TUARAN: Kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM2.2 juta bagi membangunkan dua projek baharu dalam memelihara dan melindungi warisan budaya Sabah pada tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata projek diluluskan menerusi Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 itu antara usaha memartabatkan warisan budaya Sabah sebagai lambang ketamadunan negeri.
Menurut Hajiji sebanyak RM2 juta diperuntuk bagi melaksanakan projek Pembangunan Sistem Pemetaan Budaya Bersepadu Negeri Sabah, manakala projek Kajian Restorasi Bangunan Pejabat Lama Pejabat Perkhidmatan Kebajikan pula membabitkan RM200,000.
"Projek pemetaan ini bertujuan mentransformasikan kaedah pengurusan maklumat budaya etnik Sabah kepada sistem maklumat moden selaras dengan Pelan Pendigitalan Kerajaan.
"Kajian itu pula akan menyaksikan pembangunan semula bangunan bersejarah - Pejabat British North Borneo Chartered Company yang ketika dahulu musnah oleh kebakaran," katanya ketika berucap merasmikan Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah di sini hari ini.
Hajiji berkata pembangunan semula bangunan itu juga bertujuan memulihara dan melindungi tapak serta bangunan bersejarah, selain akan menjadi galeri seni budaya yang penting di negeri ini, dengan kedua-dua projek baharu tersebut dipertanggungjawabkan kepada Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.
Beliau berkata kerajaan melaksanakan pelbagai usaha untuk memastikan sasaran kehadiran tiga juta pelancong ke Sabah pada tahun ini tercapai.
Selain kesenian dan kebudayaan sebagai aset penting tarikan pelancong, katanya Pelancongan Berasaskan Komuniti juga merupakan segmen ekopelancongan yang semakin mendapat perhatian daripada pelbagai lapisan masyarakat tempatan mahupun antarabangsa.
Justeru, Ketua Menteri menggesa persatuan etnik di negeri itu untuk terus membangun dan memartabatkan budaya etnik serta produk pelancongan berasaskan komuniti di kawasan masing-masing seterusnya bekerjasama memperkasakan keistimewaan serta keunikan warisan budaya Sabah.
Mengulas berkenaan festival yang berlangsung sejak Ahad lepas, Hajiji yang juga Presiden Persatuan Rumpun Bajausama Sabah berharap ia mampu menjadi medan untuk memulihara khazanah budaya negeri, selain medium menarik minat generasi muda untuk terlibat dalam pelbagai acara keseniaan dan kebudayaan etnik berkenaan.
"Ia juga sejajar dengan objektif penganjuran festival ini iaitu untuk memulihara dan memartabatkan budaya tradisi serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat.
"Festival ini yang telah pun dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan, tidak hanya dihadiri oleh rumpun Bajausama, malah turut dimeriahkan oleh semua lapisan masyarakat berbilang kaum dan keturunan di negeri ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 28 2024
![RM2.2 juta bangun dua projek baharu pelihara warisan budaya Sabah - Hajiji RM2.2 juta bangun dua projek baharu pelihara warisan budaya Sabah - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704790876_TBHAJIJIPLEDGE.jpg)
Hajiji (foto) berkata projek diluluskan menerusi Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 itu antara usaha memartabatkan warisan budaya Sabah sebagai lambang ketamadunan negeri. -Gambar fail/Bernama
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737882414_TBhajijiNoor.jpg)
Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Bantuan RM25 juta diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat diperlukan bagi membantu membaiki infrastruktur yang rosak dan musnah susulan banjir di Sabah.
![Sabah beri bantuan bulanan RM300 untuk golongan miskin bermula Februari Sabah beri bantuan bulanan RM300 untuk golongan miskin bermula Februari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733841394_HajijiNoor.jpg)
Sabah beri bantuan bulanan RM300 untuk golongan miskin bermula Februari
Kerajaan Sabah akan melaksanakan program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 mulai bulan depan dengan menyediakan bantuan bulanan RM300.
![Hajiji yakin Sabah terus makmur bawah naungan Tun Musa Aman Hajiji yakin Sabah terus makmur bawah naungan Tun Musa Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735716983_TBHAJIJINOOR.jpg)
Hajiji yakin Sabah terus makmur bawah naungan Tun Musa Aman
Beliau berkata Musa adalah payung bagi seluruh rakyat, simbol kedaulatan negeri yang bermaruah serta pengukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan budaya.
![Beri perhatian penuh kepada rakyat, pesan Tun Juhar Beri perhatian penuh kepada rakyat, pesan Tun Juhar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51735594079_TunJuharMahiruddi.jpg)
Beri perhatian penuh kepada rakyat, pesan Tun Juhar
Juhar berkata, tanpa sokongan dan kepercayaan rakyat, tiada kejayaan yang dapat diraih oleh Sabah sepanjang 14 tahun tempoh pentadbirannya.
![Jasa Tun Juhar amat besar kepada Sabah - Hajiji Jasa Tun Juhar amat besar kepada Sabah - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735572799_JuharMahiruddin.jpg)
Jasa Tun Juhar amat besar kepada Sabah - Hajiji
Juhar menyaksikan pelbagai insiden di Sabah yang melibatkan kerencaman dunia politik, ekonomi, keselamatan, kesihatan dan pendidikan.
![Pelaburan berimpak tinggi di SOGIP dijangka beroperasi pada 2026, 2027 - Hajiji Pelaburan berimpak tinggi di SOGIP dijangka beroperasi pada 2026, 2027 - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719157425_TBhajijiNoor.jpg)
Pelaburan berimpak tinggi di SOGIP dijangka beroperasi pada 2026, 2027 - Hajiji
Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang memperoleh pelaburan kira-kira RM29.87 bilion dijangka mula beroperasi pada 2026 dan 2027, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
![PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669007947_HajijiMohdNoor.jpg)
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
![Sabah peruntuk RM50 juta bantu penduduk kampung bayar bil elektrik - Hajiji Sabah peruntuk RM50 juta bantu penduduk kampung bayar bil elektrik - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733329835_TBhajiji.jpg)
Sabah peruntuk RM50 juta bantu penduduk kampung bayar bil elektrik - Hajiji
Peruntukan tersebut akan diberikan bermula tahun depan sebagai inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat yang memerlukan di negeri itu.
![Sabah peruntuk lebih RM100 juta untuk pembangunan sukan Sabah peruntuk lebih RM100 juta untuk pembangunan sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732829899_EllronAlfredAngin.jpg)
Sabah peruntuk lebih RM100 juta untuk pembangunan sukan
Peruntukan kepada Kementerian Belia dan Sukan negeri itu adalah bagi pentadbiran dan pelaksanaan pelbagai program pembangunan belia dan sukan.
![Pesara kerajaan Sabah terima bonus RM1,000 Pesara kerajaan Sabah terima bonus RM1,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732683453_TBbonus.jpg)
Pesara kerajaan Sabah terima bonus RM1,000
Pesara kerajaan negeri Sabah akan menerima bonus sebanyak RM1,000 dan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.