PUTRAJAYA: Orang ramai diarahkan untuk menghentikan pengambilan ubat batuk dan selesema mengandungi bahan aktif pholcodine.
Ia selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), membatalkan pendaftaran dan mengeluarkan arahan panggil balik ke atas semua produk berdaftar yang mengandungi pholcodine.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini berikutan terdapat risiko keselamatan yang dikesan iaitu risiko terjadinya anafilaksis (reaksi alahan teruk yang boleh mengancam nyawa) dengan penggunaan ubat pengendur otot (muscle-relaxant) atau neuromuscular blocking agents (NMBAs) semasa proses pembiusan umum terutamanya kepada mereka yang pernah mengambil ubat yang mengandungi pholcodine dalam tempoh 12 bulan lalu.
Dengan erti kata lain, mereka yang mengambil ubat yang mengandungi pholcodine (kebiasaannya ubat batuk) dalam tempoh 12 bulan lalu berhadapan risiko yang lebih tinggi untuk mengalami anafilaksis sekiranya diberi ubat pengendur otot atau neuromuscular blocking agents (NMBAs) semasa proses pembiusan penuh misalnya sewaktu menjalani pembedahan.
Pholcodine adalah sejenis ubat bagi mengawal dan menghentikan batuk jenis kering (nonproductive/dry, irritating) di dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak.
"Hentikan pengambilan dan rujuk kepada anggota kesihatan bagi mendapatkan rawatan alternatif.
"Bagi mereka yang perlu menjalani pembedahan dan memerlukan bius sepenuhnya, maklumkan kepada anggota kesihatan sekiranya anda pernah mengambil ubat yang mengandungi pholcodine terutamanya dalam tempoh 12 bulan lalu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Di Malaysia, pholcodine diklasifikasikan sebagai ubat terkawal Kumpulan C dan boleh diperolehi tanpa preskripsi.
Terdapat sejumlah 14 produk mengandungi pholcodine yang berdaftar dengan PBKD dalam bentuk tunggal dan kombinasi dengan ubat.
Beliau berkata, terdapat ubatan alternatif yang boleh digunakan bagi indikasi batuk jenis kering seperti produk yang mengandungi dextromethorphan.
"Sehingga kini, terdapat lebih daripada 40 produk mengandungi dextromethorphan dalam bentuk tunggal dan kombinasi dengan ubat lain yang berdaftar dengan PBKD," katanya.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut mengingatkan anggota kesihatan agar berhenti memperskripsi, mendispens, menjual atau mengedar semua produk mengandungi pholcodine dengan serta-merta.
"Pesakit yang mengalami batuk jenis nonproductive hendaklah diberikan ubat alternatif.
"Semua baki stok produk yang mengandungi pholcodine perlu dikuarantin dan dipulangkan semula kepada pembekal," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 23 2023
PBKD membatalkan pendaftaran dan mengeluarkan arahan panggil balik ke atas semua produk berdaftar yang mengandungi pholcodine. - Gambar hiasan/ Pexels
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Bekalan terhad, Jepun minta kemudahan perubatan 'jimat' ubat batuk
Kementerian Kesihatan Jepun menggesa kemudahan perubatan di seluruh negara mengurangkan preskripsi ubat batuk memandangkan bekalan yang terhad.
Firma ubat India diarah henti pengeluaran selepas kematian misteri di Cameroon
Kementerian Kesihatan India berkata WHO telah mengeluarkan amaran dan meminta maklumat mengenai empat kes produk sirap yang dieksport dari India.
Ubat batuk toksik: WHO beri amaran ancaman global berterusan
WHO kini bekerjasama dengan enam lagi negara untuk mengesan ubat-ubatan kanak-kanak yang berpotensi membawa maut.
Lelaki ditahan bersama 450kg daun ketum
Polis turut merampas 400 botol berisi cecair hitam disyaki campuran ubat batuk dan dadah jenis kodein.
Risiko keselamatan: KKM batal pendaftaran ubat batuk mengandungi pholcodine
Orang ramai diarahkan untuk menghentikan pengambilan ubat batuk dan selesema mengandungi bahan aktif pholcodine.
Pasangan suami isteri ditahan miliki ketum, ubat batuk
Sepasang suami isteri ditahan dalam sekatan jalan raya di Batu Melintang, Jeli kerana dipercayai memiliki 260 kilogram daun ketum dan 10 liter ubat batuk dianggarkan bernilai RM9,300.
18 kanak-kanak mati di Uzbekistan: Syarikat India henti pengeluaran ubat batuk
Marion Biotech iaitu syarikat farmaseutikal di India memaklumkan pihaknya telah menghentikan pengeluaran ubat batuk susulan kematian 18 kanak-kanak di Uzbekistan.
Indonesia kesan ubat ada kandungan dikaitkan penyakit buah pinggang
Indonesia sedang menyiasat peningkatan kes kematian dalam kalangan kanak-kanak.
Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia
KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini.
Ubat batuk buatan India didakwa punca 66 kematian di Gambia - WHO
WHO juga mengeluarkan amaran produk perubatan dan meminta pengawal selia mengeluarkan barangan Maiden Pharma daripada pasaran.