KUCHING:Ranyu Daiee, salah seorang daripada empat wanita dari kaum Bidayuh yang gigih mempertahankan warisan kaumnya dengan meneruskan tradisi memakai gelang pada bahagian lengan dan betis, meninggal dunia di kediamannya di Skim Penempatan Semula Bengoh (BRS), kira-kira 45km dari sini, pagi ini, pada usia 83 tahun.
Berasal dari Kampung Semban, warga emas yang dikenali dengan nama jolokan "Ring Lady" itu meninggal dunia pada pukul 5.30 pagi, menurut anak lelakinya Palom Ngarong, 41.
"Ibu mengadu sakit pada bahagian kerongkong serta bahagian badan sejak dua minggu lepas, dan dibawa ke klinik untuk rawatan pada hari Isnin," katanya semasa ditemui di rumahnya.
Mendiang meninggalkan enam anak, 22 cucu, serta sembilan cicit, dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Gereja Anglican BRS pada Ahad.
Antara yang tampil memberikan penghormatan terakhir hari ini adalah Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, yang juga Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin.
Ranyu bersama tiga lagi "Ring Lady" yang dikenali sebagai Peluk Abeh, Tawud Luhan dan Singai Nekan, dipercayai wanita dari kaum Bidayuh terakhir yang memakai gelang tembaga yang dikenali sebagai "ruyang" dan "rasung" pada bahagian lengan dan betis, seawal umur 10 tahun.
Mereka adalah anggota kumpulan kebudayaan dari Kampung Semban, yang sering dijemput untuk membuat persembahan di pelbagai festival di Kuala Lumpur, malah pada tahun 2016 kumpulan ini turut diundang untuk membuat persembahan di Lo Spirito Del Pianeta, festival antarabangsa kumpulan peribumi dan suku kaum di Milan, Itali.
Menurut ketua Kampung Semban, Sagen Adem berkata, pada satu ketika dahulu, pemakaian gelang itu bukan sahaja sebagai simbol status dan kejelitaan, tetapi juga sebagai pengiktirafan bahawa hanya pemakai yang dibenarkan menghadiri festival tertentu dan melaksanakan upacara tradisional komuniti. - BERNAMA
Bernama
Fri Oct 02 2020

Berasal dari Kampung Semban, warga emas yang dikenali dengan nama jolokan "Ring Lady" itu meninggal dunia pada pukul 5.30 pagi. - Gambar fail/BERNAMA

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Lebih 400 pekerja USAID diberhentikan beberapa hari kebelakangan ini - Laporan
Ramai daripada mereka yang diberhentikan telah berkhidmat di USAID selama 25 tahun dan mempunyai pengalaman di zon konflik bersenjata.

Estonia umum bantuan ketenteraan AS$104 juta untuk Ukraine
Kerajaan Estonia membuat keputusan untuk membeli 10,000 peluru artileri dan menghantarnya ke Ukraine secepat mungkin.
AWANI Ringkas: Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 Februari 2025
1️⃣ Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
2️⃣ Dipenjara dua bulan curi baju, tudung dan selipar
3️⃣ Ismail Sabri perlukan pemantauan rapi
#awaniringkas
1️⃣ Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
2️⃣ Dipenjara dua bulan curi baju, tudung dan selipar
3️⃣ Ismail Sabri perlukan pemantauan rapi
#awaniringkas

"Ring Lady" dari kaum Bidayuh meninggal dunia
Berasal dari Kampung Semban, warga emas yang dikenali dengan nama jolokan "Ring Lady" itu meninggal dunia pada pukul 5.30 pagi.