KUALA LUMPUR : Keadaan individu yang ramai ketika sidang Mesyuarat Khas Parlimen yang berlangsung bermula 26 hingga 29 Julai lalu telah mencetuskan kebimbangan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melihat kepada kadar penularan COVID-19.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, seramai 2,093 individu telah disaring sebelum mesyuarat bermula dan 56 kes positif telah dikesan.
Pengesanan kontak rapat pula telah mengesan empat lagi kes positif dan kesemua mereka tidak dibenarkan memasuki bangunan Parlimen sejak mesyuarat hari pertama.
Melihat kepada situasi tersebut, Dr Noor Hisham telah mengemukakan beberapa cadangan antaranya untuk menangguhkan Mesyuarat Khas Parlimen.
“Sekiranya Sidang Khas Parlimen diteruskan, jumlah kehadiran secara fizikal di Parlimen dikurangkan dan tempoh persidangan dipendekkan bagi mengurangkan tempoh pendedahan.
"Dicadangkan supaya sidang hendaklah dihentikan serta merta sekiranya terdapat kes positif COVID-19 dikesan bagi mencegah berlakunya risiko penularan jangkitan di kalangan individu yang hadir di Parlimen.,” katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.
BACA: Penangguhan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat atas nasihat KP Kesihatan - Ismail Sabri
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Sidang Dewan Rakyat ditangguh
IKUTI SISI TV PARLIMEN ASTRO AWANI DI SINI
Selain itu beliau memaklumkan, terdapat dua lagi kes positif dikesan di Parlimen pada 29 Julai yang melibatkan petugas yang hadir sejak 26 Julai manakala seorang lagi individu mempunyai gejala batuk dan loya.
KKM turut mengambil langkah pencegahan antaranya termasuk menyediakan kit saringan kendiri RTK Antigen.
Hasil saringan terhadap 1,183 individu telah membawa kepada sembilan lagi kes positif COVID-19.
“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif adalah 11 kes (seorang RT PCR positif) dan 10 orang (RTK Ag positif) dengan lima (5) daripadanya bergejala,” katanya lagi.
Daripada kesemua positif yang dikesan, terdapat lima kes yang mempunyai kadar kebolehjangkitan yang amat tinggi manakala hanya dua individu yang mempunyai sejarah vaksinasi lengkap melepasi 14 hari.
Sementara itu, KKM turut melaksanakan saringan terhadap 100 individu pada 30 Julai bagi prapersidangan Dewan Negara sebelum mendapati sembilan lagi kes positif dikesan hasil ujian RT-PCR.
Justeru, Dr Noor Hisham berpendapat persidangan di Parlimen merupakan satu perhimpunan yang berisiko tinggi untuk berlaku penularan jangkitan COVID-19.
Menurutnya, ini termasuk mengambil kira soal persekitaran di Parlimen yang mampu menjadi punca penyebaran wabak.
“Keadaan Dewan Parlimen yang bertutup meningkatkan risiko penularan jangkitan memandangkan virus SARS-CoV-2 tersebar atau menular melalui udara dan boleh kekal dalam persekitaran selama beberapa jam.
“Perkongsian kemudahan asas seperti tandas, surau, kafe dan sebagainya oleh ramai individu termasuk kes.
“Penjarakan fizikal dalam dewan kurang dari satu (1) meter antara satu sama lain walaupun terdapat penghadang meja,” katanya lagi.
Setelah membuat penilaian risiko, KKM mencadangkan agar kesemua sesi mesyuarat ditangguhkan untuk tempoh dua minggu bermula 29 Julai.
Hilmi Malik
Sun Aug 01 2021

Hasil penilaian risiko mendapati situasi di Parlimen mempunyai risiko tinggi penularan wabak berdasarkan jumlah kes positif yang dikesan kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar fail

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Kerjasama BLACKMORES dengan IJN beri kesedaran pentingnya kesihatan jantung
Kerjasama BLACKMORES dengan Institut Jantung Negara (IJN) terjalin pada waktu yang tepat melihat kepada peningkatan trend penghidap sakit jantung dalam kalangan usia muda di Malaysia.

Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.

Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.

Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.

Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.

Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.

Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.

Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.

Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.

Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.