KUALA LUMPUR: Vena varikos atau salur darah bersimpul merupakan masalah yang sering dihadapi wanita dengan peratusannya dua kali ganda berbanding lelaki, kata Pakar Perunding Bedah Vaskular dan Endovaskular Institut Jantung Negara Dr Ismazizi Zaharuddin.
Beliau berkata ia kerana wanita mempunyai hormon progesterone yang boleh menyebabkan kelemahan pada dinding salur darah selain faktor kehamilan menyebabkan tekanan dalam salur darah vena meningkat dan kerosakan injap.
"Faktor wanita yang mengandung menyebabkan tekanan intra-abdomen meningkat seterusnya menyebabkan masalah yang sama," katanya ketika menjadi tetamu dalam rancangan Jendela Fikir Bernama Radio bagi topik 'Urat Kaki Menimbul: Adakah ia sesuatu yang perlu dibimbangkan?' baru-baru ini.
Dr Ismazizi berkata vena varikos yang menyerang pesakit berumur 30 hingga 40 tahun ke atas itu juga disebabkan gaya hidup tidak sihat, pemakanan tidak kawal, berat badan berlebihan, sejarah keluarga dan faktor kelainan kongenital.
"Antara 15 dan 20 peratus pesakit juga mempunyai simptom seperti kekejangan di bahagian kaki, perubahan warna kulit terutamanya di bahagian betis dan paha, paling kronik pesakit mula berasa gatal-gatal seterusnya pembentukan ulser serta kudis di bahagian buku lali. Ini amat membimbangkan jika berlaku pendarahan.
"Walaupun ada yang menganggap penyakit ini kurang berbahaya, tapi jika ia sudah berada di peringkat empat hingga enam ia perlu diberi perhatian dengan mendapat rawatan serta khidmat nasihat doktor," katanya.
Dr Ismazizi berkata IJN juga ada menawarkan rawatan endovenus iaitu rawatan tanpa parut dengan teknik baharu menutup salur darah menggunakan gam yang satu sesi mengambil masa 30 minit.
"Pesakit mendapatkan rawatan secara rawatan harian dan boleh melakukan aktiviti harian pada esok harinya.
"Namun, selepas pulih pesakit perlu mendapatkan rawatan susulan untuk mengesan sekiranya ada kesan berulang atau mungkin ada salur darah yang tersumbat di tempat lain sekitar kaki," katanya.
Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi pusat panggilan IJN di 03-26178200 atau e-mel di [email protected].
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 15 2023

Dr Ismazizi berkata vena varikos yang menyerang pesakit berumur 30 hingga 40 tahun ke atas itu juga disebabkan gaya hidup tidak sihat. - Foto IJN

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Risiko wanita menghidap vena varikos dua kali ganda berbanding lelaki - IJN
Vena varikos atau salur darah bersimpul merupakan masalah yang sering dihadapi wanita dengan peratusannya dua kali ganda berbanding lelaki.

Kempen 'Jom Scan Kaki' untuk tingkatkan kesedaran tentang vena varikos
Hospital Gleneagles Kota Kinabalu akan menganjurkan kempen 'Jom Scan Kaki', satu program pemeriksaan kesihatan, bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang vena varikos, minggu depan.