KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menerusi agensi di bawahnya iaitu MyCreative Ventures (MyCV) membuka tirai tahun 2022, dengan penganjuran RIUH Keluarga Malaysia edisi pertama dengan “RIUH EK! bersama unifi” akan berlangsung pada 3 hingga 5 Mac 2022 (Khamis hingga Sabtu) bertempat di Arena Warna, Ayer Hitam, Johor.
Kerajaan amat prihatin dan komited dalam memulihkan negara daripada masalah dan kesan pandemik COVID-19 termasuk dalam kalangan penggiat industri kreatif.
Justeru, KKMM sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif untuk merancakkan kembali lanskap industri kreatif antaranya ialah melalui pelaksanaan RIUH Keluarga Malaysia yang merupakan cetusan idea Tan Sri Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Annuar berkata, aktiviti seni kreatif mampu mengubati jiwa negara yang terkesan dengan pelbagai cabaran berikutan pandemik COVID-19.
"KKMM mempelawa komuniti seni budaya untuk bekerjasama dengan Kementerian melalui RIUH Keluarga Malaysia agar industri kreatif negara dapat terus dirancakkan dan memberi manfaat kepada seluruh Keluarga Malaysia,” katanya.
RIUH Keluarga Malaysia bertujuan untuk menghimpunkan para usahawan kreatif dan penggiat seni tempatan daripada 12 cabang industri kreatif yang merangkumi muzik, filem, fotografi, animasi, seni persembahan, sastera, rekacipta, kraf dan seni tradisional, seni kulinari, seni visual, fesyen dan pendidikan kreatif.
Inisiatif ini dijangka akan mewujudkan sekurang-kurangnya 5,000 peluang pekerjaan di 14 lokasi dan menyokong 2,000 penggiat dan perniagaan tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutif MyCV, Junady Nawawi berkata antara misi MyCreative adalah untuk memperhebatkan daya tarikan industri kreatif Malaysia yang boleh diukur melalui pewujudan peluang pekerjaan, meningkatkan sumbangan pendapatan daripada industri kreatif kepada pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dan melonjakkan status industri kreatif Malaysia melalui kesedaran awam dan kesan sosial.
“Penganjuran RIUH akan memberi impak kepada penggiat dan pekerja di dalam industri kreatif, dari segi penjanaan pendapatan industri, jumlah pekerjaan penggiat serta pekerja industri. Ini kerana kebanyakan usahawan, budayawan serta seniman dari pelbagai komuniti dijemput untuk turut serta acara RIUH di seluruh negara.
"Lagipun, acara di setiap negari akan berlangsung lebih daripada satu hari. Ini akan meningkatkan peluang penjualan usahawan tersebut yang membuka gerai di tapak RIUH. Kami mengharap bahawa rangkaian sosial dan profesional yang dihasil oleh program ini juga akan memupuk pengambilan pekerja serta perkongsian perniagaan di dalam industri kreatif.
"Secara langsung, ini berpotensi untuk memulihkan ekonomi masyarakat dan negeri Johor, amnya,” katanya.
Bertemakan ‘Warna-warni Malaysia’, “RIUH EK! bersama unifi” adalah terbuka kepada semua pengunjung terutama yang berada di sekitar Johor khususnya di Ayer Hitam.
Para pengunjung akan merasai pelbagai tarikan termasuk barangan kreatif tempatan, persembahan seni dan muzik, bengkel kreatif, pameran seni, gerai ‘pop-up’, aneka makanan dan minuman serta banyak lagi untuk diteroka oleh para pengunjung.
Saksikan juga penampilan istimewa daripada kumpulan Search, Mafidz, LOKO, Statik, Hornbae, Orkes A Hizadin, persembahan gamelan, wayang kulit dan keroncong. Selain itu, pengunjung juga berpeluang menyaksikan pameran seni visual dan pyro show yang menakjubkan.
Turut serta jenama kreatif tempatan tersohor antaranya Kopi Dua Darjat, Haos Ek?, Buttercup, Mikano Claytive, Senitukang, NayylaO’ dan BeauTyra.
MyCV mensasarkan lebih dari 10,000 pengunjung akan hadir sepanjang tiga hari penganjuran “RIUH EK! bersama unifi”.
Sementara itu, RIUH Keluarga Malaysia yang bakal dianjurkan di 14 lokasi di seluruh negara mensasarkan 200,000 pengunjung.
Penganjuran RIUH Keluarga Malaysia akan dilaksanakan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat bagi memastikan keselamatan kesihatan para pengunjung.
Ini termasuk langkah-langkah terkawal seperti semakan status aplikasi MySejahtera untuk setiap pengunjung yang memasuki tapak RIUH, penjarakan sosial 1 meter dan penguatkuasaan Prosedur
Amalan Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
Sementara itu, mengulas penglibatan unifi sebagai penaja utama acara ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Imri Mokhtar berkata, menerusi jenama unifi, TM menawarkan penyelesaian digital bagi memperkasa pelbagai segmen pelanggan termasuklah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan agar mereka dapat kembali pulih dan terus berkembang.
"Penglibatan dalam RIUH Keluarga Malaysia menggambarkan sokongan TM untuk menggiatkan semula industri kreatif dan membolehkan kandungan seni kreatif dinikmati oleh semua lapisan rakyat.
"Sebagai pemacu aspirasi Digital Malaysia, kami komited untuk menghubungkan seluruh rakyat Malaysia menerusi infrastruktur digital dan sentiasa bersedia untuk membantu negara bangkit semula daripada kesan pandemik,” katanya.
Program selama tiga hari itu turut mendapat kerjasama daripada JOHO - jenama Johor kreatif yang mengetengahkan produk dan perkhidmatan berkualiti untuk rakyat Johor, dengan sokongan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), dan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) serta Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku rakan media.
Kenyataan Media
Wed Mar 02 2022

Persembahan tarian kuda kepang di RIUH. - Foto MyCreative Ventures

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

RIUH EK! bersama Unifi riuhkan Ayer Hitam, perkasa usahawan kreatif dan seniman tempatan
RIUH EK! akan dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa pada Jumaat malam (esok).

'RIUH EK! bersama unifi' di Ayer Hitam dekatkan seni kreatif dengan Keluarga Malaysia
Aktiviti seni kreatif mampu mengubati jiwa negara yang terkesan dengan pelbagai cabaran berikutan pandemik COVID-19.