KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan jangkaan bahawa Bank of Japan (BoJ) akan menamatkan dasar kadar faedah negatif selepas mesyuarat BoJ berakhir esok, kata seorang penganalisis.
Pada jam 6 petang, ringgit susut kepada 4.7165/7195 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7050/7095 pada Jumaat.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang tempatan juga lemah berbanding dolar AS menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) pada 19 dan 20 Mac.
"Peserta pasaran bimbang mengenai pendirian Rizab Persekutuan (Fed) berkaitan prospek penurunan kadar faedah. Ia adalah satu kesimpulan yang tidak disangkal bahawa Fed akan mengekalkan kadar stabil pada 5.50 peratus pada mesyuarat minggu ini," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata tumpuan akan diberikan kepada apa yang Fed menjangkakan kadar itu tahun ini dan dua tahun akan datang.
"Sekiranya pendirian untuk menaikkan kadar faedah diguna pakai, ia akan mengekalkan dolar AS di landasan yang lebih kukuh," jelasnya.
Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1608/1630 daripada 3.1637/1669 ketika ditutup pada Jumaat tetapi susut berbanding pound Britain kepada 6.0060/0098 daripada 6.0003/0060 dan merosot berbanding euro kepada 5.1400/1433 daripada 5.1275/1324 sebelumnya.
Mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama ASEAN.
Ia menambah berbanding baht Thailand kepada 13.1050/1203 daripada 13.1480/1661 pada penutupan Jumaat dan melonjak berbanding rupiah Indonesia kepada 300.5/300.9 daripada 301.5/302.0.
Bagaimanapun, unit tempatan berkurangan berbanding dolar Singapura kepada 3.5253/5278 daripada 3.5183/5219 dan menguncup berbanding peso Filipina kepada 8.49/8.50 daripada 8.47/8.48 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama. - Gambar fail/Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.

Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS 4.4690/4745 ketika ditutup pada Selasa.

Ringgit catat perubahan kecil berbanding dolar AS pada akhir urus niaga
Ringgit terus memaparkan momentum dengan mencatat perubahan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh dengan ketara pada akhir urus niaga Jumaat.

Ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Pada 8.02 pagi, ringgit berada pada 4.4470/4530 berbanding dolar AS daripada 4.4475/4525 pada Jumaat lepas.

Ringgit naik untuk sesi ketiga berturut-turut berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4170/4220 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 pada Khamis.

Ringgit meningkat selepas minit mesyuarat Fed menunjukkan penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4440/4465 berbanding dolar AS daripada 4.4560/4600 pada Selasa.

Ringgit ditutup tinggi disokong penurunan hasil bon Amerika Syarikat
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4495/4570 berbanding dolar AS daripada 4.4660/4710 pada penutup Jumaat.

Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.

Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.