Kali pertama meraikan Aidilfitri di Johor Bahru, pemain pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Aidil Zafuan Abd Radzak menyifatkan sambutan Syawal kali ini paling sayu untuknya sekeluarga.
Namun, beliau akur tidak dapat pulang ke kampungnya di Seremban untuk meraikan Hari Raya bersama ibu tersayang kerana mengambil kira faktor kesihatan dan keselamatan keluarga ketika negara dilanda wabak COVID-19 yang belum berakhir.
Menurut Aidil Zafuan, sambutan Aidilfitri di Johor Bahru mungkin tidak sama seperti tahun sebelumnya, tetapi bersyukur kerana isteri dan anak-anak ada bersamanya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
"Persiapan raya kali ini sangat berbeza. Kebiasaannya memang saya balik kampung jumpa ibu dan ibu mertua saya, tetapi dengan keadaan wabak berbahaya sekarang ini, saya tidak mahu ambil risiko membahayakan kesihatan ahli keluarga yang lain.
"Saya pun ada anak-anak yang masih kecil dan di kampung ada ramai orang tua yang berisiko tinggi terkena jangkitan, jadi saya buat keputusan untuk beraya di sini sahaja walau sebenarnya rindu sangat hendak balik jumpa ibu," katanya dalam satu kenyataan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) pada Jumaat.
Mengulas mengenai perjalanan Liga Malaysia (Liga-M), seperti pemain lain, Aidil Zafuan juga menginginkan agar saingan kembali bersambung selain mengharapkan pandemik COVID-19 segera berakhir.
Berdasarkan format Liga-M yang diubah oleh MFL, pemain berusia 33 tahun ini menganggap keputusan meneruskan baki tujuh perlawanan pada September depan adalah sesuai dalam situasi ketika ini.
Katanya, semua pasukan memerlukan perlawanan kompetitif, lebih-lebih lagi skuad Harimau Malaya yang perlu bersedia untuk menghadapi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
"Untuk saya, kalau kita tengok daripada segi masa, memang inilah format paling sesuai untuk liga dan semua tahu kita sudah kesuntukan masa kerana hanya empat sahaja perlawanan sempat dijalankan pada awal musim.
"Tambahan lagi MFL sudah membatalkan Piala FA, dan kita hanya ada Piala Malaysia yang perlu diteruskan selain skuad kebangsaan juga ada misi tersendiri. Memang ini sahaja pilihan kita ada untuk liga kembali bersambung dan ia lebih baik daripada kita langsung tidak dapat bermain pada musim ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 22 2020
![Rindu ibu, tapi kesihatan lebih penting - Aidil Zafuan Rindu ibu, tapi kesihatan lebih penting - Aidil Zafuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/61570370572_aidilzafuanabdrad.jpg)
Menurut Aidil Zafuan, sambutan Aidilfitri di Johor Bahru mungkin tidak sama seperti tahun sebelumnya, tetapi bersyukur kerana isteri dan anak-anak ada bersamanya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). - Bernama
![22 individu, termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah 22 individu, termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739343004_GISB.jpg)
22 individu, termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah
Seramai 22 individu dikaitkan dengan GISB termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
![KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738734281_KWSPEPFAkaunSim.jpg)
KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
![Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739340247_TBCourtHammer.jpg)
Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon
Mahkamah Tinggi memutuskan seorang lelaki yang didakwa sebagai Datuk Paiman Shakimon yang dihukum penjara 13 tahun kerana menipu dan memalsukan dokumen adalah bukan ahli perniagaan itu.
![Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739340326_TBBUNUHEMAK.jpg)
Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua
Seorang lelaki dituduh membunuh ibu mentuanya yang juga seorang warga emas di sebuah rumah di Taman Sri Skudai pada awal bulan ini.
![Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia' Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739340661_tbKonvoiwargabrun.jpg)
Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia'
Seorang peserta wanita konvoi '2,000 Selekoh Malaysia' maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah lori di KM 17 Jalan Bera-Mayam, Bera semalam.
![KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731596380_AaronAgoDagang.jpg)
KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago
Kementerian Perpaduan Negara mengambil pendekatan melalui pelaksanaan program berasaskan tema untuk merapatkan jurang sosial antara rakyat Malaysia.
![EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333086_UkrainianArmedForc.jpg)
EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine
Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) membelanjakan sejumlah EUR134 bilion (US$138.8 bilion) bagi menyokong serta membekalkan senjata kepada Ukraine.
AWANI Ringkas: Penyeragaman agensi kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738661163_WongKahWoh.jpg)
KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI
SiPKPM bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, diperkukuhkan dengan AI
jepun mohon pengecualian tarif keluli dan aluminium AS
Jepun mengemukakan permohonan pengecualian daripada tarif 25 peratus yang dikenakan ke atas produk keluli dan aluminiumnya oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump/
![Aidil Zafuan kongsi perancangan masa depan di JDT selepas julang gelaran Liga Super ke-10 Aidil Zafuan kongsi perancangan masa depan di JDT selepas julang gelaran Liga Super ke-10](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665970856_AidilZafuan.jpg)
Aidil Zafuan kongsi perancangan masa depan di JDT selepas julang gelaran Liga Super ke-10
Pemain berusia 35 tahun itu menegaskan dia masih mempunyai baki kontrak setahun dan sedia untuk kekal berkhidmat bersama JDT.
!['Shebby nampak penat ketika berbasikal, cuaca pula panas' - Aidil Zafuan 'Shebby nampak penat ketika berbasikal, cuaca pula panas' - Aidil Zafuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641998518_AidilZafuansheeby.jpg)
'Shebby nampak penat ketika berbasikal, cuaca pula panas' - Aidil Zafuan
Mendiang seringkali dilihat keluar berbasikal di sekitar kawasan kejiranan kerana dia memang aktif bersukan.
![Aidil Zafuan sedia kongsi pengalaman dengan pemain muda Aidil Zafuan sedia kongsi pengalaman dengan pemain muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81619064561_AidilZafuan.jpg)
Aidil Zafuan sedia kongsi pengalaman dengan pemain muda
Aidil kagum dengan corak permainan berkualiti tinggi dimiliki beberapa pemain muda seperti Luqman Hakim Shamsudin yang kini bersama kelab Belgium iaitu K.V. Kortrijk.
![Suntikan vaksin bantu Harimau Malaya fokus aksi di UAE - Aidil Zafuan Suntikan vaksin bantu Harimau Malaya fokus aksi di UAE - Aidil Zafuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51618876644_AidilZafuan.jpg)
Suntikan vaksin bantu Harimau Malaya fokus aksi di UAE - Aidil Zafuan
Kapten pasukan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak yakin, suntikan berkenaan juga mampu menghilangkan rasa takut para pemain terhadap ancaman COVID-19, yang masih melanda dunia ketika ini.
![Jangan heret perlawanan ke penalti, Mora ingatkan JDT Jangan heret perlawanan ke penalti, Mora ingatkan JDT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81614875553_sidangmediaPialaS.jpg)
Jangan heret perlawanan ke penalti, Mora ingatkan JDT
Jurulatih berusia 41 tahun dari Mexico itu juga percaya anak buahnya tidak akan diberi laluan mudah oleh KDA FC.
![Rindu ibu, tapi kesihatan lebih penting - Aidil Zafuan Rindu ibu, tapi kesihatan lebih penting - Aidil Zafuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/61570370572_aidilzafuanabdrad.jpg)
Rindu ibu, tapi kesihatan lebih penting - Aidil Zafuan
Pemain pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Aidil Zafuan Abd Radzak menyifatkan sambutan Syawal kali ini paling sayu untuknya sekeluarga.
![Pemain Harimau Malaya seru rakyat Malaysia agar duduk di rumah Pemain Harimau Malaya seru rakyat Malaysia agar duduk di rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/71584721479_aidilzafuan.jpg)
Pemain Harimau Malaya seru rakyat Malaysia agar duduk di rumah
Masih ada segelintir masyarakat Malaysia yang masih ingkar dengan arahan tersebut.
![Harimau Malaya: Ngauman kata-kata semangat sebelum perlawanan Harimau Malaya: Ngauman kata-kata semangat sebelum perlawanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/41574434402_malaysia.jpg)
Harimau Malaya: Ngauman kata-kata semangat sebelum perlawanan
Kita menang sama-sama, kita kalah pun sama-sama
![Zaquan ketepi sementara ikatan saudara dengan Aidil Zaquan ketepi sementara ikatan saudara dengan Aidil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/61572612807_ZaquanAdha.jpg)
Zaquan ketepi sementara ikatan saudara dengan Aidil
Penyerang Kedah, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak akan mengetepikan sementara ikatan adik beradik dengan pasangan kembarnya, Aidil Zafuan Abdul Razak yang mewakili Johor Darul Ta'zim (JDT).
!['Ibu bingung nak pilih Aidil atau Zaquan' 'Ibu bingung nak pilih Aidil atau Zaquan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/41572405804_TBMASHUPAIDILZAQUA.jpg)
'Ibu bingung nak pilih Aidil atau Zaquan'
Pastinya peminat bola sepak memberi tumpuan buat pasangan kembar bola sepak iaitu Aidil Zafuan dan juga Zaquan Adha Abdul Radzak.