PUTRAJAYA: Kerajaan memperuntukkan RM25 juta bagi pelaksanaan program Transformasi Pasar Malam kelolaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, peruntukan itu akan disalurkan secara berperingkat kepada 50 tapak pasar malam di seluruh negara, mulai tahun depan.
Jelas Perdana Menteri lagi, program Transformasi Pasar Malam itu, mengetengahkan pelbagai elemen norma baharu yang mementingkan komponen kesihatan dan keselamatan, seperti penugasan ‘marshal pasar malam’ bagi meningkatkan kembali keyakinan rakyat.
“Dalam keadaan ekonomi domestik kembali rancak termasuk yang diusahakan oleh rakyat kumpulan penjaja dan peniaga kecil, kita harus juga beri perhatian bahawa suasana kini telah berubah.
“Untuk itu, semua pihak khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) serta kerajaan negeri diharap dapat mengadaptasi pendekatan Transformasi Pasar Malam ini di seluruh negara.
"Ini kerana pasar malam merupakan satu medan kepada rakyat mendapatkan keperluan harian dengan mengurangkan peranan orang tengah,” katanya lagi.
Dalam majlis yang sama, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM48.52 juta ringgit lagi untuk program pembiayaan mikro bagi penjaja dan peniaga kecil.
Melalui pembiayaan itu, Ismail Sabri berkata, Keluarga Malaysia dalam kalangan penjaja dan peniaga kecil boleh memohon pembiayaan secara syariah dengan kadar keuntungan kosong peratus daripada Bank Rakyat, bagi menambah baik dan membangunkan semula perniagaan sedia ada.
Pembiayaan yang dimohon, katanya lagi, boleh digunakan bagi tujuan pemulihan perniagaan seperti modal pusingan, pembelian peralatan atau perkakasan, bayaran gaji, bayaran sewa, bil utiliti dan lain-lain.
"Tiada sebarang kadar keuntungan dikenakan ke atas penerima biaya sebaliknya hanya kos pengurusan akan dikenakan sebanyak satu peratus atas kutipan yang diterima.
“Nilai pembiayaan adalah antara RM10,000 hingga RM50,000 dengan tempoh bayaran balik hingga lima tahun. Jadi saya menyeru kepada Keluarga Malaysia untuk mengambil peluang yang ditawarkan ini bagi kelangsungan perniagaan masing-masing,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Fri Dec 03 2021

Program Transformasi Pasar Malam itu, mengetengahkan pelbagai elemen norma baharu yang mementingkan komponen kesihatan dan keselamatan. - Gambar/ Bernama

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

RM25 juta untuk transformasi pasar malam, RM48.52 juta untuk peniaga kecil - Ismail Sabri
Program Transformasi Pasar Malam itu, mengetengahkan pelbagai elemen norma baharu yang mementingkan komponen kesihatan dan keselamatan.

Bank komersial diharap tidak ambil tindakan terhadap peniaga kecil - Ismail Sabri
Bank komersial diharap dapat mencontohi Bank Rakyat dan SME Bank di bawah Medac, yang tidak akan menuntut bayaran balik sehingga Jun 2022.