Kementerian Pengangkutan memperuntukkan nilai pembangunan kasar (GDV) sehingga RM5 bilion bagi melaksanakan projek Pembangunan Bersepadu Stesen Keretapi Ipoh yang dirasmikan di stesen keretapi berkenaan pada Khamis.
Menterinya, Anthony Loke Siew Foke berkata projek pembangunan yang akan dilakukan secara berfasa itu mengambil masa 10 hingga 15 tahun untuk direalisasikan sepenuhnya.
Beliau berkata pelaksanaan pembangunan bersepadu yang dimeterai menerusi Memorandum Perjanjian Persefahaman antara Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) itu akan menjadikan Ipoh sebagai hub pengangkutan selain pembangunan bercampur yang akan dibangunkan di kawasan stesen keretapi ini.
"Selain pengangkutan, ia akan melibatkan pembangunan yang berunsurkan komersil dan perumahan terutamanya perumahan mampu milik.
"Tiga bulan selepas kita memeterai perjanjian ini, kita telah dapat merasmikan projek ini pada hari ini. Sudah semestinya kita mahu ia dipercepatkan," katanya selepas hadir majlis pelancaran Perkhidmatan Tren Elektrik 2 (ETS2) dan pembangunan bersepadu itu di stesen keretapi Ipoh, di sini pada Khamis.
Mengulas lanjut, Loke berkata bagi merealisasikan pembangunan bersepadu itu, ia memerlukan kerjasama daripada pihak kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk meluluskan secara terancang dan seterusnya memastikan projek tersebut dibangunkan dengan segera.
"Apa yang penting kita mahu stesen ini dibangunkan dan menjadi pusat tumpuan orang ramai," katanya.
Ditanya sekiranya pelan pembangunan ini akan diperkembangkan ke negeri lain, Loke berkata kesemua laluan Keretapi Tanah Melayu (KTM) itu berpotensi.
"Kita akan lihat kerana semuanya berpotensi dari Johor Bahru sehingga ke negeri Perlis. Manakala di Pantai Timur pula melibatkan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)," katanya.
Terdahulu, Loke dalam ucapannya berkata pelan pembangunan ini melibatkan kawasan seluas 78 hektar bagi mewujudkan sebuah daerah di mana pembangunan dirancang berorientasikan transit yang terletak di sekitar stesen dan jajaran keretapi di Ipoh yang dikenal pasti bagi pelaksanaan projek pembangunan ini.
Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam ucapannya berkata perjanjian antara MB Inc dan Kementerian Pengangkutan menerusi RAC ini amat bermakna kepada Perak kerana ia merintis jalan, membuka kunci yang amat penting dalam merealisasikan potensi besar Stesen Keretapi Ipoh sebagai hub pembangunan bercampur bernilai tinggi, yang tertangguh selama lebih 15 tahun.
Dalam pada itu, beliau berkata beberapa unit Rumah Perakku bakal dibangunkan kawasan sekitar stesen keretapi Ipoh selain pangsapuri kos sederhana dan mewah bagi mewujudkan pilihan pemilikan kediaman kepada rakyat.
"Ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menzahirkan sasaran membina 50, 000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun di antara tahun 2018 hingga tahun 2023," katanya.
Terdahulu, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan pelancaran ETS2 dan pembangunan bersepadu berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 10 2019

Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan pelancaran ETS2 dan projek Pembangunan Bersepadu Stesen Keretapi Ipoh, 10 Okt, 2019. --fotoBERNAMA
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

Saya terima apa juga keputusan - Faizal Azumu
Faizal Azumu bersedia menerima apa sahaja keputusan terhadap pertandingan merebut jawatan Naib Presiden parti itu yang ditandinginya.

Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mahu semua pihak tidak mengambil sikap 'berat sebelah' dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat.

Isu 3R: Siasatan terhadap Muhyiddin timbulkan persoalan - Bersatu
Ahmad Faizal berkata pendakwaan segera ke atas Muhyiddin oleh Peguam Negara berhubung kes itu juga menimbulkan banyak lagi persoalan.

Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.

Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.

Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.

Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.

Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.