TUMPAT: Seorang anak yang kehilangan ibu akibat COVID-19 tampil mendedahkan dia antara individu yang terpaksa membayar RM1,400 kos tayamum seperti yang diminta pihak pengurusan di Unit Forensik sebuah hospital di Kota Bharu.
Nurul Wahidah Ariffin, 36, yang juga seorang peniaga kecil- kecilan memaklumkan ibunya meninggal dunia pada 6 Mei lalu iaitu pada 10 hari terakhir Ramadan.
Kematian ibunya itu dimaklumkan oleh pihak wad hospital pada tengah hari dan selepas berbuka puasa, dia tiba di Unit Forensik hospital berkenaan.
Setiba di bilik jenazah, Nurul Wahida mendakwa, dia diminta menyediakan RM1,400 iaitu kos untuk memandikan jenazah ibunya secara tayamum.
“Saya terkejut (bila diminta sediakan RM1,400) dengan keadaan kita begini, dengan saya tak ada (duit) simpanan… nasib baik abah saya ada simpanan, kalau kena pada diri saya memang tak mampu nak bayar RM1,400 itu.
“Kena bayar dulu barulah hospital akan mandikan (jenazah). (Kos) mandi jenazah sampai RM1,4000 berat (membebankan) sangat untuk orang seperti kami, kena kurangkanlah (kos) itu, kita tidak ada (duit) simpanan,” ujar Nurul Wahida.
Ketika berkongsi kisahnya dengan Astro AWANI, Nurul Wahida sebak dan beberapa kali menangis mengenangkan tindakan pihak hospital meminta waris melunaskan kos terlebih dahulu sebelum urusan tayamum dilakukan.
Kata Nurul Wahida, kerana tiada pilihan, dia menjelaskan kos berkenaan kepada tukang mandi jenazah yang dipanggil oleh pihak hospital.
Sementara bagi urusan pengebumian pula, jawatankuasa khairat kematian di kampungnya telah menjelaskan bayaran penggalian liang lahad.
Kisah Nurul Wahida itu akan menjadi teladan buat dia dan keluarga.
Namun, dalam masa sama, dia memikirkan apa yang akan terjadi sekiranya situasi yang sama perlu dilalui oleh golongan yang tidak berkemampuan.
Justeru, dia memohon pihak berkuasa campur tangan dalam menangani kes-kes seumpama itu.
Sementara itu, Astro AWANI akan berusaha untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak berwajib berkaitan isu ini.
Pada Isnin, Astro AWANI menyiarkan pendedahan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan jenazah kematian akibat COVID-19 mengenai caj yang tinggi bermula dari RM1,300 hingga RM1,800 bagi kos tayamum di beberapa buah hospital di negeri Kelantan.
Muhafandi Muhamad
Tue Aug 10 2021
Nurul Wahidah Ariffin mendedahkan dia antara individu yang terpaksa membayar RM1,400 kos tayamum seperti yang diminta pihak pengurusan di Unit Forensik sebuah hospital di Kota Bharu. - Gambar Astro AWANI
Pengasuh didakwa aniaya bayi lelaki sehingga meninggal dunia
Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menganiaya bayi lelaki asuhannya berusia sembilan bulan sehingga meninggal dunia.
Indonesia wajibkan pengeksport mendepositkan keseluruhan keuntungan eksport selama setahun
Ketetapan itu menggantikan peraturan semasa yang hanya mewajibkan deposit 30 peratus untuk tempoh minimum tiga bulan.
Suami reda pemergian isteri, sempat buat panggilan video sebelum lemas
Wanita yang lemas bersama anak saudaranya di Pantai Bayu Impian, Kota Tinggi semalam sempat membuat panggilan video bersama suaminya sebelum tragedi.
Sebahagian rangkaian jalur lebar 5G boleh dimanfaat pihak berkuasa - Fahmi
Rangkaian 5G mempunyai keupayaan menyediakan jalur lebar khusus untuk komunikasi tersulit diwujudkan demi manfaat organisasi agensi penguatkuasaan.
Angka korban meningkat kepada 19 susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Jawa Tengah
Tujuh lagi mangsa masih hilang, dan pasukan SAR terus berusaha mengesan mereka selepas tragedi itu melanda Kampung Kasimpar di Petungkriyono pada Isnin.
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$115.5 bilion pada 15 Januari 2025
Paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.9 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Ibu tergamak pukul, cubit, tampar anak 6 tahun hingga maut
Seorang ibu yang tergamak memukul, mencubit dan menampar anak kandung lelakinya berusia enam tahun sehingga maut dihukum penjara tiga tahun.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hotel di Turkiye - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kebakaran di Hotel Grand Kartal, Pusat Peranginan Ski di Kartalkaya, Turkiye.
KOM perlu beri alasan kukuh tambah jurulatih - Jefri
MSN tidak boleh bertindak semberono meluluskan permohonan itu sekiranya tiada kepentingan untuk skuad olahraga negara.
Inflasi Malaysia sederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan
Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024.
Pihak terlibat pengurusan jenazah COVID-19 perlu berdaftar dengan MAIK
Jurumandi dan pihak yang terlibat dengan pengurusan jenazah pesakit COVID-19 di Kelantan kini perlu berdaftar dengan MAIK.
Sukarelawan wanita urus tayamum, kebumi jenazah pesakit COVID-19
Wahida Hussain menawarkan diri menjadi sukarelawan urus jenazah pesakit COVID-19 untuk bantu ringan beban keluarga mangsa.
Proses tayamum tidak perlu pada jenazah COVID-19 jika berisiko - Mufti Selangor
Perkara itu diputuskan dalam satu mesyuarat khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 7 Ogos lalu.
Kos urus jenazah: Siasatan sedang dijalankan, pihak terlibat akan dipanggil
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) akan memanggil pihak terlibat dalam masa terdekat.
Kos urus jenazah: Maik tidak pernah keluar senarai nama pengurus jenazah
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) tidak pernah mengeluarkan senarai nama petugas atau pengurus jenazah di Unit Forensik hospital di negeri ini.
Kos urus jenazah: HRPZII tidak kenakan bayaran guna fasiliti - Pengarah
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) menegaskan tidak mengenakan sebarang bayaran untuk penggunaan fasiliti dan utiliti bagi urusan menyempurnakan jenazah pesakit COVID-19.
Kos urus jenazah pesakit COVID-19: Hospital di Perak, JAIPk tidak kenakan bayaran
Pihak hospital di Perak tidak mengenakan sebarang bayaran untuk kos pengurusan jenazah bagi pesakit yang meninggal dunia akibat COVID-19.
Kelantan tanggung kos pengurusan jenazah, tayamum pesakit COVID-19 - MB
Kerajaan Negeri Kelantan akan membayar kos pengurusan jenazah termasuk proses tayamum (menggantikan mandi) bagi pesakit yang meninggal dunia akibat COVID-19.
"RM1,400 sangat mahal" - Waris mangsa COVID-19 kesal kos tayamum membebankan
Setiba di bilik jenazah, Nurul Wahida mendakwa, diminta menyediakan RM1,400 iaitu kos untuk memandikan jenazah ibunya secara tayamum.
Kos urus jenazah pesakit COVID-19 melampau, aniaya keluarga - NGO
Keadaan itu memaksa keluarga yang tidak mampu memohon bantuan badan amal atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).