KUALA LUMPUR: Selepas 10 hari ditayangkan di pawagam rumah anda, Astro First, filem arahan sutradara tersohor Mamat Khalid, 18 Puasa Di Kampong Pisang berjaya meraih kutipan RM3 juta.
Ia sekali gus mencatat rekod sebagai filem tempatan paling laris di Astro First bagi tahun 2021 setakat ini.
Menurut satu kenyataan Astro Shaw, sambutan daripada penonton terus menunjukkan momentum kukuh, sekali gus mengembalikan keyakinan penonton.
“Ia terutamanya peminat filem Melayu untuk terus menyokong karya-karya tempatan tidak kira apa genre sekalipun,” jelas kenyataan tersebut.
Pada 21 April lepas, filem tersebut telah melakar kecemerlangan apabila buah tangan terbaharunya itu berjaya meraih kutipan RM2 juta dalam tempoh enam hari siaran.
BACA: Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang kaut RM2 juta dalam 6 hari
BACA: 18 Puasa Di Kampong Pisang: 3 hari tayangan raih RM1 juta
Filem "18 Puasa di Kampong Pisang" mengisahkan sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan.
Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, tiba-tiba berlaku satu insiden di mana dia didatangi si iblis yang membawa barkoba kembali ke masa silam untuk mengimbau kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya.
Barkoba mengabaikan zakat, menganiaya orang lain, mengajak melakukan kemungkaran serta menyebabkan kecederaan dan kematian Kiambang.
Dapatkah Barkoba memperbetulkan kesalahannya yang lalu dan kembali ke dunia yang nyata, dan berjayakah barkoba menyelamatkan Kiambang?
Filem lakonan antaranya Bell Ngasri, Namron, Jaafar Onn dan Siti Elizad ini boleh ditonton di pawagam rumah anda di Astro First dengan melanggan ke saluran 480 atau strim di Astro Go atau On Demand.
Faris Danial Razi
Sun Apr 25 2021

Menurut satu kenyataan Astro Shaw, sambutan daripada penonton terus menunjukkan momentum kukuh, sekaligus mengembalikan keyakinan penonton. - Foto Astro Shaw

Ramadan di Gaza suram, dibelenggu duka kehilangan insan tersayang
Ketika umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh keriangan, suasana suram dan pilu menghimpit penduduk Gaza yang terus diselubungi perasaan kehilangan insan tersayang.
KWSP: Dividen lebih tinggi, 6.3% bagi simpanan Konvensional dan Shariah
Bagi tahun berakhir 31 Disember 2024, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM74.46 bilion, meningkat 11 peratus berbanding RM66.99 bilion yang direkodkan pada 2023.
KWSP: Lebih 400,000 ahli baharu, jumlah ahli cecah 16.22 juta
Daripada jumlah itu, 8.78 juta adalah ahli aktif, mewakili 51% daripada 17.32 juta tenaga buruh Malaysia.
Tubuh jawatankuasa, kemudian bincang peruntukan - TPM
Jawatankuasa bagi membincangkan cadangan berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat ditubuhkan.

Aset pelaburan KWSP cecah RM1.25 trilion, 63 peratus dilaburkan dalam pasaran domestik
Aset pelaburan KWSP mencapai RM1.25 trilion setakat 31 Dis, 2024, dengan 63 peratus daripadanya dilaburkan dalam pasaran domestik.
AWANI Ringkas: Jumlah dividen KWSP lebih tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dividen yang kukuh bukti daya tahan KWSP - Amir Hamzah
Pencapaian dividen yang kukuh dan berdaya saing oleh KWSP pada 2024 membuktikan daya tahan serta komitmennya dalam memastikan masa depan persaraan ahli terjamin.

Murid cedera dilanggar SUV ketika melintas jalan
Seorang murid cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika sedang melintas berhampiran kawasan sekolah di Subang Bestari.

Ahmad Khairuddin dilantik Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Industri Khas) LHDN
Ahmad Khairuddin Abdullah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Industri Khas) LHDN yang baharu.

Mawar merah 'terakhir' buat Akiko Okimura
Jenazah isteri usahawan dan pempengaruh, Ridzuan Ridzokumura iaitu Allahyarham Akiko Okimura selamat dikebumikan kira-kira jam 9 pagi Sabtu.

Raih RM4 juta dalam 18 hari: Filem '18 Puasa di Kampong Pisang' terus pikat hati penonton
Filem arahan Mamat Khalid itu masih mendapat tempat di hati penonton meskipun filem tersebut telah ditayangkan melebihi dua minggu.

Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang kaut RM2 juta dalam 6 hari
Tyson 2 lakonan Jaafar Onn turut menambat hati penonton menerusi dialognya "Mim Alif Kap Nun-Mati" di dalam salah satu babak di dalam filem.

18 Puasa Di Kampong Pisang: 3 hari tayangan raih RM1 juta
Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang berjaya meraih kutipan RM1 juta hanya dalam tempoh tiga hari ia ditayangkan bermula 15 April lalu.