KUANTAN: Sebanyak RM2.35 juta diperuntuk bagi menaik taraf Stadium Darul Makmur di sini yang meliputi fasiliti dan persekitarannya pada tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang Datuk Seri Mohd Johari Hussain berkata peruntukan itu juga akan digunakan bagi mengadakan sambutan jubli emas stadium berkenaan, yang terletak di pusat bandar di sini, pada 2023.
"Buku dengan kandungan sejarah dan transformasi stadium perlu disediakan dan dilancar sempena sambutan jubli emas.
"Ini bertujuan supaya peristiwa bersejarah sejak Stadium Darul Makmur mula dibangunkan akan terus diingati terutama oleh generasi muda," katanya semasa menggulung perbahasan Belanjawan Pahang 2023 di Wisma Sri Pahang hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri juga berhasrat mengaktifkan semula sukan ekuestrian menerusi peruntukan RM1.5 juta melalui Majlis Sukan Pahang untuk membaik pulih Kompleks Ekuestrian di Tanjung Lumpur di sini dan penganjuran sukan itu di peringkat kebangsaan.
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff pula berkata pembinaan sejumlah 242 menara komunikasi di bawah projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) dijangka siap secara berperingkat sehingga pertengahan tahun depan.
Beliau berkata projek menaik taraf 902 stesen pemancar sedia ada di negeri itu ke rangkaian 4G telah selesai manakala penaiktarafan rangkaian jalur lebar tetap bagi 88,144 premis sudah selesai setakat ini dan kerja-kerja di sejumlah 30,116 premis sedang dilaksana.
Katanya kesemua 69 kampung Orang Asli di Pahang juga telah selesai dipasang Internet jalur lebar teknologi satelit pada April lepas.
Mohammad Fakhruddin berkata kerajaan negeri turut membiayai projek perkhidmatan Internet menggunakan teknologi satelit di 50 kawasan kampung dan pedalaman dikenali sebagai Pahang Rural Internet Services and Multimedia Access (PRISMA PAHANG) bernilai RM3 juta yang akan memberikan perkhidmatan secara percuma untuk tempoh 12 bulan bermula bulan ini.
Persidangan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 12 2022

Peruntukan itu juga akan digunakan bagi mengadakan sambutan jubli emas stadium berkenaan, pada 2023. - Foto: Facebook HarimauMalaya
Makmal forensik hidupan liar perangi jenayah alam sekitar
Penubuhan makmal forensik hidupan liar yang pertama di Sarawak diyakini akan mengukuhkan keupayaan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) untuk memerangi aktiviti jenayah alam sekitar di wilayah itu.

Sultan Nazrin berkenan rasmi Hospital UTAR di Kampar
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyempurnakan majlis perasmian Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Kampar.
Kaedah QR Code akan diperkenal bagi mempermudah urusan pembayaran zakat
Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, Datuk Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata, kaedah QR Code akan diperkenalkan bagi mempermudah urusan di antara amil dan pembayar zakat.
Penduduk Tanjung Embang diminta tidak ghairah jual tanah
ADUN Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah meminta penduduk untuk tidak ghairah untuk menjual tanah yang ditawarkan dua kali ganda ketika ini kerana ia hanya akan menguntungkan golongan oportunis.
APMM Zon Maritim Tawau catat tangkapan tertinggi di Malaysia
APMM Zon Maritim Tawau melakukan 9,187 pemeriksaan, 108 tangkapan, kutipan kompaun rm2.5 juta, merekodkan tangkapan tertinggi di seluruh negara.
KIR miskin tegar Sabah 2024 turun 99.5 peratus berbanding 2023
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata kejayaan sabah menurunkan jumlah ketua isi rumah (KIR) miskin tegar sehingga 99.5 peratus berbanding tahun sebelumnya adalah hasil kerjasama semua pihak, termasuk agensi kerajaan negeri dan persekutuan.
Mayat remaja hilang di Tanjung Semawang ditemukan di Tanjung Pisau
Mayat remaja yang dilaporkan hilang selepas keluar menangkap udang di laut bersama beberapa rakannya Sabtu lalu akhirnya ditemui pagi tadi berdekatan dengan rumahnya, di tepi pantai Tanjung Pisau, Sandakan, kira-kira 13 batu nautika dari lokasi kejadian di Tanjung Semawang.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Hampir separuh pesakit buah pinggang kronik di Malaysia kehilangan pekerjaan
Situasi itu menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan golongan berkenaan, terutama yang bergantung kepada rawatan dialisis jangka panjang.

Pengguna China belanjakan AS$70 juta untuk udang kara Vietnam pada Januari
Jumlah eksport akuatik Vietnam pada bulan itu mencapai AS$774 juta, meningkat 3 peratus tahun ke tahun.

Stadium Darul Makmur kembali beroperasi Mac 2025
Stadium Darul Makmur dijangka beroperasi sepenuhnya pada Mac tahun depan selepas mengambil kira tempoh matang rumput Bermuda Tifgrand yang ditanam bagi menggantikan rumput jenis Cow Grass.

Kerja ganti rumput Stadium Darul Makmur bermula pertengahan Ogos
Menurut Fadzli, rumput jenis Bermuda lebih baik berbanding rumput 'cow grass', lebih bersih dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Liga Super: Sri Pahang tewas 2-3 di laman sendiri
Sri Pahang FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri selepas tumpas 2-3 kepada PDRM FC pada saingan Liga Super 2023.

Stadium Darul Makmur bakal berwajah baharu, ceria
Proses naik taraf melibatkan kerja-kerja mengecat bangunan luar SDM dan membaik pulih tandas di stadium melibatkan kos RM1.3 juta.

Kurang cergas punca Sri Pahang seri dengan Melaka FC
Kecergasan skuad Sri Pahang tidak berada pada tahap sebenar dan ia jelas terlihat pada aksi menentang Melaka United.

Warga emas meninggal dunia selepas rebah ketika menonton Pahang lawan Kedah
Seorang lelaki warga emas tiba-tiba rebah sebelum tidak sedarkan diri ketika perlawanan Piala FA antara Pahang menentang Kedah, malam tadi.

JDT juara, Pahang naib juara Liga Super 2017
Pahang mengesahkan kedudukan mereka selaku naib juara Liga Super musim ini walaupun seri 1-1 menentang Perak pada aksi terakhir liga di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam ini.

Pahang bawa bekalan selesa menewaskan Perak 3-1
Pahang membawa bekalan selesa ke gelanggang lawan selepas menundukkan Perak 3-1 pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur di sini, malam tadi.

Zainal optimis Pahang mampu tumbangkan Selangor
Jurulatih Pahang Zainal Abidin Hassan optimis anak buahnya berupaya untuk bangkit pada saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia di gelanggang lawan setelah hanya mencatat keputusan seri malam tadi.

Penyokong Pahang sanggup tidur di hadapan kaunter untuk dapatkan tiket
Penyokong Pahang sanggup tidur di hadapan kaunter untuk dapatkan tiket.