Prestasi Ringgit tidak selemah seperti yang digambarkan di media sosial, kata Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali.
Dr Noor Azlan berkata pada masa ini ramai pengguna media sosial yang mengeluarkan hujah mengenai kedudukan Ringgir tanpa bersandarkan fakta ekonomi.
"Ada yang menyatakan Ringgit tidak laku. Ini tidak betul. Saya sendiri ke luar negara dan mendapati Ringgit masih digunakan seperti biasa tetapi didagangkan pada nilai yang lebih rendah," katanya kepada Astro AWANI.
Tambah Dr Noor Azlan, yang juga Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), tiada sebab untuk rakyat Malaysia takut atau panik.
"Ini kerana penyusutan Ringgit adalah sebahagian daripada fenomena global yang melanda ekonomi di negara-negara lain di dunia," jelasnya.
Walau bagaimanapun, Dr Noor Azlan menekankan kepentingan memberi fokus kepada perkara ini agar ia tidak memberi impak yang teruk kepada negara.
Selain itu, beliau berkata, langkah mitigasi perlu diambil bagi memastikan masalah yang melanda ekonomi negara ditangani secara baik.
Oleh itu, pada pandangan Dr Noor Azlan, Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE) yang baru dibentuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diharap dapat memainkan peranan penting dalam merangka langkah-langkah ini.
JKE dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar.
Astro Awani
Thu Aug 27 2015
![Ringgit tidak selemah disangka - Dr Noor Azlan Ringgit tidak selemah disangka - Dr Noor Azlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/61440656499_DatukDrNoorAzlan.jpg)
NOOR AZLAN: Penyusutan Ringgit adalah sebahagian daripada fenomena global yang melanda ekonomi di negara-negara lain di dunia.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Penutupan penuh kilang beri kesan buruk kepada ekonomi - Dr Noor Azlan Penutupan penuh kilang beri kesan buruk kepada ekonomi - Dr Noor Azlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51625997616_kilangkompaun.jpg)
Penutupan penuh kilang beri kesan buruk kepada ekonomi - Dr Noor Azlan
Penutupan penuh sektor perkilangan yang menyumbang jumlah eksport lebih RM1 trilion setiap tahun akan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara.
![Malaysia boleh capai sasaran pelaburan RM58 bilion tahun ini - MTE Malaysia boleh capai sasaran pelaburan RM58 bilion tahun ini - MTE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41599127371_NoorAzlanGhazali.jpg)
Malaysia boleh capai sasaran pelaburan RM58 bilion tahun ini - MTE
Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali berkata walaupun berdepan dengan kekangan berikutan penularan wabak COVID-19, Malaysia sudah mencapai hampir 60 peratus sasaran tahun 2020 tersebut.
![Ringgit tidak selemah disangka - Dr Noor Azlan Ringgit tidak selemah disangka - Dr Noor Azlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/61440656499_DatukDrNoorAzlan.jpg)
Ringgit tidak selemah disangka - Dr Noor Azlan
Prestasi Ringgit tidak selemah seperti yang digambarkan di media sosial, kata Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali.