IPOH: Kerajaan negeri menerima peruntukan berjumlah RM2.2 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat di lapan lokasi sepanjang Jalan Ipoh-Lumut, di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata proses penyelenggaraan itu telah bermula pada Jun lalu dan dijangka siap sepenuhnya sekitar November ini.
"Antara lapan lokasi yang sedang diselenggarakan membabitkan persimpangan Silibin, Falim, Menglembu, Lahat, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusing, Akademi Bomba dan Penyelamat Tronoh, Klinik Kesihatan Tronoh serta Pekan Tronoh.
"Semua proses selenggara ini juga tertumpu terhadap pembaikan khusus kepada kabel bawah tanah serta pelbagai kerosakan lain yang dirasakan perlu bagi memastikan kemudahan berkenaan berfungsi dengan baik," katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi lawatan di Jalan Kledang di sini, pada Rabu.
Beliau berkata pelaksanaan pembaikan kemudahan itu juga secara dasarnya bertujuan mengurangkan kejadian kemalangan di sepanjang jalan terbabit.
"Melalui dapatan daripada bahagian statistik dan penguatkuasaan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Jalan Ipoh-Lumut ini merekodkan kemalangan yang agak tinggi akibat daripada kerosakan kemudahan ini," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang Cheah Pou Hian berkata pihaknya berharap kerja-kerja penyeleggaraan itu akan dapat disiapkan mengikut ketetapan khususnya melibatkan Jalan Menglembu.
Beliau berkata ini kerana jalan tersebut merupakan antara kawasan yang sering berlaku kemalangan dan punca utama kejadian itu dikenal pasti disebabkan kerosakan lampu isyarat.
"Jadi, dengan pembaikan yang dibuat, saya berharap trafik akan berjalan lancar sekali gus mengurangkan kadar kemalangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 30 2023
![RM2.2 juta peruntukan untuk selenggara lampu jalan, lampu isyarat di laluan Ipoh-Lumut RM2.2 juta peruntukan untuk selenggara lampu jalan, lampu isyarat di laluan Ipoh-Lumut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-03/41521553184_lampujalan.jpg)
Mohammad Nizar berkata pelaksanaan pembaikan kemudahan itu juga secara dasarnya bertujuan mengurangkan kejadian kemalangan di sepanjang jalan Jalan Ipoh-Lumut itu. - Gambar hiasan
![Jojo Ghazali hadiahkan jam tangan Rolex buat ibu tercinta Jojo Ghazali hadiahkan jam tangan Rolex buat ibu tercinta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740036324_Jojo.jpg)
Jojo Ghazali hadiahkan jam tangan Rolex buat ibu tercinta
Petarung Muay Thai negara, Johan Ghazali, malam tadi berkongsi momen istimewanya menghadiahkan ibunya jam tangan berjenama Rolex.
Penularan HIV meningkat dalam kalangan lelaki homoseksual
Lebih 60 peratus kes jangkitan HIV tahun lalu berpunca daripada hubungan homoseksual dan biseksual, menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau menyatakan bahawa penggunaan kondom yang tidak konsisten dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi menjadi faktor utama peningkatan jangkitan. #AWANInews
Dewan Rakyat 'hangat', YB Kampar sarankan Wee Ka Siong dilantik Penasihat KWSP
Dewan Rakyat hangat YB Kampar, Chong Zhemin beri cadangan kepada Menteri Kewangan untuk melantik YB Ayer Hitam , Datuk Seri Wee Ka Siong sebagai penasihat KWSP. "Sebab dia hebat, dia ada 'crystal ball' dia boleh tahu bila saham naik, bila saham turun," kata YB Kampar ketika Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri. #AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
"Rekod saya lebih baik daripada rekod Marang hadir dalam Dewan" - Saifuddin
"Soal nak sindir saya datang, tak datang... saya nak jamin satu perkara. Kedatangan saya dalam Dewan jauh lebih baik daripada rekod Marang hadir dalam Dewan. Itu Fakta," tegas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution.
Sebelum itu, Saifuddin menjelaskan kes GISBH dimasukkan sebagai jenayah terancang kerana mematuhi Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan.
Sebelum itu, Saifuddin menjelaskan kes GISBH dimasukkan sebagai jenayah terancang kerana mematuhi Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan.
![Bekas KSU Kementerian bebas tuduhan bersubahat terima rasuah Bekas KSU Kementerian bebas tuduhan bersubahat terima rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740037262_MohdArifAbRahman.jpg)
Bekas KSU Kementerian bebas tuduhan bersubahat terima rasuah
Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan bekas KSU Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Mohd Arif Ab Rahman daripada pertuduhan bersubahat dengan anak lelakinya dalam kes rasuah.
![RUU Perkhidmatan Parlimen harus bersifat bebas daripada campur tangan badan Eksekutif RUU Perkhidmatan Parlimen harus bersifat bebas daripada campur tangan badan Eksekutif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740036662_ParlimenBangunanP.jpg)
RUU Perkhidmatan Parlimen harus bersifat bebas daripada campur tangan badan Eksekutif
RUU Perkhidmatan Parlimen yang bakal dibentangkan seharusnya memberikan autonomi institusi, pentadbiran dan kewangan kepada Parlimen.
![Tinggalkan kerjaya selesa demi dakwah Islam di bumi Jepun Tinggalkan kerjaya selesa demi dakwah Islam di bumi Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740036760_DakwahJepun.jpg)
Tinggalkan kerjaya selesa demi dakwah Islam di bumi Jepun
Jurutera kanan di sebuah syarikat di Jepun itu sanggup meninggalkan kerjayanya yang mencecah gaji lima angka, demi menyahut seruan menyebarkan agama Islam di sana.
Hamas sedia bebaskan semua tahanan Israel serentak
Kesediaan untuk membebaskan semua baki tahanan Israel secara serentak dalam fasa gencatan senjata berikutnya.
Korea Selatan akan bangunkan ChatGPT sendiri
Korea Selatan akan membangunkan model ChatGPT tersendiri untuk bersaing dalam pembangunan kecerdasan buatan (AI) global.
Usah perlekeh protokol 'Chinese wall', benteng pemisah maklumat
KWSP mengekalkan tahap profesionalisme dan tadbir urusan yang tinggi dalam pengurusan dengan mengamalkan protokol Chinese Wall.
![RM2.2 juta peruntukan untuk selenggara lampu jalan, lampu isyarat di laluan Ipoh-Lumut RM2.2 juta peruntukan untuk selenggara lampu jalan, lampu isyarat di laluan Ipoh-Lumut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-03/41521553184_lampujalan.jpg)
RM2.2 juta peruntukan untuk selenggara lampu jalan, lampu isyarat di laluan Ipoh-Lumut
Proses penyelenggaraan itu telah bermula pada Jun lalu dan dijangka siap sepenuhnya sekitar November ini.