengenali watak masing-masing dan memberi komitmen sepenuhnya untuk drama ini," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Kisah Nazril Nazim dan Kasih Maisara yang dilanjutkan sehingga 14 Jun depan bakal disulami dengan pelbagai kejutan.
"Kejutan demi kejutan akan berlaku yang mana kita nak tengok sekarang ini, Maisara dikatakan telah mati.
"Jadi kena tunggu dalam episod akhir, kita nak tengok betul ke Maisara tu sudah mati? Kalau ikut buku, betul Maisara hidup.
"Tapi mungkin kelainan yang kita tak tahu, mungkin itu khayalan sahaja oleh hero yang melihat isteri dia hidup, sedangkan dia sudah tidak ada lagi. Itu bukan jawapan dia.
"Namun, kelainan yang saya janjikan ialah satu jalan cerita yang lengkap yang mana saya yakin peminat- peminat akan puas hati dan akan merindui drama ini," katanya memberi bayangan.
Rindu Awak Separuh Nyawa mengisahkan seorang gadis bernama Kasih Maisara yang sombong dan bongkak.
Namun pertemuan dengan Nazril Nazim membuka lembaran baharu dalam hidupnya.
Niat pada mulanya hanya kerana dicabar, akan tetapi akhirnya bertukar menjadi cinta.
Saksikan drama hebat lakonan Shukri Yahaya, Uqasha Senrose dan Marsha Milan setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam menerusi slot Megadrama di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Drama itu turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Jun 03 2021
![Rindu Awak Separuh Nyawa ungguli carta drama 2021, kejutan di minggu akhir Rindu Awak Separuh Nyawa ungguli carta drama 2021, kejutan di minggu akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51622723535_RinduAwakSeparuhN.jpg)
Kejutan demi kejutan berlaku, drama rantaian fenomena Rindu Awak Separuh Nyawa mengungguli carta drama Malaysia bagi tahun 2021. - Foto Astro AWANI
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Februari 2025.
![Usahawan wanita perlu lebih berani ambil risiko, yakin dengan potensi diri - Ahmad Zahid Usahawan wanita perlu lebih berani ambil risiko, yakin dengan potensi diri - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739980110_AhmadZahidHamidi.jpg)
Usahawan wanita perlu lebih berani ambil risiko, yakin dengan potensi diri - Ahmad Zahid
Usahawan wanita di Malaysia diseru untuk lebih berani mengambil risiko, yakin dengan potensi diri dan terus maju tanpa takut akan kegagalan.
Tumpuan Khamis – 20 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![RUU Pembaharuan Semula Bandar tidak mengancam hak kaum, B40 - Nga RUU Pembaharuan Semula Bandar tidak mengancam hak kaum, B40 - Nga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739975347_NgaKorMing.jpg)
RUU Pembaharuan Semula Bandar tidak mengancam hak kaum, B40 - Nga
Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) tidak akan meminggirkan, mengancam atau merampas hak golongan tertentu berdasarkan kaum atau pendapatan khususnya golongan B40.
![Utusan Khas Trump, Kellogg, tiba di Kyiv di tengah-tengah usaha tamatkan perang Utusan Khas Trump, Kellogg, tiba di Kyiv di tengah-tengah usaha tamatkan perang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739978350_KeithKellogg.jpg)
Utusan Khas Trump, Kellogg, tiba di Kyiv di tengah-tengah usaha tamatkan perang
Kedatangan Kellogg mengejutkan kerana sebelum ini beliau dijadual tiba pada Khamis.
![MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan sekiranya lewat lebih 5 jam MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan sekiranya lewat lebih 5 jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699249489_MasyarakatTionghua.jpg)
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan sekiranya lewat lebih 5 jam
Syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa perlu menyediakan bayaran balik kepada penumpang dalam kaedah pembayaran asal.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Inflasi UK catat tahap tertinggi dalam 10 bulan pada 3 peratus Inflasi UK catat tahap tertinggi dalam 10 bulan pada 3 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739969117_TBBANKOFENGLAND.jpg)
Inflasi UK catat tahap tertinggi dalam 10 bulan pada 3 peratus
Inflasi di United Kingdom meningkat ke paras tertinggi dalam 10 bulan pada Januari.
![Presiden Indonesia rombak Kabinet, lantik menteri dan ketua agensi baharu Presiden Indonesia rombak Kabinet, lantik menteri dan ketua agensi baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976935_presidenrepublikin.jpg)
Presiden Indonesia rombak Kabinet, lantik menteri dan ketua agensi baharu
Brian Yuliarto dilantik sebagai Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, menggantikan Satryo Soemantri Brodjonegoro.
!['Rindu Awak Separuh Nyawa' Astro Gempak video paling 'trending' di YouTube 'Rindu Awak Separuh Nyawa' Astro Gempak video paling 'trending' di YouTube](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41622718210_RinduAwakSeparuhN.jpg)
'Rindu Awak Separuh Nyawa' Astro Gempak video paling 'trending' di YouTube
Ia selepas video berkenaan mendapat jumlah tontonan tinggi serta beberapa faktor lain yang diambil kira yang dimuatnaik sepanjang 2021.
![Rindu Awak Separuh Nyawa ungguli carta drama 2021, kejutan di minggu akhir Rindu Awak Separuh Nyawa ungguli carta drama 2021, kejutan di minggu akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51622723535_RinduAwakSeparuhN.jpg)
Rindu Awak Separuh Nyawa ungguli carta drama 2021, kejutan di minggu akhir
Kejutan demi kejutan berlaku, drama rantaian fenomena Rindu Awak Separuh Nyawa mengungguli carta drama Malaysia bagi tahun 2021.