KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa RM6.5 juta memang untuk Datin Seri Rosmah Mansor dan beliau menerima wang itu di kediamannya di Jalan Langgak Duta serta Seri Perdana.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan dalam penghakiman bertulisnya berkata Rosmah menafikan menerima dua beg berisi wang tunai RM1.5 dan mendakwa satu-satunya perkara yang berlaku pada hari itu hanyalah Saidi Abang Samsudin (bekas pengarah urusan Jepak Holdings), meminta bantuannya berkaitan projek telaga air yang beliau ingin cadangkan kepada Kementerian Pendidikan.
"Tertuduh sekadar menafikan yang beliau telah melihat beg-beg tersebut dan Saidi memberitahunya bahawa beliau telah membawakan wang seperti dijanjikan yang mana tertuduh menjawab dengan "Hmmm."
"Pada akhir kes pendakwaan, saya dapati Saidi seorang saksi yang boleh dipercayai dan menerima versinya. Dalam mana-mana keadaan, saya mendapati bahawa keterangan Rizal dan Rayyan Radzwill Abdullah, yang merupakan rakan kongsi Saidi, telah menyokong penuh versi Saidi," katanya.
Hakim itu berkata telah dibuktikan juga bahawa Saidi membawa kedua-dua beg ke kediaman tertuduh di Langgak Duta sehingga ke ruang tamu.
"Keterangan Rizal, Saidi, Rayyan Radzwill dan seorang pemandu Shamsul Rizal Sharbini telah menyatakan semula fakta ini. Saya berpandangan bahawa pembelaan tertuduh hanyalah penafian semata-mata. Penafian beliau tidak mempunyai apa-apa merit berdasarkan keterangan Rizal, Saidi, Rayyan dan Shamsul.
"Adalah tidak penting sama ada beg-beg tersebut diserahkan secara fizikal kepada beliau. Fakta bahawa beg-beg itu telah ditinggalkan di ruang tamu menandakan penerimaannya. Fakta bahawa beliau telah mengarahkan butlernya untuk membawa beg-beg itu ke biliknya di tingkat atas juga menandakan penerimaannya," kata beliau.
Hakim itu berkata tertuduh telah gagal untuk menyangkal tanggapan mengenai imbangan kemungkinan dan pihak pendakwaan telah membuktikan kes itu melampaui keraguan yang munasabah berkaitan penerimaan RM1.5 juta.
Hakim berkata tertuduh juga menafikan telah menerima RM5 juta di Seri Perdana dan mendakwa berada di kediamannya di Langgak Duta.
"Beliau juga mengatakan bahawa Rizal telah mengambil RM5 juta itu untuk dirinya dan perjalanan ke Seri Perdana adalah satu sandiwara.
Beliau juga mendapati agak sukar untuk menerima bahawa Rizal telah meminta untuk dirinya 15 peratus dari RM187.5 juta, kerana ia satu jumlah yang besar dan beliau hanyalah seorang kakitangan di Pejabat Perdana Menteri.
"Ia suatu yang tidak munasabah untuk menerima bahawa Rizal telah merangka skim itu untuk kepentingannya, kerana tentunya ia akan diketahui. Saya ragu-ragu bahawa Rizal akan mengambil risiko sebesar itu. Pada pandangan saya bahawa beliau hanya mampu untuk meminta wang, kerana beliau telah diarahkan oleh tertuduh.
"Saya mendapati penafian tertuduh tidak dapat dipertahankan. Untuk mencadangkan bawah Rizal dengan beraninya mengaturkan skim seperti itu tanpa diketahui tertuduh, agak susah untuk dipercayai. Sebagai contoh, kenapa Rizal bersusah payah untuk membawa Saidi dan Rayyan bertemu tertuduh di kediamannya jika beliau mempunyai kuasa yang sebesar itu?," katanya.
Hakim Mohd Zaini mendapati sukar untuk mencadangkan bahawa Rizal telah mengaturkan Saidi dan Rayyan untuk berada di kediaman tertuduh tanpa pengetahuannya, kerana itu merupakan kediaman persendirian tertuduh.
"Agak sukar untuk diterima bahawa Rizal telah mencuba nasib untuk beliau ada di rumah dan kemudiannya membawa Saidi dan Rayyan tanpa sebarang agenda. Adalah lebih berkemungkinan bahawa Rizal telah memaklumkan tertuduh dan membuat aturan awal untuk kedua-dua mereka bertemu tertuduh," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 01 2022

Hakim itu berkata telah dibuktikan juga bahawa Saidi membawa kedua-dua beg ke kediaman Rosmah di Langgak Duta sehingga ke ruang tamu. - Gambar/ Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

'Jangan fitnah, saya masih isteri Najib’ - Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan beliau masih isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sah dan menafikan dakwaan sebuah akaun Facebook palsu yang menggunakan nama beliau.

Arul Kanda tidak tahu dana 1MDB beli barang kemas Rosmah
Arul Kanda memberitahu Mahkamah Tinggi beliau tidak mempunyai pengetahuan peribadi mengenai wang dana syarikat itu digunakan untuk membeli barang kemas Rosmah bernilai AS$1.3 juta.

Rosmah lepas dan bebas: 'Kerajaan tak campur tangan' - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak campur tangan dalam keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Rosmah daripada pertuduhan mahkamah.

Rosmah lepas, bebas: ‘6 tahun ibu berjuang untuk keadilan’ - Yana Najib
Nooryana Najwa Najib meluahkan rasa syukur kerana ibunya dilepaskan dan dibebaskan atas beberapa pertuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.

Kronologi kes Rosmah Mansor
Rosmah dilepaskan dan dibebaskan atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.

Pendakwaan akan rayu keputusan bebas Rosmah
Pendakwaan akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor.

Lepas dan bebas: 'Hadiah untuk Bossku' - Rosmah
Rosmah menyifatkan keputusan pembebasannya oleh mahkamah sebagai hadiah untuk Datuk Seri Najib Razak atau Bossku.

Rosmah bebas 12 kes ubah wang haram lebih RM7 juta, lima kes LHDN
Hakim, K Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rosmah untuk membatalkan semua kes itu.

Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.

Keputusan permohonan Rosmah batal tuduhan ditetapkan 19 Dis
Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Dis untuk memutuskan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor bagi membatalkan pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai terhadapnya.