KUALA LUMPUR:Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan sebanyak RM750 juta untuk penyelenggaraan sekolah dan bukan sekolah di bawah Belanjawan 2021.
Menteri Kanan (Pendidikan), Mohd Radzi Jidin, berkata daripada jumlah tersebut sebanyak RM620 juta diperuntukkan kepada sekolah dan RM50 juta kepada bukan sekolah.
Jelas beliau, peruntukan tersebut melibatkan pengagihan kepada 8,293 buah sekolah kerajaan (SK) dengan peruntukan RM515 juta, dan 1,930 buah sekolah bantuan kerajaan (SBK), sebanyak RM105 juta.
Sementara, sebanyak RM50 juta lagi adalah untuk penyelenggaraan cerun, dan RM30 juta dikhususkan untuk menampung mana-mana keperluan penyelenggaran kritikal.
Katanya, peruntukan kritikal akan disalurkan kepada jenis sekolah yang peruntukan siling adalah RM30 juta ke bawah.
"Indikasi (pengagihan peruntukan) melihat kepada keadaan sekolah di seluruh negara dan bagaimana keadaan penyelenggaraan, kita dapatkan input secara mendalam kepada sekolah dan cuba apakah kaedah agihan yang lebih menyeluruh terutamanya apabila kita melihat kepada jumlah-jumlah sekolah," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Jenis sekolah bagi kedua-dua kategori itu meliputi Sekolah Kebangsaan (SK); Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK); Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC); Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT); Sekolah Mubaligh; Sekolah Conforming (sekolah menengah jenis kebangsaan) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
Berdasarkan formula agihan, Radzi menjelaskan, siling peruntukan bagi Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah serta Sekolah Berasrama Penuh yang berstatus kerajaan adalah sebanyak RM477.48 juta.
Manakala, bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah berstatus SBK adalah sebanyak RM1.2 juta.
"Peruntukan ini diagihkan untuk penetapan siling, bagaimanapun kita nak betulkan, kita (kementerian) tidak memberikan secara tunai mengikut purata (berapa banyak setiap sekolah terima).
"(Sebaliknya, peruntukan) sekolah akan memohon, dan sekolah berkenaan akan menerima (peruntukan) dalam (penetapan) siling tersebut.
"Jadi, kita lihat pendekatan yang digunakan ini lebih menyeluruh dan mengambil kira berapa banyak bilangan sekolah yang ada," tambah Radzi.
Bagi sekolah SJKC kerajaan dan bantuan kerajaan pula, sebanyak RM74.07 juta diperuntukkan, SJKT kerajaan dan bantuan kerajaan sebanyak RM29.98 juta serta Sekolah Mubaligh kerajaan dan bantuan kerajaan sebanyak RM20.94 juta.
Terdahulu, KPM menerima peruntukan sebanyak RM50.4 bilion dalam Belanjawan 2021.
Daripada jumlah tersebut, RM800 juta diperuntukan untuk kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah kerajaan serta sekolah bantuan kerajaan.
BACA: Belanjawan 2021 perlu diluluskan untuk segerakan penyelenggaraan sekolah
Hasimi Muhamad
Tue Nov 24 2020

MOHD RADZI: Sebanyak RM620 juta diperuntukkan kepada sekolah dan RM50 juta kepada bukan sekolah. - Astro AWANI/Shahir Omar

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

Malaysia menerajui ASEAN dalam aspek perumahan mampu milik - Juwai IQI
Malaysia membelanjakan jumlah yang besar, iaitu memperuntukkan RM2.85 bilion untuk perumahan mampu milik setiap tahun.

MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.

Kerajaan Sarawak salur peruntukan tambahan RM10 juta kepada JPBN
Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata menerusi peruntukan itu, JPBN akan mengagihkan bantuan di semua kawasan terjejas akibat banjir.

Kerajaan tambah peruntukan RM30 juta khusus untuk pembangunan bola sepak - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan tersebut akan digunakan bagi meningkatkan program-program pembangunan Harimau Malaya di setiap peringkat.

RM40 juta diperuntuk baik pulih tabika, taska Kemas - KP
Kira-kira 60 peratus daripada 10,600 kelas tabika dan taska diberikan keutamaan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dengan segera.

MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.

Kerajaan peruntuk lebih RM127 juta untuk bantuan musim tengkujuh - Ahmad Zahid
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM127.4 juta sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada 318,642 pekebun kecil di seluruh negara.

KPWKM sediakan peruntukan RM39.9 juta bantuan bencana - Noraini
KPWKM menyediakan sejumlah RM39.9 juta peruntukan bagi memastikan keperluan makanan dan barangan keperluan bencana kepada mangsa disalurkan sebaiknya bagi tahun ini.

Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Kerajaan peruntuk RM25 juta laksana inisiatif RKB pada 2025, sasar 500 projek
Kerajaan memperuntukkan RM25 juta sebagai komitmen pelaksanaan inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) dengan sasaran pelaksanaan 500 projek pada tahun depan.