MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka memperuntukkan sebanyak RM8.5 juta untuk belanja hangus bagi penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), kata Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.
Abdul Razak berkata belanja hangus itu akan digunakan bagi tujuan antaranya membiayai penganjuran 76 acara bersempena dengan TMM2024.
"Sebanyak RM6.6 juta pula adalah untuk pelaburan kekal yang merangkumi beberapa projek pembangunan berkaitan pelancongan di negeri ini.
"Antaranya termasuklah membangunkan produk pelancongan baharu seperti river cruise di Sungai Linggi dan pembinaan restoran terapung juga di kawasan sama," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan dikemukakan Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem (BN-Duyong) mengenai belanja hangus dan pelaburan kekal untuk TMM2024.
Mengulas lanjut, Abdul Razak berkata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sebelum ini menyalurkan RM10.1 juta, manakala kerajaan negeri pula menyediakan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk bahan-bahan promosi dan kempen promosi serta publisiti di dalam dan luar negara.
Beliau berkata kerajaan negeri sebelum ini menerima peruntukan khas RM25 juta bagi pemuliharaan dan pemeliharaan Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (Unesco) yang secara tidak langsung dimanfaatkan untuk menyokong penganjuran TMM2024.
"Daripada jumlah itu, sebanyak RM12.8 juta digunakan bagi projek pembangunan, penyelenggaraan, pemeliharaan dan pemuliharaan tapak warisan, penerbitan (RM6.6 juta) dan program warisan (RM5.6 juta)," katanya
Abdul Razak berkata kerajaan negeri yakin sebanyak 15 hingga 18 juta pelancong domestik dan antarabangsa akan berkunjung ke Melaka tahun depan bersempena dengan TMM2024 itu.
Beliau berkata ia akan memberi pulangan sebanyak RM29.9 bilion kepada kerajaan negeri dengan sektor perkhidmatan menyumbang 48 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023

Abdul Razak berkata belanja hangus itu akan digunakan bagi tujuan antaranya membiayai penganjuran 76 acara bersempena dengan TMM2024. - Gambar fail
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Pelancongan, mahu tarik minat generasi muda
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.

Peruntukan RM4.61 juta bagi Tahun Melawat Perak 2024 setakat ini - Exco
Kerajaan Negeri Perak setakat ini menyediakan peruntukan RM4.61 juta untuk melaksanakan program dan infrastruktur pelancongan negeri sempena TMP 2024.

TMM2024: Kedatangan pelancong bertambah dalam tempoh tiga bulan
Peningkatan bil utiliti di hotel-hotel seluruh Melaka dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, merupakan antara indikator menunjukkan pertambahan kedatangan pelancong.

Bazar Ramadan Mega Melaka rancakkan TMM2024
Promosi penganjuran Bazar Ramadan Mega Melaka 2024 di Jalan Hang Tuah akan diperhebat sebagai satu daripada tarikan untuk merancakkan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

SUKMA 2024: Melaka sasar 20 pingat emas
Kontinjen Melaka menyasarkan 20 pingat emas pada temasya SUKMA ke-21, yang dijadualkan berlangsung di Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos ini.

TMM2024: Beli cenderamata, peluang dapat hadiah kereta dan motosikal - Ab Rauf
Kerajaan Melaka memperkenalkan kaedah baharu bagi cabutan bertuah sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) menerusi pembelian cenderamata khas TMM2024, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Melaka teliti semula syarat sertai cabutan bertuah TMM2024
Syarat baharu itu bertujuan memastikan lebih ramai peserta berpeluang menyertai program cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama berupa kereta.

TMM 2024: Melaka tingkat keceriaan lapan pintu masuk untuk gamit 18 juta pengunjung
Berbaki beberapa hari menuju Tahun Melawat Melaka 2024 fokus terhadap kebersihan dan keceriaan di lapan pintu masuk ke Melaka terus diberi perhatian.

RM8.5 juta untuk belanja hangus TMM2024
Kerajaan Negeri Melaka memperuntukkan sebanyak RM8.5 juta untuk belanja hangus bagi penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Melaka peruntuk RM5 juta untuk promosi TMM24
Abdul Razak Abdul Rahman berkata antara kempen yang dilaksanakan ialah pengiklanan di media cetak dan elektronik.

Melaka ketengahkan keunikan budaya etnik Baba Nyonya, Chetti sempena TMM2024
Kerajaan negeri akan mengetengahkan keunikan budaya dan warisan pelbagai etnik di Melaka seperti masyarakat Baba dan Nyonya serta Chetti dalam mempromosi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).