Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntuk RM2.5 bilion untuk pelaksanaan projek Infrastruktur Asas Luar Bandar dan Desa Abad ke-21 di seluruh negara tahun ini.
Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata lima projek di bawah infrastruktur luar bandar menerima RM2.4 bilion, manakala tiga projek di bawah infrastuktur desa menerima RM54 juta.
Beliau berkata bagi program infrastruktur luar bandar, ia merupakan pembinaan jalan sejauh 697 kilometer (bernilai RM891,880,006) bekalan elektrik untuk 13,319 rumah (RM1,060,659,100), bekalan air untuk 7,500 rumah (RM337,010,000), program bantuan 9,500 buah rumah (RM200 juta) dan menyelenggara
jalan sepanjang 313 kilometer (RM6,232,200).
Bagi infrastruktur desa, ia berupa ladang buah-buahan berskala besar, desa lestari dan cabaran perniagaan luar bandar (RBC).
"Bagi program ladang buah-buahan, dua ladang dicadangkan untuk dibangunkan yang melibatkan peruntukan RM8 juta, 13 buah desa lestari (RM26 juta) dan RBC melibatkan 8,500 orang dengan peruntukan RM20 juta," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan exco-exco kemajuan luar bandar seluruh negara, di sini hari ini.
Mesyuarat kali pertama tahun ini itu turut dihadiri Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, serta pegawai kanan KKLW serta agensi di bawah kementerian tersebut.
Mohd Shafie berkata mesyuarat itu turut membincangkan beberapa perkara seperti sistem penyampaian, kesiapsiagaan menghadapi bencana, masalah tanah untuk pelaksaan program serta beberapa permintaan peruntukan tambahan oleh beberapa negeri.
"Kita tekankan kerjasama antara jabatan dengan kerajaan negeri dan pusat untuk pelaksaan program lebih baik tahun ini. Ini adalah berdasarkan pengalaman ketika pelaksaan dalam RMK-10.
"Selain itu kesiapsiagaan ketika menghadapi mala petaka antaranya keperluan supaya ketua-ketua masyarakat tampil ke hadapan ketika berlaku sebarang masalah bagi membantu agensi-agensi KKLW," katanya.
Mohd Shafie berkata pihaknya turut menerima permohonan tambahan peruntukan untuk pembinaan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan rumah panjang oleh kerajaan Sarawak dan Sabah.
"Sarawak memohon RM51 juta, manakala Sabah memohon RM50 juta. Kita akan panjangkan permohonan ini kepada Kementerian Kewangan," katanya.
Bernama
Mon Mar 23 2015
![RM2.5 bilion bagi projek infrastruktur luar bandar dan desa - Shafie RM2.5 bilion bagi projek infrastruktur luar bandar dan desa - Shafie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/51407487275_295x200.jpg)
SHAFIE: RM2.5 bilion bagi projek infrastruktur luar bandar dan desa - Gambar fail
![Trump minta semua maklumat daripada perkhidmatan rahsia AS berkenaan cubaan bunuhnya Trump minta semua maklumat daripada perkhidmatan rahsia AS berkenaan cubaan bunuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720922589_DonaldTrump.jpg)
Trump minta semua maklumat daripada perkhidmatan rahsia AS berkenaan cubaan bunuhnya
Percubaan membunuh Trump kali pertama berlaku semasa kempen di Pennsylvania pada 13 Julai 2024.
AWANI Ringkas: DBKL tutup pusat sembelih ayam kotor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Masih banyak jalan raya di Johor perlu dinaik taraf - Onn Hafiz Masih banyak jalan raya di Johor perlu dinaik taraf - Onn Hafiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739070501_tbOnnHafizGhazi.jpg)
Masih banyak jalan raya di Johor perlu dinaik taraf - Onn Hafiz
Masih banyak jalan raya di Johor perlu diperbaik dan dinaik taraf dengan segera kerana keadaan itu sangat membahayakan keselamatan.
![Kereta dipandu warga emas rempuh kedai Kereta dipandu warga emas rempuh kedai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739072473_tblupamatikanenjin.jpg)
Kereta dipandu warga emas rempuh kedai
Siasatan awal mendapati seorang wanita warga emas yang memandu kereta parkir di hadapan kedai Ekonomic Market tanpa mematikan enjin.
![Gempa bumi 7.6 skala Richter dilapor berhampiran Pulau Cayman Gempa bumi 7.6 skala Richter dilapor berhampiran Pulau Cayman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739069900_tbgempabumi.jpg)
Gempa bumi 7.6 skala Richter dilapor berhampiran Pulau Cayman
Gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter direkodkan berhampiran Pulau Cayman, dengan amaran tsunami masih berkuat kuasa.
![Setia City Mall beroperasi semula selepas insiden tembakan Setia City Mall beroperasi semula selepas insiden tembakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739071123_tbsetiacitymall.jpg)
Setia City Mall beroperasi semula selepas insiden tembakan
Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung, penyewa dan pekerja mereka adalah keutamaan pihaknya.
![Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739068687_tbatletMuayThaiP.jpg)
Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda
Muay Thai terus mengukuhkan kedudukannya sebagai sukan tempur pilihan apabila semakin ramai anak muda menunjukkan minat terhadap sukan itu.
![Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739069570_tbhimpunanmogoklap.jpg)
Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Semakan mendapati himpunan berkenaan diadakan jam 8.10 pagi.
Kumpulan pendatang Protes dasar imigresen Trump
Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump pada Sabtu bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
![PPR daya huni, KPKT laksana pelbagai penambahbaikan PPR daya huni, KPKT laksana pelbagai penambahbaikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41602396819_BombaBertugasPPR.jpg)
PPR daya huni, KPKT laksana pelbagai penambahbaikan
Benarkah penghuni di situ dibelenggu pelbagai masalah sosial, jenayah, kebersihan mahupun kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak?
![KKDW diberi RM460.2 juta untuk pembangunan PPRT KKDW diberi RM460.2 juta untuk pembangunan PPRT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690542299_TBANWAR.jpg)
KKDW diberi RM460.2 juta untuk pembangunan PPRT
Jumlah itu merangkumi peruntukan RM244.4 juta bagi pembinaan 3,030 unit rumah baharu sementara baki untuk pembaikpulihan.
![Rezeki tidak diduga bagi penerima rumah PPRT Rezeki tidak diduga bagi penerima rumah PPRT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/51570378610_rumah.jpg)
Rezeki tidak diduga bagi penerima rumah PPRT
Penerima PPRT di kawasan KESEDAR baru-baru ini, tidak menduga dapat tinggal bersama ahli keluarganya di rumah yang lebih selesa.
![RM200 juta bagi bina dan baik pulih PPRT tahun ini - Sivarasa RM200 juta bagi bina dan baik pulih PPRT tahun ini - Sivarasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/71557121209_RSIVARASA.jpg)
RM200 juta bagi bina dan baik pulih PPRT tahun ini - Sivarasa
Kedua-dua inisiatif berkenaan akan memberi manfaat kepada hampir 43,000 penduduk di bawah golongan miskin dan miskin tegar.
![RM2.5 bilion bagi projek infrastruktur luar bandar dan desa - Shafie RM2.5 bilion bagi projek infrastruktur luar bandar dan desa - Shafie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/51407487275_295x200.jpg)
RM2.5 bilion bagi projek infrastruktur luar bandar dan desa - Shafie
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntuk RM2.5 bilion untuk pelaksanaan projek Infrastruktur Asas Luar Bandar dan Desa Abad ke-21 di seluruh negara tahun ini.