KUALA LUMPUR: RIUH x Hari Belia Negara 2024 yang akan diadakan di Dataran Pahlawan, Melaka pada Sabtu dan Ahad ini menumpukan kepada penyertaan penggiat seni dan kreatif dalam kalangan anak muda.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata program di bawah Kembara RIUH anjuran MyCreative Ventures Sdn Bhd itu akan membawakan 12 vendor yang menawarkan pelbagai barangan seni dan kreatif serta makanan.
"Hasrat kita adalah untuk membantu penggiat seni dan kreatif supaya mereka ada satu platform untuk dikumpulkan produk dan hasil mereka untuk tunjuk dan bawa ke komuniti.
"Minggu ini kami bawa 12 vendor...mereka adalah golongan muda yang mempunyai hasil kreatif yang berkualiti dan boleh dibanggakan dan sebab itu kumpulan ini wajar dapat sokongan kita," katanya dalam program Selamat Pagi Malaysia di TV1 hari ini.
Selain itu katanya, pengunjung juga boleh menikmati konsert secara percuma pada malam Sabtu dan Ahad melibatkan penyertaan kumpulan popular seperti Hujan, Insomniacks, Dolla, Bunga, iamNEETA dan beberapa artis indie.
Teo berkata susulan sambutan memberangsangkan terutama daripada golongan belia, program Kembara RIUH mungkin diperluaskan ke lebih banyak lokasi di seluruh negara pada tahun depan.
"Tahun lepas kita buat di empat lokasi dan hasil jualan sekitar RM1.3 juta. Tahun ini kita tingkatkan kepada tujuh lokasi dengan Melaka merupakan lokasi kedua selepas Sentul Depot dan Johor Bahru, dengan kutipan di dua lokasi tersebut melebihi RM1.3 juta.
"Kami harap lokasi ketiga di Melaka hujung minggu ini akan membantu kita mencapai sasaran agar industri kreatif dapat menyumbang lima peratus kepada KDNK atau RM31.9 bilion kepada negara dan kita optimis untuk mencapai matlamat itu.
"Malah ramai yang mengadu kenapa tempat mereka tidak diadakan Kembara RIUH dan saya fikir mungkin tahun depan kita boleh tambah ke 10 lokasi pula," katanya.
Penganjuran RIUH x Hari Belia Negara 2024 bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena penganjuran Hari Belia Negara (HBN) 2024 peringkat Kebangsaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 22 2024

Teo berkata program di bawah Kembara RIUH anjuran MyCreative Ventures Sdn Bhd itu akan membawakan 12 vendor yang menawarkan pelbagai barangan seni dan kreatif serta makanan. - Gambar fail/Bernama

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

RIUH x Hari Belia Negara di Melaka angkat penggiat seni dan kreatif muda
RIUH x Hari Belia Negara 2024 yang akan diadakan di Dataran Pahlawan, Melaka pada Sabtu dan Ahad ini menumpukan kepada penyertaan penggiat seni dan kreatif dalam kalangan anak muda.