Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) akan memperuntukkan RM72 juta untuk membangunkan kira-kira 5,000 modal insan Bumiputera tahun depan.
Perdana menteri berkata daripada 5,000 itu, 500 merupakan pelajar yang akan menerima tanggungan biasiswa Peneraju Tunas, 3,500 biasiswa Peneraju Skil dan 800 hingga 1,000 biasiswa Peneraju Profesional termasuk 500 biasiswa untuk program perakaunan.
Program perakaunan itu merangkumi program pensijilan asas seperti CAT, CFAB, CAB-CIMA dan Pensijilan Profesional seperti ACCA, CIMA, CPA Australia, ICAEW, dan MICPA-ICAA.
"Kita (kerajaan) juga akan melihat dalam Gelombang Kedua yang merangkumi tempoh 2015 hingga 2017. Peruntukan sedang dipohon. Kita akan beri maklum tentang program-program selanjutnya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Peneraju di sini hari ini.
Hadir sama pada mesyuarat itu termasuk Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Peneraju iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Turut hadir ialah Ketua Eksekutif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera Raja Azura Raja Mahayuddin, Ketua Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) Husni Salleh dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Datuk Dr Rahamat Bivi Yusof.
Yayasan Peneraju mula beroperasi pada Februari 2012 bertujuan untuk memenuhi aspirasi kerajaan bagi memastikan golongan Bumiputera dapat berdaya saing dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dalam mencapai hasrat negara maju menjelang tahun 2020.
Ia merupakan sebuah tabung amanah yang diwujudkan untuk memastikan bahawa keupayaan dan kepakaran bakat-bakat Bumiputera terus membangun untuk berdaya saing secara kompetitif di peringkat global.
Yayasan Peneraju merupakan komponen di bawah Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan Teraju di bawah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata lebih 4,000 orang telah mendapat tajaan biasiswa di bawah tiga program teras iaitu Peneraju Tunas, Peneraju Skil dan Peneraju Profesional sejak yayasan itu beroperasi dan kini mengakhiri gelombang pertamanya pada akhir tahun ini.
Beliau berkata Yayasan Peneraju juga memberi tumpuan kepada pelajar yang datang daripada kumpulan keluarga berpendapatan 40 peratus ke bawah.
"Kita sedar bahawa ramai pelajar yang pencapaiannya sederhana tetapi mereka sebenarnya berpotensi tinggi kerana latar belakang keluarga yang miskin.
"Oleh kerana kekangan-kekangan yangada, mereka tidak dapat merealisasikan potensi sepenuhnya.
"Jadi di sinilah peranan Yayasan Peneraju untuk melihat bagaimana kita boleh tingkatkan pencapaian mereka di peringkat sekolah menengah, peringkat kemahiran dan juga peringkat pendidikan tinggi," kata perdana menteri.
Sementara itu, Raja Azura berkata Yayasan Peneraju menyasarkan 17,000 pemegang biasiswa dalam gelombang kedua (2015-2017).
"Kami akan tingkatkan program jangkauan dengan bantuan Kementerian Pendidikan untuk mengenal pasti lebih ramai pelajar yang mempunyai keputusan sederhana dan menggilap potensi mereka agar cemerlang dalam pendidikan," katanya.
Sejak beroperasi pada 2012, beliau berkata sebanyak 1,401 pelajar telah menerima biasiswa penuh di bawah Peneraju Tunas yang melibatkan tajaan untuk program Peneraju Tunas Geliga (program lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah memasuki sekolah menengah) dan Program Peneraju Tunas Potensi (program lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia).
Najib juga memaklumkan bahawa 27 daripada 500 pemegang biasiswa sedang dan akan melanjutkan pengajian di beberapa universiti antara 50 yang berprestij di dunia.
Bagi Peneraju Skil, beliau berkata kini sebanyak 2,249 orang telah ditaja, termasuk pelajar keciciran yang diberi latihan agar mendapat peluang pekerjaan.
Bagi Peneraju Profesional, 117 penerima biasiswa diberi peluang untuk mendapatkan pendedahan kerjaya berkualiti di firma audit bertaraf antarabangsa seperti Ernst & Young dan KPMG serta menjalani program pensijilan perakaunan antarabangsa iaitu ACCA, ICAEW dan MICPA.
"Ini merupakan usaha untuk meningkatkan bilangan akauntan bertauliah Bumiputera di negara ini," katanya.
Bernama
Fri Dec 19 2014

NAJIB: Yayasan Peneraju akan memperuntukkan RM72 juta untuk membangunkan kira-kira 5,000 modal insan Bumiputera tahun depan. -Gambar fail
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 31 Mac 2021.

Najib akan temani Rosmah untuk keputusan di Mahkamah Tinggi esok
Najib sebelum ini diminta supaya tidak berada dalam prosiding mahkamah ketika beliau menghadiri perbicaraan kes Rosmah.

1MDB tidak jalankan semakan sebelum sertai usaha sama bernilai US$6 juta
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim berkata tiada semakan dibuat terhadap Aabar BVI Ltd (Aabar BVI) yang diterima oleh Lembaga Pengarah 1MDB sebagai subsidiari IPIC.

Belanjawan 2019 lebih telus, namun defisit fiskal tinggi - Moody's
Moody's Investors Service berpendapat bahawa Belanjawan 2019 adalah baik kerana menunjukkan ketelusan yang lebih ketara.

Pejabat Peguam Switzerland nyatakan minat berjumpa pihak berkuasa Malaysia
Selepas perkembangan terbaru yang berlaku di Malaysia, Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) ingin berhubung dengan pihak berkuasa yang kompetan di Malaysia dengan serta-merta

Suhakam gesa rakyat keluar mengundi, bukan diamkan diri
Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menyatakan bahawa merosakkan undi bukan penyelesaian yang wajar untuk pengundi yang sedang kecewa dengan sistem sedia ada.

PM Najib luangkan masa temui tiga mangsa culik
Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini meluangkan masa menemui tiga mangsa culik kumpulan militan Abu Sayyaf yang baru dibebaskan selepas ditahan oleh kumpulan itu, Julai lepas.

Peugeot, Proton bincang kemungkinan jalin perkongsian - PM Najib
Pembuat kereta Perancis, Peugeot, kini mengadakan perbincangan serius dengan Proton Holdings Bhd mengenai kemungkinan mewujudkan jalinan perkongsian.

Pemikiran komputer dalam semua mata pelajaran bermula Januari 2017
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemikiran perkomputeran dilihat sebagai penting dalam situasi masa depan yang memerlukan kemahiran digital.

Najib harap Masjid Jamek Kampung Baru jadi bangunan ikonik
Najib turut menzahirkan rasa gembira dengan perkembangan masjid itu yang kini mampu memuatkan sehingga 11,000 jemaah.