KUALA LUMPUR: Sejumlah RM3.53 juta telah dibelanjakan untuk enam sukan bagi pelaksanaan Program Road To Gold (RTG) sepanjang tahun lepas.
Penyelaras Program RTG Datuk Stuart Ramalingam berkata pemain badminton di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerima peruntukan tertinggi dalam program tersebut iaitu sebanyak RM1,182,645.93 manakala RM1,068,085.24 telah dibelanjakan untuk pemain badminton profesional.
"RM465,239.66 pula diperuntukkan bagi pelumba berbasikal negara di bawah program RTG. Sebanyak RM458,177.45 digunakan oleh sukan terjun manakala sukan hoki pula menerima peruntukan sejumlah RM342,903.62," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang juga Pengerusi Bersama RTG dan seorang lagi Pengerusi Bersama RTG Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.
Setakat ini, 13 atlet berada di bawah Program RTG iaitu tujuh pemain badminton kebangsaan termasuk juara beregu lelaki dunia 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik, beregu lelaki profesional Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan atlet baharu sukan terjun, Bertrand Rhodict Lises.
Sebelum ini, ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong dan seorang lagi penerjun wanita negara Nur Dhabitah pernah berada di bawah Program RTG namun kedua-dua mereka disingkirkan susulan kegagalan melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2024 di Paris menerusi Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, baru-baru ini.
Skuad hoki lelaki kebangsaan yang mewakili sukan hoki dalam Program RTG juga digugurkan tahun lepas susulan kegagalan meraih pingat emas pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 bagi slot automatik ke Paris 2024.
Program RTG yang diperkenalkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada April tahun lepas merupakan projek nasional dengan objektif menyelaras usaha negara dalam memburu pingat emas sulung di Sukan Olimpik meliputi edisi Paris 2024 dan Los Angeles 2028.
Dalam pada itu, Stuart memaklumkan buat pertama kalinya, kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2024 akan menerima perkhidmatan sokongan sains sukan dan perubatan tambahan di premis "Team MAS House" yang terletak di Paris.
Katanya usaha tersebut disediakan bagi menyediakan penjagaan dan sokongan sebanyak mungkin untuk atlet di luar perkampungan sukan yang mengalami akses terhad terhadap perkhidmatan yang boleh diberikan kepada mereka.
Sukan Olimpik 2024 dijadual bermula dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024

Datuk Stuart Ramalingam berkata pemain badminton di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerima peruntukan tertinggi dalam program tersebut. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

15 penaja warnai saingan Liga-M - Stuart
12 daripada penaja telah dimuktamad setakat ini, sementara tiga lagi akan dimeterai menjadikan jumlah penajaan lebih besar berbanding musim sebelumnya.

RM3.53 juta dibelanjakan untuk RTG tahun lepas - Stuart
Sejumlah RM3.53 juta telah dibelanjakan untuk enam sukan bagi pelaksanaan Program Road To Gold (RTG) sepanjang tahun lepas.

Sesi temu duga kelab Liga M3 minggu depan
Pihak FIB juga telah menerima dokumen tambahan diperlukan daripada pasukan terlibat pada Jumaat sebelum sesi tersebut berlangsung.

Saingan Liga-M ikut kalendar AFC bermula tahun depan
MFL kini masih dalam perbincangan bersama kelab bola sepak tanah air untuk memulakan perubahan itu bermula tahun depan.

'Bakar suar nampak hebat dari sudut gambar... tapi...'
Stuart Ramalingam berkata perkara itu tetap melibatkan aspek tatatertib di bawah bidang kuasa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sistem VAR: MFL setuju tetapi mahu mutu pengadil ditingkatkan
Pelaksanaan sistem VAR bukan sahaja memenuhi tuntutan bola sepak semasa, malah permintaan pemain dan pasukan serta keinginan penyokong.

MFL kekalkan harga tiket final Piala FA 2022
Ketua Pegawai Eksekutif MFL Stuart Ramalingam berkata, senarai harga tiket perlawanan berkenaan dikekalkan seperti aksi final tahun lepas.

Piala Presiden, Belia dibatal buat tahun kedua
Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa pandemik, hal-hal pengoperasian serta keselamatan.

FAM setuju lanjut tempoh penswastaan kelab kepada KFA
Ia susulan negeri berkenaan masih terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.

Harimau Malaya fokus baki perlawanan kelayakan Piala Dunia
Pembatalan Piala AFF Suzuki pada tahun ini akibat COVID-19, memudahkan Tan Cheng Hoe untuk merangka persiapan terbaik.