PUTRAJAYA:Kementerian Wilayah Persekutuan hari ini memperuntukkan inisiatif tambahan sebanyak RM39.75 juta bagi Wilayah Cakna 3.0.
Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata inisiatif tambahan itu bagi membantu meringankan beban khususnya golongan Berpendapatan Rendah (B40) dan miskin yang terkesan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Katanya, inisiatif Wilayah Cakna 3.0 adalah khusus kepada warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, dan tidak melibatkan kluster petugas barisan hadapan, pesakit serta individu di bawah pemantauan COVID-19.
“Daripada RM39.75 juta, kementerian telah bersetuju untuk melaksanakan perkara berikut;
“Pertama, terdapat lebih 40,000 warga berpendapatan rendah yang menghuni rumah PPR dan Rumah Awam (RA) Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) yang mereka lazimnya kena membayar sewa setiap bulan.
“Pada hari ini saya ingin mengumumkan pada bulan-bulan berikutan dan akhir tahun kita telah bersetuju utnuk mengecualikan bayaran sewa rumah-rumah tersebut sampai akhir bulan disember.
“Jadi, penghuni rumah PPR dan RA tidak perlu membayar sewa dan kita harapkan duit sewa itu boleh mereka gunakan untuk perbelanjaan lain,” katanya, hari ini.
Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Pengumuman Khas Inisiatif Wilayah Cakna 3.0 di Menara Sri Wilayah, Kementerian Wilayah Persekutuan, di sini pada Khamis.
Mengulas lanjut, Annuar berkata sebanyak 5,830 penjaja dan peniaga kecil berlesen akan turut dikecualikan caj sewaan premis niaga melibatkan pengecualian hasil kepada DBKL sebanyak RM2.5 juta.
Selain itu, katanya seramai 302 penjaja dan peniaga kecil di Putrajaya akan menikmati pengecualian caj sewaan premis milik Perbadanan Putrajaya (PPj) bermula Oktober hingga Disember ini berjumlah RM1.87 juta.
Sebanyak RM100 turut diperuntukkan dalam bentuk baucar makanan kepada golongan asnaf dan B40 bagi menyediakan bantuan 'food pack'.
“Pelajar-pelajar daripada kumpulan berpendapatan rendah di Kuala Lumpur akan menerima baucar bantuan buku latihan sekolah bernilai RM100 daripada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).
“Manakala, 1,000 orang pelajar miskin di Putrajaya juga turut menerima baucar Back to School bernilai RM100 daripada PPj sebagai persediaan persekolahan pada tahun depan,” tambahnya.
Menerusi pakej Wilayah Cakna 3.0 juga, Annuar mengumumkan sebanyak RM3,000 secara one-off akan diberikan kepada 11 Majlis Perwakilan Penduduk Kuala Lumpur dan enam sub zon Putrajaya.
Sementara itu, sebanyak RM2,000 lagi diberikan secara one-off kepada 570 persatuan-persatuan penduduk di kawasan berkenaan.
Tambah Annuar, sebanyak RM1.4 juta turut diperuntukkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), selain Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memberikan bantuan kecemasan khas COVID-19 berjumlah RM12.7 juta.
Pada 25 Mac lalu, Kementerian Wilayah Persekutuan mewujudkan Inisiatif Wilayah Cakna dengan peruntukan RM63.6 juta bagi membantu warga kota dalam menguruskan impak penularan wabak COVID-19.
Hasimi Muhamad
Thu Oct 15 2020
![RM39.75 juta peruntukan tambahan bagi Wilayah Cakna 3.0 RM39.75 juta peruntukan tambahan bagi Wilayah Cakna 3.0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71602759141_ANNUARMUSA.jpg)
Menerusi pakej Wilayah Cakna 3.0 juga, Annuar mengumumkan sebanyak RM3,000 secara one-off akan diberikan kepada 11 Majlis Perwakilan Penduduk Kuala Lumpur dan enam sub zon Putrajaya. - Foto BERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![MEASAT-3d: Malaysia mungkin capai 100 peratus liputan jalur lebar - Annuar Musa MEASAT-3d: Malaysia mungkin capai 100 peratus liputan jalur lebar - Annuar Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51655947302_annuarmusa.jpg)
MEASAT-3d: Malaysia mungkin capai 100 peratus liputan jalur lebar - Annuar Musa
Pelancaran satelit MEASAT-3d memungkinkan negara untuk mencapai liputan jaringan jalur lebar sehingga 100 peratus sebelum tahun 2025, ujar Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
![Tan Sri nak masuk Gegar Vaganza? Annuar Musa 'tunjuk bakat' nyanyi lagu P. Ramlee Tan Sri nak masuk Gegar Vaganza? Annuar Musa 'tunjuk bakat' nyanyi lagu P. Ramlee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51648014891_AnnuarMusaMeleTOP.jpg)
"Tan Sri nak masuk Gegar Vaganza?" Annuar Musa 'tunjuk bakat' nyanyi lagu P. Ramlee
Menerusi segmen khas 'battle', Tan Sri Annuar Musa dan pengacara, Nabil Ahmad dikehendaki meneka tajuk lagu daripada hasil karya Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
![Zul Ariffin hadir ke SKMM Zul Ariffin hadir ke SKMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-08/61471608664_ZulAriffin.jpg)
Zul Ariffin hadir ke SKMM
Pelakon Zul Ariffin tampil ke ibu pejabat SKMM di Cyberjaya bagi membantu siasatan sehubungan perkongsian di laman media sosialnya yang memaparkan babak adegan "panas" dalam sebuah drama.
![Adegan 'panas': Zul Ariffin akan disiasat - Annuar Musa Adegan 'panas': Zul Ariffin akan disiasat - Annuar Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647916338_TBANNUARZUL.jpg)
Adegan 'panas': Zul Ariffin akan disiasat - Annuar Musa
Adegan seperti yang dipaparkan itu tidak akan dibenarkan ditayang kepada khalayak umum tidak kira sama ada pada bulan Ramadan mahupun pada bulan-bulan yang lain.
![PAU2021: Risiko kepada PM, BN sekiranya bubar Parlimen tanpa persetujuan parti lain dalam kerajaan - Annuar PAU2021: Risiko kepada PM, BN sekiranya bubar Parlimen tanpa persetujuan parti lain dalam kerajaan - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647585218_AnnuarMusa.jpg)
PAU2021: Risiko kepada PM, BN sekiranya bubar Parlimen tanpa persetujuan parti lain dalam kerajaan - Annuar
Kerajaan yang ada ketika ini adalah kerajaan pelbagai parti dan UMNO hanyalah parti minoriti.
![Hari Seniman Negara ditukar pada 22 Mac Hari Seniman Negara ditukar pada 22 Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-07/61468239029_pramlee.jpg)
Hari Seniman Negara ditukar pada 22 Mac
Hari Seniman Negara akan diadakan pada setiap 22 Mac iaitu bersempena dengan tarikh kelahiran Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
![PRN Johor: Annuar puas hati liputan media PRN Johor: Annuar puas hati liputan media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646229506_PRNJohorBenderab.jpg)
PRN Johor: Annuar puas hati liputan media
Menteri Komunikasi dan Multimedia mahu semua platform media kekal menyampaikan maklumat bagi membantu perjalanan PRN Johor dengan baik.
![PRN Johor: Rakyat tidak perlu takut keluar mengundi - Annuar Musa PRN Johor: Rakyat tidak perlu takut keluar mengundi - Annuar Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51645339636_AnnuarMusa.jpg)
PRN Johor: Rakyat tidak perlu takut keluar mengundi - Annuar Musa
Susun atur proses pengundian dan SOP yang ditetapkan mampu mengawal penularan wabak COVID-19.
![Lebih banyak PEDi akan diwujudkan di daerah seluruh Johor - Annuar Musa Lebih banyak PEDi akan diwujudkan di daerah seluruh Johor - Annuar Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645260581_annuarmusaPEDi.jpg)
Lebih banyak PEDi akan diwujudkan di daerah seluruh Johor - Annuar Musa
MCMC akan mewujudkan lebih banyak Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di daerah seluruh negeri Johor.
![PRN Johor : Medan ujian kehendak pengundi muda - Annuar PRN Johor : Medan ujian kehendak pengundi muda - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51643386228_AnnuarMusa.jpg)
PRN Johor : Medan ujian kehendak pengundi muda - Annuar
Semua pihak harus mengalu-alukan penyertaan golongan muda dalam landskap politik tanah air.