KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, sekali lagi mencecah paras RM4.70 berbanding dolar US apabila data ekonomi AS menunjukkan bahawa kadar faedah akan diturunkan.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6970/6985 berbanding dolar US daripada paras penutup 4.7005/7030 semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penurunan dalam penawaran pekerjaan AS pada April menunjukkan bahawa permintaan untuk buruh semakin reda, mencerminkan pertumbuhan gaji mungkin tidak terlalu kukuh pada masa depan dan membuka jalan untuk penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS.
"Indeks Dolar AS kekal di bawah 105 mata walaupun arah aliran meningkat. Walaupun ramai menjangkakan penurunan kadar faedah, ia masih tidak pasti mengenai langkah Fed mengenai pendiriannya dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) minggu depan.
"Tetapi buat masa ini, data dilihat menyokong teori mengenai pengurangan kadar faedah," katanya kepada Bernama.
Pada penutup urus niaga, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan melonjak berbanding euro kepada 5.1070/1087 daripada 5.1099/1126 ketika ditutup semalam dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.0099/0111 daripada 3.0293/0311 semalam.
Bagaimanapun, ringgit merosot berbanding pound Britain kepada 6.004/0023 daripada 5.9988/6.0020 sebelumnya.
Sementara itu, ringgit mengukuh berbanding mata wang di negara-negara ASEAN.
Ia menokok berbanding baht Thailand kepada 12.7994/8091 daripada 12.8443/8568 ketika ditutup semalam, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4857/4871 daripada 3.4868/4889 sebelumnya, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 288.3/288.6 daripada 289.7/290.0, dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.99/7.99 daripada 8.00/8.01.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 05 2024

Pada penutup urus niaga, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama. - Gambar fail/Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4400/4500 daripada 4.4410/4450 semalam.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.3750/3805 berbanding dolar AS daripada 4.3760/3825 semalam.

Ringgit ditutup cecah 4.5675, paras tertinggi dalam setahun
Perkembangan itu sebagai reaksi pasaran yang positif terhadap kenyataan terbaharu mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS.

Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS, hampir kepada paras tertinggi dalam 11 bulan
Pada 8 pagi ini, ringgit meningkat kepada 4.5875/5945 berbanding dolar AS daripada 4.5885/5925 ketika ditutup pada Rabu.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini memandangkan pasaran menunggu keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) malam ini.

Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) selama dua hari yang bermula hari ini, kata penganalisis.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US disebabkan kekurangan minat belian sementara Indeks Dolar Amerika Syarikat (DXY) mencatatkan kenaikan, melepasi paras 105 mata.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.06 pagi, ringgit merosot kepada 4.7150/7200 berbanding dolar AS daripada 4.6900/6940 pada Jumaat lepas.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6970/6985 berbanding dolar US daripada paras penutup 4.7005/7030 semalam.

Ringgit ditutup lebih positif, terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7535/7555 pada Khamis.