Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, didorong oleh sentimen global yang lebih baik dalam pasaran ekuiti dan komoditi menjelang mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) + hari ini.
Pada 9.03 pagi, ringgit berada pada 4.3300/3400 berbanding dolar AS daripada 4.3450/3545 semasa ditutup pada Rabu.
Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes berkata berdasarkan kesetaraan ringgit dengan harga minyak dan sentimen risiko global baru-baru ini, mata wang tempatan akan mencatat prestasi yang baik hari ini.
"Dengan pelabur menantikan keputusan mesyuarat OPEC +, jika apa-apa ringgit dijangka diniagakan dalam persekitaran yang optimis hari ini," katanya.
Sementara itu, Ketua Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata perbincangan mengenai kemungkinan membuka semula beberapa bahagian di Amerika Syarikat (AS) telah menyumbang kepada sentimen positif kepada pasaran ekuiti.
Awal minggu ini, jumlah kematian akibat COVID-19 yang rendah di New York dan New Jersey telah membawa kepada peningkatan indeks ekuiti utama di AS sebanyak lebih tujuh peratus.
"Bagaimanapun, jumlah kes baharu yang disahkan masih meningkat dan setakat ini, tiada tanda-tanda vaksin atau antibodi telah ditemui.
"Sehubungan itu, kami masih berpendapat pasaran forex masih goyah. Mungkin, ringgit akan masih berada sekitar RM4.35 berbanding dolar AS dalam jangka masa terdekat," katanya kepada Bernama.
Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali pound Britain.
Ia naik berbanding euro kepada 4.7076/7202 daripada 4.7200/7320 pada Rabu dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0386/0465 daripada 3.0406/0487.
Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.9721/9824 daripada 3.9906/0005, bagaimanapun susut berbanding pound Britain kepada 5.3744/3885 daripada 5.3552/3682 semalam. -BERNAMA
Bernama
Thu Apr 09 2020

Berdasarkan kesetaraan ringgit dengan harga minyak dan sentimen risiko global baru-baru ini, mata wang tempatan akan mencatat prestasi yang baik hari ini. Gambar fail.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

AS rancang pengurangan 10 peratus diplomat di China - Laporan
Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengurangkan saiz misi diplomatiknya di China sebanyak 10 peratus.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.

AS, Rusia komited akhiri perang di Ukraine melalui penyelesaian adil
Kata sepakat itu dicapai dalam perbincangan peringkat tinggi antara Rubio dan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, di Riyadh, Arab Saudi, pada Selasa.

Sekurang-kurangnya 10 maut akibat hujan lebat, banjir kilat landa Kentucky
Selain banjir, sebahagian negeri itu turut mengalami salji dan keadaan berais, menjadikan perjalanan lebih berbahaya.

Rubio tegaskan keperluan penyelesaian Gaza Demi keselamatan serantau - Jabatan Negara AS
Rubio dan Mohammed memperbaharui komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta usaha membebaskan semua tawanan.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

AS arah mansuh program kepelbagaian di sekolah awam
Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan pemansuhan program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) di sekolah awam dalam tempoh 14 hari.

Hujan lebat berterusan, Kentucky dilanda banjir
Hujan lebat berterusan pada Sabtu menyebabkan banjir di beberapa bahagian di Kentucky dan Tennessee.