Kementerian Pendidikan telah memperuntukkan RM500,000 bagi bantuan penyelenggaraan dan perkara-perkara berkaitan Sekolah Kebangsaan Magandai, Kota Marudu yang disifatkan daif.
Menurut menterinya, Dr Radzi Jidin, keadaan sekolah itu dan sekolah-sekolah daif di Sabah menjadi penekanan kementerian dalam memastikan para murid dapat belajar dalam suasana kondusif.
"Mengenai infrastruktur di sekolah Magandai itu, kita telah memperuntukkan RM500,000 untuk membantu menyelenggara sekolah tersebut dalam perkara-perkara berkaitan.
"Dalam soal pendidikan atas talian ini masih banyak ruang-ruang yang perlu diperbaiki dan diteliti. Malah, kementerian mahu melihat isu berkaitan digitalisasi secara holistik," katanya selepas Majlis Kupi-Kupi bersama Menteri Pendidikan di SK Pekan Nabawan, di sini pada Ahad.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan mengenai kedaifan SK Magandai selain sesi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian sukar dilaksanakan di sekolah tersebut.
Selain itu, mengulas mengenai jaringan internet di sekolah-sekolah di pedalaman, Dr Radzi berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan kementerian-kementerian lain dalam memastikan isu jaringan internet di sekolah pedalaman di Sabah dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
Kata beliau, kerjasama dan perbincangan itu perlu memandangkan isu jaringan internet bukan tertakluk kepada segmen Kementerian Pendidikan semata-mata.
Sementara itu, dalam lawatannya ke Sabah, Dr Radzi menjelaskan, pelbagai isu dibangkitkan terutama sekali mengenai sekolah daif di negeri tersebut.
Jelasnya, lawatan itu juga dapat memberi gambaran jelas kepada beliau selaku Menteri Pendidikan dan para pegawainya mengenai situasi sebenar sekolah-sekolah di Sabah.
Assim Hassan
Sun Sep 06 2020

Dr Radzi Jidin (tiga dari kiri) beramah mesra dengan para pendidik di Majlis Kupi-Kupi di SK Pekan Nabawan, Nabawan pada Ahad. - Gambar Astro AWANI

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Election briefing: MOE to obtain more information from EC - Radzi
The MOE will seek further information from the EC regarding an allegation that teachers were called to attend an election briefing session during school hours.

Bagaimana nasib guru interim? Tanya Maszlee kepada Radzi
Maszlee persoal ke mana hala tuju Kementerian Pendidikan dalam menyelesaikan isu guru interim.

Dakwaan pemeriksaan haid fizikal di sekolah di Setapak, Radzi turun padang 'siasat'
KPM sentiasa komited untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa di sekolah serta di asrama.

Mansuh UPSR pada pertengahan tahun tindakan terburu-buru, reaktif - Maszlee
Keputusan sebesar itu, jelas Maszlee lagi, sewajarnya perlu persiapan rapi untuk jangka masa yang panjang.

Kluster pendidikan: Pelan tindakan bersepadu gagal dirangka, punca kecelaruan - Madius Tangau
Wilfred Madius Tangau berkata kerajaan gagal menyediakan garis panduan yang jelas bagi pembukaan sekolah secara peringkat sehingga menyebabkan banyak kecelaruan yang timbul.

Belanjawan 2021 perlu diluluskan untuk segerakan penyelenggaraan sekolah
Penjarakan fizikal sukar untuk dilakukan berikutan kerosakan dan bilangan bilik darjah yang sedikit, di kawasan-kawasan tertentu.

RM500,000 diperuntukkan selenggara Sekolah Kebangsaan Magandai
Keadaan sekolah-sekolah daif di Sabah menjadi penekanan kementerian dalam memastikan para murid dapat belajar dalam suasana kondusif.

Graduan UEC diterima masuk IPG khusus Bahasa Cina di SJKC - Radzi Jidin
Kesemua graduan mengikuti PISMP sejak tahun 2011 dan diteruskan ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

COVID-19: Kementerian Pendidikan bincang jika perlu tutup sekolah
Kementerian Pendidikan akan berbincang bersama pihak berkaitan jika terdapat keperluan menutup sekolah bagi mencegah penularan COVID-19.

Sekolah di Sarawak turut dibuka bermula 15 Julai
Semua sekolah di Sarawak akan dibuka berdasarkan tarikh yang diumumkan Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin.